Sunday, May 22, 2016

Memang rakyat dah muak puun........!

Pilih Pas atau Pakatan Harapan, PKR perlu tegas elak rakyat muak
21 Mei 2016 | ARIF ATAN
Rakyat mahu keputusan jelas dari PKR

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang terus mengundang kekalutan politik tanah air. Ungkapan lebih baik Pas mengembala lembu Umno daripada babi DAP walaupun dinafikan kemudiannya dilihat tetap mengundang persepsi buruk masyarakat bukan Melayu terhadap agama Islam itu sendiri.

Pada masa sama, ‘ribut di cawan kopi’ antara Hadi dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilihat hanya menjejaskan fokus Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, 18 Jun ini.

Terbaharu, apabila Azmin dengan nada sindiran bersimpati dengan Hadi kerana dianggap tidak tahu apa yang berlaku dalam parti diterajui Ahli Parlimen Marang itu sendiri.

Hadi pula sebelum ini menafikan adanya pertemuan Pas dengan Azmin walaupun Menteri Besar Selangor tersebut mendakwa sudah ada dua kali pertemuan dengan kepimpinan Pas.

Sikap Pas yang berdolak-dalih serta mengelirukan ini bukan satu gejala yang baharu. Situasi yang dianggap banyak pihak sebagai ‘u-turn’ atau ‘pusing roundabout tak henti’ inilah punca yang membawa kepada perpecahan Pas dengan kemuncaknya kematian Mursyidul Am parti itu, Tuan Guru Nik Aziz pada 12 Februari tahun lalu.

Kecenderungan Azmin yang dilihat masih menagih kasih Pas jika berlanjutan dibimbangi hanya akan merencat keyakinan majoriti rakyat daripada kelompok atas pagar dan tidak berparti terhadap Pakatan Harapan.

Tindakan terus melayan keegoan Pas dibimbangi boleh menimbulkan tanggapan umum bahawa pembangkang sedang berdepan masalah kritikal walhal Pakatan Harapan dan Pas melalui Blok Ketiga yang dibanggakannya adalah dua entiti berlainan.

Sudah tiba masa Azmin harus tegas memilih untuk terus memperkukuh Pakatan Harapan bukan lagi masih terus ‘memberi muka’ kepada Pas setelah memecahkan Pakatan Rakyat.

Meninggalkan Pas untuk parti itu hanyut bersama perangai bodoh sombong mereka itu lebih praktikal. Sebaliknya, melayan Pas yang tidak tentu hala tuju politik dengan kenyataan yang berubah-ubah hampir setiap hari tidak memberi faedah kepada masa depan Pakatan Harapan.

Slogan Pas kononnya ‘istiqamah hingga kemenangan’ dilihat hanya retorik kosong yang sama sekali tidak seiring dengan strategi bersatu hati dalam gabungan pembangkang sedia ada – Pakatan Harapan.

Selain BN, Pas pada masa ini hanya ancaman kepada Pakatan Harapan seperti telah terbukti pada musnahnya Pakatan Rakyat sebelum ini yang berpunca daripada pendirian politik lintang-pukang Pas.

Sikap PKR khususnya Azmin yang mungkin menganggap Pas penting hanya akan memporak-perandakan kerajaan negeri Selangor seterusnya Pakatan Harapan menjelang PRU14 ini.

Tanggapan sesetengah pimpinan PKR kononnya Pas diperlukan kerana kekuatan akar umbi sudah tidak relevan lagi pada masa ini memandangkan trend kepimpinan Pas yang lemah lagi melemahkan kemaraan gabungan pembangkang untuk menumbangkan rejim Umno-BN.

Sebaliknya, PKR harus membulatkan tekad menyokong dan bekerjasama dengan Amanah yang diterajui Mohamad Sabu kerana lebih relevan dengan mood perubahan rakyat.

Bahkan, dakwaan tentang kekuatan akar umbi Pas termasuk kuantiti dan kualiti jentera pilihan raya di segenap peringkat juga pada masa ini sebenarnya sudah berada dalam lipatan sejarah.

Ramai ahli Pas kini dipanggil ‘harum manis’ iaitu di luar nampak hijau – Pas tetapi pandangan politik cenderung kepada ‘oren’ – Amanah.

Mereka yang tidak senang dengan wajah Pas hari ini hanya menanti masa untuk berhijrah kepada Amanah dan langkah itu dijangka lebih cepat jika beberapa pemimpin Pas seperti Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar berbuat demikian terlebih dahulu.

