Saturday, May 28, 2016

Akhirnya inilah jadinya Hudud!

FRIDAY, MAY 27, 2016
LAGI SANDIWARA HUDUD OLEH PAS DAN UMNO
Hudud semalam sandiwara dan akan kekal sandiwara bawah Hadi Awang dan UMNO.

Mustahil UMNO akan sokong hudud bila UMNO sendiri keluar lesen judi swasta sebanyak 13 lesen.

Negeri besar China yg rakyatnya 1.3 billion pun ada dua je judi, itupun milik kerajaan.

Yg sedihnya Hadi Awang dan ulama2 PAS sanggup jadi pelakon dlm sandiwara ini.

Kalau betul ikhlas, Hadi Awang akan minta perbahasan diteruskan sbb Speaker boleh berhentikan jam dan perbahasan boleh diteruskan sampai pukul enam pagi ataupun lebih.

Malahan, apabila jam dihentikan oleh Speaker, perbahasan boleh berjalan sehingga seminggu.

Speaker ada kuasa mutlak.

Tapi Hadi Awang tangguh dengan alasan yg sangat dangkal yakni tiada masa.

Nampak sangat Hadi Awang ni bersandiwara.

Untuk usul Haji Hadi dibahas semula dlm Persidangan akan datang, Kerajaan kena mengangkat semula usul tersebut  seperti yg dibuat Azalina.

Sah UMNO takkan angkat semula usul.ini dlm persidangan akan datang.

Kesimpulannya, semua ini adalah sandiwara UMNO dan PAS utk menghadapi dua PRK dan Muktamar PAS.

Takda niat pun nak laksana hudud. - sumber

4 comments:

  1. Strategi UMNO yang ingin "membunuh dua burung dengan satu batu" telah memakan dirinya sendiri. Manakala PAS yang dipimpin oleh golongan2 bendul dan "clueless" telah kena "game" akibat dari kebendulan mereka yang tiada hadnya. PAS ibaratnya menggunakan parang ditangan untuk men"kasi" dirinya sendiri.

    UMNO yang berhasrat untuk menkucar-kacirkan lagi kedudukan PH dengan isu "hudud PAS" telah secara tidak sedar mengkucar-kacirkan kekuatan BN itu sendiri. Parti2 komponen BN yang tidak diberitahu dan diberi notis tentang "lakonan drama dalam Parlimen antara Azalina dan Hj Hadi" telah mengamuk dan memberontak. Ini bermakna sokongan rakyat2 bukan melayu/islam yang setia kepada BN walaupun kecil jumlahnya akan menolak BN didalam dua PRK itu. Ianya walaupun kecil jumlahnya tetapi amat berharga dan bernilai bagi BN. Berkemungkinan undi yang kecil ini yang akan menentukan pemenang kerusi Sg. Besar dan K. Kangsar dan BN baru sahaja "jatuh terduduk" di garisan permulaan.

    Manakala bagi PAS pula, peluang untuk menyalakan dan menyemarakkan api sokongan orang2 melayu kepada PAS dengan menjaja hukum hudud dan akta 355 (sebagai bukti PAS adalah Parti Islam dan parti pilihan Allah) telah "di siram dengan air kencing" oleh Najib sendiri. Keghairahan Pak2 lebai sehingga berkecur air liur, tak sabar nak berceramah dan berkempen kononnya PAS telah menegakkan hukum Allah di Malaysia telah "dikendurkan" oleh Najib apabila secara jelas dan nyata mengatakan bahawa Akta 355 tu bukan hudud dan UMNO/BN tidak akan sekali2 pun membenarkan perlaksanaan hudud. Maka terngangalah Pak2 lebai menyaksikan ayam yang mereka kejar terlepas sementara tangan mereka sudah penuh dengan tahi.

    Peluang PAS untuk meraih undi2 orang2 UMNO dan Islam yang berada atas pagar telah gagal manakala undi orang2 UMNO yang benci kepada Najib sudah semestinya tidak akan diberikan kepada PAS yang sudah dilihat sebagai parti ulamak talibarut Najib. Sokongan rakyat bukan Islam sudah sememangnya telah lama meninggalkan PAS. Dengan hanya bergantung kepada undi2 ahli PAS yang walak, PAS tidak mungkin akan dapat duduk di kedua2 kerusi Parlimen itu.

    Maka, akibat dari sikap terburu nafsu, tidak menggunakan otak sebelum bertindak dan membuat kerja sambil lewa sahaja, PAS akhirnya menjadi "sang buaya" yang telah ditipu oleh si kancil. Sudahlah dijadikan alat tunggangan dan jambatan, sambil kepala kena ketuk, habuan makan kenduri pun tak dapat. Kesian kat pak2 lebai yang menjadi "sang buaya" dan cerita "sang kancil menipu sang buaya". Nak buat macamana, orang tamak haloba dan kuat dengki akan selalu rugi!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. Aku nak komen tentang perjalanan parlimen aku pon tak berapa paham. Tapi yang peliknya, sejak 1995 dok mengidam hudud,beratus ribu ringgit dah dihabiskan untuk bawa hudud supaya kerajaan dan rakyat terima, tiba-tiba bila diberi peluang, mintak tangguh pulak.
    Ini macam ada MOU; engko baca jer, lepas tu engko mintak tangguh perbahasan. Kalau engko nak bahas jugak aku tak bagi bentang. Okay?
    You help me I help you...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ini yg terjadi. sbb tu ada skrip depan hadi untuk dibaca, .....secara logik adakah hadi akan sediakan teks kalau dia TAK tahu bila "bill" nya akan di angkat. Skrip itu tlh disedian oleh Umno, hadi baca saja....LAKONAN HADI DAN UMNO

      Delete
    2. lg satu, adakah logik umno (konon musuh pas) akan cadang dan sokong "bill" hadi diangkat???

      Delete