PRK, tampil lahirkan keyakinan rakyat, persediaan PRU14
15 Mei 2016 | MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
Prestasi Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sangat menghampakan apabila hanya mampu mencapai kemenangan 10 buah DUN sahaja. Hatta, banyak kerusi yang hilang deposit, tidak kira Amanah, KeAdilan mahupun DAP itu sendiri.
Walaupun beberapa faktor dikenalpasti menyumbang kepada prestasi hambar Pakatan Harapan, namun tidak siapa yang boleh menafikan punca utamanya adalah kegagalan gabungan tiga parti ini tampil dalam semangat kesatuan dan kebersamaan.
Ini termasuklah berlakunya pertembungan sesama sendiri di beberapa buah kerusi di antara KeAdilan dan DAP yang menyebabkan rakyat Sarawak termasuklah pengundi Cina 'swing' kepada BN. Pakatan Harapan juga gagal mengemukakan manifesto atau tawaran bersama sebaliknya setiap parti telah melancarkan secara berasingan.
BN pula tampil dengan kesatuannya biarpun mempunyai masalah atau konflik tersendiri disamping terpaksa menghadapi liabiliti imej Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Mereka melancarkan "Team Adnan" yang mempunyai rekod yang agak baik berbanding Ketua Menteri sebelum ini.
Kegagalan tampil dengan kebersamaan perlu menjadi pengajaran kepada Pakatan Harapan. Kepercayaan rakyat terhadap gabungan parti ini masih kabur, ini kerana rakyat tidak melihat keikhlasan dan kejujuran kerjasama ini.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlu menjadi medan untuk Pakatan Harapan membuktikan kejituannya dalam membawa aspirasi rakyat bagi mengharungi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.
Ketiga-tiga parti perlu bergerak dalam satu pasukan dalam mengimejkan Pakatan Harapan kepada rakyat dalam PRK ini. Sokongan dan kerjasama tidak berbelah bahagi para pimpinan ketiga-tiga parti sangat ditagih bagi menzahirkan kepada rakyat akan kekuatan Pakatan Harapan yang akan menjadi alternatif rakyat pada PRU14 kelak.
Tidak timbul persoalan sama ada Pakatan Harapan perlu meletakkan calon atau sebaliknya. Ini kerana pertembungan politik di negara ini adalah di antara Barisan Nasional yang telah mencengkam kekuasaan dengan pakatan pembangkang. Pakatan Harapan perlu bersedia daripada sekarang untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang dihadapi di medan pertempuran PRU14 kelak.
Ayuh, bergerak seiring memacu gabungan yang menjadi harapan rakyat ini untuk menyelamatkan Malaysia!
Penulis adalah Penolong Setiausaha Pemuda Parti Amanah Negara Negeri Perak
15 Mei 2016 | MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR

No comments:
Post a Comment