Monday, 16 May 2016
JAWAPAN TAMBAH PENING
Putera Sultan Abdulaziz, anak Raja Arab Saudi yang memerintah sekarang iaitu Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Menteri Pelancongan Arab Saudi berkata, beliau tidak boleh mengulas secara spesifik berkaitan derma RM2,600 juta yang diterima oleh Najib Razak sebelum pilihanraya 2013 lalu.
Najib mengatakan wang yang diterimanya adalah derma politik daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan ia kemudian turut disahkan oleh Peguam Negara, Apandi Ali.
"Saya benar-benar tidak tahu latar belakang isu ini, bukan saya mahu mengelak tetapi saya benar-benar tidak ada latar belakang.
"Ini isu dalaman Malaysia dan saya pasti anda akan selesaikannya," kata beliau ketika bercakap dengan media yang turut dihadiri oleh Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
Sebagai analogi mudah, katalah pihak yang berkaitan dengan Istana atau kerajaan Malaysia telah heboh diperkatakan di seluruh dunia memberikan derma dan jika derma itu memang benar-benar sebagai derma, apakah mungkin menteri negara kita sanggup memberikan reaksi seperti di atas?
Tidakkah derma itu sepatutnya sesuatu yang mudah untuk diakui, kalau pun tidak mahu membanggakannya?
Cuma perlu katakan ya atau tidak saja.
Kenapa menterinya yang juga merupakan salah seorang anak Raja Arab Saudi boleh mengatakan beliau tiada latar belakang mengenai derma itu sambil tergamak menyebut ia adalah isu dalaman Malaysia?
Mengapa beliau tak mahu mengakui wujudnya derma tersebut jika ia benar-benar sebagai derma?
Lagi pula jumlahnya bukan RM2.60 sen yang menyebabkan ia malu untuk diakui secara terbuka, tetapi RM2,600 juta.
Pening lagi Najib dibuatnya....(SH 16/05/2016) - sumber

No comments:
Post a Comment