Saturday, May 14, 2016

PAS nak kalahkan UMNO: Korang tak tergelak ke?

Jangan ganggu usaha kalahkan UMNO, kata PAS Perak kepada PH

 | May 13, 2016
Malah kalau pun PH bertanding, mereka tidak akan menang dan malah tidak akan mendapat undi yang lebih tinggi daripada PAS, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak perlu meletakkan calon dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar kerana ia hanya akan ‘mengganggu’ usaha menewaskan UMNO, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.
Malah kalau pun PH bertanding, katanya lagi, mereka tidak akan menang dan malah tidak akan mendapat undi yang lebih tinggi daripada PAS, katanya lagi.
“Kehadiran mereka hanya memecahkan undi pembangkang dan memberi kelebihan kepada UMNO.
“PAS tidak ada persetujuan dengan PH, tetapi jika mereka fikirkan matlamat utama iaitu menewaskan UMNO, seharusnya mereka memberi laluan kepada kita,” katanya ketika dihubungi FMT.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga membuat gesaan sama pada hari ini.
Pengarah Strategi AMANAH, Khalid Samad pula membayangkan Pakatan Harapan akan meletakkan calon di kedua-dua kerusi Parlimen, namun menyambut baik cadangan agar perbincangan dibuat bersama-sama PAS bagi menjamin satu lawan satu.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini mengumumkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, berikutan kematian ahli Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak minggu lalu.
Pada pilihanraya Umum yang lalu, Wan Mohammad Khairil menewaskan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding di bawah tiket bebas dengan majoriti 1,082 undi.
Menurut Razman, peluang PAS untuk merampas Kuala Kangsar pada PRK ini lebih cerah memandangkan perpecahan dalaman Umno di sana yang menurutnya telah berlaku sejak sekian lama.
“Sebelum ini, Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas sehingga dipecat Umno.
“Tambahan pula Kuala Kangsar juga tempat Rafidah Aziz dan masih ramai penyokong. Beliau kini dilihat sebagai ‘kem’ pro-Mahathir, ini mencerahkan lagi peluang PAS,” katanya lagi.
Bekas Ketua Wanita UMNO itu menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar selama lima penggal, bermula tahun 1986 sebelum mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan kerusinya pada PRU yang lalu.

2 comments:

  1. Tuang Penasihat nak kalahkan parti yang memerintah??? Habis tu macamana dengan jawatan2 yang dah diterima serta ganjaran2 sebagai penasihat? Ni kenyataan lawak ke bodoh ni? Bukan ke Tuang Presideng PAS yang cakap bahawa PAS nak jadi penasihat je dan bukan nak ambil kuasa, kenapa pulak nak bertanding dan nak amik kerusi yang dipegang oleh UMNO? Lain le parti pembangkang yang duduk dalam PH yang sememangnya berusaha keras nak rampas pemerintahan negara dari tangan UMNO dan BN.

    Lebai ni dah jadi "confused" atau dalam bahasa kasar dah jadi sasau. Sama macam TITM yang masih lagi perasan bahawa PAS ni adalah musuh UMNO sedangkan Tuang Presideng dan geng2nya awal2 lagi dah cakap bahawa PAS akan "bertawaun" dengan UMNO demi melayu dan Islam..kununnya! Bekerjasama atau bertawaun dengan UMNO yang dah sekian lamanya menzalimi dan mengkhianati PAS HALAL tapi berbaik2 dengan Amanah yang tertubuh setelah ahli2 PAS dihalau keluar, adalah "HARAM"! Tah mana logik "Abu Jahal" diaorang pakai ni pun tak tau lah! Logik puak2 serban ni sama je bangangnya macam logik yang digunakan oleh Pengarah Pusat Zakat WP yang menghukum pembayaran zakat terus ke asnaf adalah sah tapi berdosa. Ni semua jenis ulamak2 yang kuarkan hukum ikut suka nafsu dia je! Nas dan ilmu semua letak kat lutut dan siku!

    Dan PAS mahu, kami rakyat, menerima dan mengundi PAS mengikut "logik" tunggang terbalik dan yang tak masuk akal ni? Kami bukan walaun yang tak reti berfikirlah, wahai Pak2 Serban! Chee Singgg!!! Gila punya Pak serban. Diluar medan politik, PAS berbaik2 dengan UMNO serta menyatakan bahawa UMNO itu bukan musuh (dalam masa yang sama cakap bahawa Amanah dan PH adalah musuh PAS) tetapi dalam gelangang politik, PAS mahu rakyat terima bahawa PAS adalah musuh UMNO dan rakyat yang benci kepada UMNO dan BN mesti undi PAS??? Ni bodoh ke bangang ni!!!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. Man kastam mabuk air kaki hadi marang la ni.

    ReplyDelete