Zaid cadang Azalina diberi nama baru 'Cik Subjudis'
mk - Hari ini, 12:48 tengahari
Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said diberi nama baru.
Dalam Twitternya pagi ini, bekas menteri undang-undang itu mengesyorkan supaya Azalina diberi gelaran "Cik subjudis".
Beliau mengulas jawapan Azalina yang sekali lagi menyatakan unsur subjudis ketika ditanya di parlimen berhubung deposit dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Azalina menyebut demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada soalan ahli Parlimen pembangkang Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) dan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).
Ko bertanya sama ada Najib tahu mengenai wang dalam akaun banknya dan keperluan memberitahu Bank Negara bagi memastikan tiada unsur-unsur pengubahan wang haram, penyelewengan dan rasuah.
Sementara itu, Zaid berkata perdana menteri tidak dapat mencari individu sesetia Azalina, yang didakwanya setanding Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Pengarah komunikasi strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Bagaimanapun, beliau berkata, usaha mereka tidak lama lagi akan menjadi tidak relevan.
"Namun ia akan menjadi sia-sia, (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad) Zahidi Hamidi akan mengambil alih tidak lama lagi," katanya tanpa mengulas lanjut.
Ironinya, lebih daripada satu dekad lalu, Azalina membentuk perkongsian dengan firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim & Co, yang dimiliki bekas menteri itu.
Azalina yang juga ahli parlimen Pengerang sekali lagi dibawa memasuki kabinet semasa rombakan Julai lepas.
Sebelum itu, kedudukan kabinet terakhir Azalina adalah Menteri Pelancongan pada 2008 hingga 2009. Pada bulan Mac, Azalina berkata soalan berhubung derma politik RM2.6 bilion tidak akan lagi dibangkitkan di parlimen.
Beliau berkata ini kerana perbincangan tersebut subjudis kerana permohonan badan peguam untuk membuat semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku.
# berkaitan: Soalan RM42 juta dalam akaun Najib subjudis - menteri

Ni bukan cik subjudis tapi cik dildo..
ReplyDelete