Anggota PAC mahu Hasan Arifin dedahkan surat bank negara
25 Mei 2016 | MALAYSIA DATELINE
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin, digesa mendedahkan kandungan surat diterimanya dari Timbalan Gabenor Bank Negara bertarikh 6 April lalu dengan segera kepada semua anggota PAC yang lain.
Anggota PAC dari parti DAP, Tony Pua, berkata ia penting bagi membuktikan bahawa Hasan tidak cuba menghalang siasatan terhadap skandal 1MDB dengan menyembunyikan kaitan antara ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low, dengan syarikat Good Star Limited.
“Kami meminta Datuk Hasan mengesahkan atau menafikan sama ada Jho Low merupakan pemegang saham tunggal Good Star Limited seperti didakwa ramai pihak sebelum ini.
“Jika Bank Negara sememangnya menamakan dan mengesahkan Jho Low dalam surat itu, Pengerusi PAC mestilah segera meletakkan jawatan kerana gagal menjaga integriti Parlimen dengan cuba menghalang siasatan bebas ke atas skandal terbesar Malaysia, 1MDB,” katanya dalam satu kenyatan semalam seperti dilaporkan Roketkini,com.
Menurut Tony, PAC sebelum ini menerima surat dari Bank Negara bertarikh 23 Mac yang menyatakan bahawa syarikat Good Star Limited – penerima dana AS$1.03 bilion dari 1MDB, merupakan ‘milik seorang individu yang tidak berkaitan dengan Petrosaudi International.’
Maklumat penting itu turut dimasukkan ke dalam laporan PAC untuk dibentangkan di Parlimen, namun akhirnya dua perenggan tersebut telah disunting dan dipotong Hasan tanpa persetujuan dan rundingan dengan anggota-anggota PAC yang lain selepas mesyuarat akhir pada 4 April.
Hasan mendakwa pindaan laporan itu dibuat selepas mengambil kira sesi surat-menyurat dengan Timbalan Gabenor Bank Negara bertarikh 6 April yang menyatakan bahawa maklumat dari Bank Negara kepada PAC berhubung dua perenggan tersebut adalah ‘sulit’.
Namun, jelas Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Hasan enggan menunjukkan surat tersebut kepada anggota-anggota PAC yang lain walaupun didesak berkali-kali.
“Jika Hasan mengatakan bahawa surat itu hanya menyebut tentang status sulit dua perenggan itu, mengapa beliau enggan menunjukkannya kepada anggota PAC?
“Malah, jumlah mukasurat dalam surat Bank Negara itu pun beliau enggan beritahu. Ia menimbulkan kecurigaan dan persoalan di kalangan kami (anggota PAC pembangkang) sama ada beliau sedang ‘lindungi’ sesuatu.
“Adakah Hasan sengaja menyembunyikan surat tersebut supaya maklumat penting yang akan membuktikan penyelewengan antara 1MDB dan Good Star Limited tidak didedahkan?” katanya.
# tengok muka dia pun dah berserabut!
25 Mei 2016 | MALAYSIA DATELINE
Datuk Hasan Arifin

Apa nak di hairankan,yang Najib lantik ke jawatan yang ada kaitan dengan urusan penyiasatan 1MDB semuanya karut. Pengurusi PAC,AG,KPN dan yg terkini yg di BNM,semua jadi tukang karut bila sabit dgn 1MDB.
ReplyDeleteMcm tu la najib dan zahid melantik punaisihat agama mereka.semua berkepentingan..
ReplyDeleteKononnya nak melawan bos tapi menerima gaji dari boss