Saturday, May 14, 2016

Pulaak!

Pas Selangor tidak sertai program bersama Tun Dr Mahathir malam ini
14 Mei 2016 | MALAYSIA DATELINE
Presiden Pas diiringi pesuruhjaya Pas Selangor

Badan Perhubungan Pas negeri Selangor di dalam mesyuaratnya yang diadakan pada 10 Mei telah bersetuju sebulat suara bahawa Pas Selangor tidak akan bersama di dalam program yang melibatkan Tun Dr Mahathir di Stadium Malawati malam ini.

"Sehubungan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor juga memutuskan agar Pesuruhjaya PAS Selangor tidak dibenarkan hadir dan ahli tidak dikerah ke program tersebut," kata Ketua Penerangan Pas Selangor, Mohd Prasad bin Hanif

Menurutnya, Pas Selangor mengingatkan rakyat bahawa kebejatan dan kemudharatan yang berlaku pada hari ini terjadi kerana pemusatan kuasa kepada Perdana Menteri, hasil warisan daripada pentadbiran Tun Dr Mahathir.

Selain itu katanya, PAS Selangor mengingatkan juga bahawa agenda Tun Dr Mahathir adalah menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya pemulihan keseluruhan sistem dan keadaan negara.

"Tun Dr Mahathir, melalui kenyataan-kenyataannya, telah menegaskan bahawa beliau mahu Umno kekal berkuasa," katanya

Pas Selangor katanya,percaya bahawa rakyat Malaysia prihatin da faham akan keadaan negara. PAS Selangor juga yakin bahawa Malaysia dapat diselamatkan tanpa Tun Dr Mahathir.

1 comment:

  1. Satu lagi kenyataan tak berotak yang kuar dari mulut pimpinan PAS. PAS berlagak konon2nya mereka yang berusaha untuk menjatuhkan UMNO tetapi dalam masa yang sama, Tuang Presideng dengan sokongan keseluruhan pimpinan PAS bertekad bahawa Najib tidak wajib diturunkan. Jika Najib Tuan presideng UMNO yang sudah tepalit dengan perbagai salahlaku, rasuah serta skandal yang sedang merosakkan negara, menurut PAS tidak perlu diturunkan dari jawatannya, maka sudah tentulah PAS tidak mahu UMNO dan pemimpinnya diturunkan dari tahta pemerintahan negara (sebab suka nak kekal sebagai penasihat agaknya).

    Jika Najib yang sudah sah kedudukannya sebagai Perdana Menteri terburuk negara, yang membawa kerosakan secara lansung kepada negara pun tak mahu disingkirkan, bila dan bagaimana situasi yang PAS fikir UMNO perlu ditolak dan disingkirkan? 50 tahun lagi? Seorang lagi PM UMNO mengishtiharkan bahawa dia mendapat duit derma berbillion juga? Bila semua harta dan kekayaan negara dah jadi milik negara asing? Apabila rakyat dah jadi rosak akhlak dan moral, tidak peduli akan kemungkaran pemimpin asalkan kenyang dengan dedak? Betullah puak2 serban ni dah sasau. PAS sudah menjadi tongkat UMNO dan BN dan PAS sudah membuktikan bahawa mereka adalah musuh PH dan musuh rakyat (kerana berdiri teguh mempertahankan Najib dan UMNO).

    Sesungguhnya memang bagus dalam PRU yang kan datang, PAS dan UMNO sama2 ditolak dan ditendang oleh rakyat. Mungkin itu merupakan jalan penyelesaian yang amat perlu untuk pemulihan negara dan demokrasi di Malaysia ini. Apa2 pun yang penting "Asalkan Bukan UMNO dan "PasiK Sekutu UMNO"! ABU! PaSU!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete