Wednesday, May 25, 2016

Bohong dah jadi darah daging kot?

Tuesday, 24 May 2016
BILA PEMBOHONGAN CUBA DITUTUP DENGAN PEMBOHONGAN

Isu berkaitan wang sebanyak RM2,600 juta yang diterima Najib Razak melalui akaun peribadinya di Ambank terus mencetuskan versi yang berbeza-beza.

Terbaru, Ketua Pengarah Jasa, Dr Fuad Zarkashi mengatakan bahawa Najib mendapat kebenaran daripada Bank Negara untuk membawa masuk wang tersebut melalui akaun peribadinya.

Tetapi apabila Lim Kit Siang menggesa agar dokumen kebenaran Bank Negara itu ditunjukkan sebagai bukti, tidak ada mana-mana pemimpin UMNO yang berani bersuara.

Sudah dua hari gesaan itu dibuat oleh Lim Kit Siang, baik Najib, Dr Fuad sendiri atau lain-lain pemimpin UMNO, tidak ada yang berani memberikan reaksinya.

Seolah-olah satu lagi versi yang didendangkan oleh Dr Fuad kepada sekumpulan pelajar di Australia, akhirnya kantoi dan sekadar penyedap cerita semata-mata.

Sebelum ini, daripada versi Zahid Hamidi, Nazri Aziz, Ahmad Maslan, Aziz Kaprawi, Wan Adnan Wan Mamat dan lain-lain pemimpin UMNO yang banyak bercakap mengenai wang yang diterima Najib itu, semuanya tidak pernah sama.

Malah, jika dilihat versi Najib sendiri mengenai wang yang diterimanya itu tidak pernah konsisten. Mula-mula beliau nafi sambil mengatakan tidak mungkin beliau menyamun dengan menggunakan akaun peribadi, selepas itu mengatakan wang itu untuk UMNO memenangi pilihanraya, menegakkan Islam, diberikan dengan boleh dibelanjakan sesuka hati dan macam-macam lagi.

Malah siapa pemberi dermanya juga berbagai versi. Sekejap dikata daripada seorang, kemudian dilaporkan lebih daripada seorang pula. Siapa anak Raja Arab Saudi yang begitu pemurah itu terus misteri.

Menteri Arab Saudi yang diminta mengulas mengenai wang itu juga berbeza  jawapannya antara seorang dengan seorang yang lain. Mula-mula Menteri Luar Arab Saudi mengatakan ia adalah pelaburan, tetapi selepas bertemu Najib denganna, beliau menyedari ia adalah derma yang sudah diselesaikan isunya oleh Peguam Negara Malaysia.

Baru-baru ini, seorang lagi Menteri Arab Saudi mengatakan beliau tidak boleh mengulas apa-apa mengenai wang  itu kerana tidak mempunyai latar belakang mengenainya.

Bukankah jika ia benar-benar derma  yang sahih dan diterima daripada  penderma yang sahih juga, jawapannya sepatutnya sama dan senada?

Tetapi mengapa semunya berbeza-beza dan tidak pernah sama?

Jika ada lagi pemimpin UMNO yang bercakap mengenai wang RM2,600 juta selepas ini, percayalah sekali lagi kita akan mendengar versi yang terus berbeza.

Tidak akan ada jawapan yang betul kerana semuanya adalah pembohongan belaka. Dan apabila pembohongan cuba ditutup dengan pembohongan yang lain, maka versinya tidak mungkin sama.

Bukan saja Lim Kit Siang, bahkan kita semua pun tidak akan dapat jawapan yang betul sebenarnya. (SH 24/05/2016). - sumber asal

No comments:

Post a Comment