Tuesday, May 31, 2016

Bukankah Hadi dah puji......hanya DAP yang jahat?

PAS: Letak jawatan kerana 1MDB, bukan Akta 355
N Faizal Ghazali    Hari ini, 6:55 petang
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menempelak kepimpinan parti komponen BN yang mengugut keluar kabinet jika pindaan Akta Mahkamah Syariah berjaya dilaksanakan.

Sebaliknya kata Tuan Ibrahim, mereka sepatutnya bertindak demikian dalam “isu-isu rakyat” seperti pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta kontroversi 1MDB.

"Sepatutnya presiden MCA, MIC dan GERAKAN mereka tak boleh ugut untuk letak jawatan susulan rang undang-undang Akta 355.

"Kita nak lihat mereka letak jawatan susulan isu 1MDB, GST. Isu-isu rakyatlah‎.

"Sepatutnya mereka bangun menyatakan bantahannya. Tetapi RUU‎ baru di peringkat pembentangan, belum dibahaskan pun lagi.

“Saya fikir tindakan mengugut ini satu tindakan yang tidak mencerminkan kematangan politik dan tindakan untuk negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-57 di Kota Bharu hari ini.

Mana mereka sebelum ini?

Kerajaan minggu lalu mengusulkan supaya RUU yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipercepatkan di Dewan Rakyat.

Hadi bagaimanapun mohon penangguhan ke sesi depan atas alasan kesuntukan masa untuk perbahasan.

Undang-udang bagi menambah bidang kuasa mahkamah syariah itu dikhuatiri pengkritik membuka laluan kepada pelaksanaan undang-udang hudud.

Kerajaan menegaskan bahawa RUU itu bukan hudud.

Terdahulu dapat ucapan perasmiannya, Tuan Ibrahim membangkitkan persoalan di mana pemimpin parti komponen BN itu ketika muncul isu-isu kontroversi dalam negara.

"Ke mana mereka‎ ketika isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang dipulangkan kembali dan GST?

"Semua ini masalah rakyat yang sepatutnya diberi perhatian, bukan sekat hak orang Islam untuk amalkan ajaran dalam agama mereka," tegasnya.

Tak gopoh

Tambah beliau, usul pindaan Akta 355 tersebut dibawa dan diberi ruang untuk dibahaskan.

"Inilah kelebihan yang ada pada PAS, kita bukan gopoh-gapah. Kita buka ruang pada bulan akan datang dijadikan ruang untuk kaji dan dalami.

"PAS bersedia berdialog dengan mana-mana pihak untuk fahami tanggungjawab kita bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah," katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan akta tersebut untuk orang Islam dan tak ada kena mengena dengan orang bukan Islam.

"Kita kemukakan gagasan penyelesaian cara Islam bukan bermakna kita tak ikhtilaf agama lain.

"Tapi bawa penyelesaian Islam sebab kita yakin Islam bersifat rahmat untuk manusia," jelasnya.ya.

# bukankah kerana survival politik parti masing-masing?

PAS pun sama gak kan? bukannya bab Hudud pun!

1 comment:

  1. Pelakon2 sedang melakonkan wayang dalam usaha menipu dan memperdayakan rakyat malaysia. PAS, UMNO, MCA, MIC, Gerakan semua sedang berpura2. Akta 355 yang bukannya hukum hudud sepertimana pendustaan yang dilakukan oleh pimpinan PAS, ingin digunakan untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu 1MDB dan GST. PAS yang menjadi "badut sarkas" kepada UMNO pun sudah bertukar rupa dari berjubah kepada berbaju melayu, bersamping dan berkeris. Sekarang yang jelas, UMNO, PAS, MCA, MIC dan Gerakan semuanya adalah rakan.

    PAS adalah parti komponen BN yang tidak diishtiharkan secara rasmi kerana PAS mempunyai tugas untuk menipu, memperdayakan rakyat. Antara tugas PAS yang paling penting adalah menyebarkan fitnah2 serta adu-domba pada Pakatan Harapan. Rakyat perlu sedar akan fakta ini dan pada PRU yang ke 14 nanti rakyat perlu sedar bahawa PAS bukanlah parti pembangkang bahkan PAS adalah parti "pisau dalam lipatan". Rakyat kena berjaga2 dengan PAS kerana musuh yang terselindung adalah lebih berbahaya dari Najib, UMNO dan BN. Agenda mereka tidak lain dan tidak bukan, mengekalkan kekuasaan UMNO/BN dan PAS akan jadi "the pet that lives in luxury and wealth" (sebab PAS especially pemimpin2 mereka bukan reti jadi kerajaan mahupun pentadbir maka menjadi "pet" pun dah beruntung sangat).

    Nick.
    Cape Tiger

    ReplyDelete