Buktinya, bukan satu rahsia lagi, apabila banyak mesyuarat Pas di peringkat cawangan dan kawasan bermasalah lantaran tidak cukup ahli.

Sebahagian besar kekuatan itu bersama anggota yang rajin ‘buat kerja’ sudah berpindah kepada Amanah ditambah gandingan barisan pemimpinnya yang teguh tekad politik mereka jauh berbeza dengan Pas.

Hal ini dapat dilihat pada kepimpinan Pas yang berdepan krisis budaya politik keliru dan lagi mengaibkan sejak penyingkiran pemimpin yang profesional dan rasional pada muktamar Pas tahun lalu.

Hanya yang tinggal dalam Pas pada masa ini ulamak dalam bidang agama manakala ulamak dalam bidang lain pupus dan jika ada pun, peranan mereka sudah terpencil.

Lihat saja reaksi penyokong Pas pada status Facebook Naib Presiden parti itu, Datuk Iskandar Abdul Samad tentang perlunya seorang bapa mendapatkan pandangan anak-anak walaupun mempunyai kuasa ‘veto’. Rata-rata komentar mereka mengecam Iskandar kerana menganggap Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga bekas arkitek dan pensyarah itu menyindir Presiden Pas.

Lain pula halnnya dengan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria. Bekas pegawai kanan Kastam yang pernah dinasihatkan berhenti itu dalam status Facebook terbaharu meletakkan komentar, “Selamat berjuang khadam DAP” pada pautan berita internet bertajuk, “Da’i terkenal Rohingya dibunuh secara sadis di Yangon, Burma”.

Menyimpang jauh lari daripada agama Islam yang membawa rahmat sekalian alam, kenyataan Razman dilihat tidak lebih bernada hasutan apabila mengaitkan DAP dengan kezaliman dan penindasan ke atas umat Islam.

Justeru, PKR perlu segera kembali fokus kepada Amanah dan DAP yang merupakan rakan komponen Pakatan Harapan. Hentikan daripada melayan Pas jika tidak mahu melihat pengundi jemu atau keliru ketika hari semakin menghampiri Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

# memang salah PKR pun. Mana ada berbini dua dalam politik?

4 comments:

  1. Saya sokong komentar tuan. Terbaik. Pas sedang hanyut dalam keegoannya. Rupanya ego golongan lebai ni lebih buruk dari rakyat biasa

    ReplyDelete
  2. Sekira nya di awal lagi Azmin bertindak selaras dengan kehendak PAS yang telah meninggalkan Pakatan Rakyat, saya pasti perkara ini tidak akan terus berlaku. Tetapi entah apa sebab nya dia masih mendakap erat PAS yang bukan lagi ahli Pakatan Rakyat. Jangan lupa bahawa dua ADUN PAS yang berani bertindak hingga di gelar "BARUA" dan "BROKER" telah menatijah kan beliau di angkat sebagai MB Selangor.

    Berbalik kepada beliau masih mendakap PAS yang mana si president nya telah pun mengeluarkan kata kata bahawa berbaik dengan "LEMBU UMNO" lebih mulia dari berbaik baik dengan "DAPig". Pada saya ia nya satu ungkap yang kurang ajar kerana DAP bukan sahaja di anggotai oleh bangsa Cina, malah Melayu pun ada, wajar kah orang orang Melayu yang mengaggotai parti itu di panggil "PIG".

    Wakau pun DAP di panggil "PIG" namun saya menghormati parti tersebut kerana siang siang lagi kerjaan PP telah mengumum kan bonus hari raya kepada para pekerja yangberkerja di bawah kerjaan Negeri, malah para guru agama pun tidak di lupai. Para guru kafar di Negeri itu di beri gaji RM930.00 sebulan. Bagai mana dengan Negeri Negeri lain?

    Pembalakan pula:
    Setelah melihat kerosokan yang melanda Negeri Kelantan pada akhir tahun lepas kerana banjir, kerjaan Negeri telah mengharam kan aktiviti pembalakan di Pulau Pinang. Akui lah tuan president yang menyanggi "LEMBU UMNO" bahawa kemusnahan di Kelantan masih lgi ada mangsa yang belum mendapat pembelaan. Bukan kah Negeri Kelantan itu di terajui oleh parti tuan!!! Saya kira RUU 533 yang konon nya "LEMBU UMNO" akan menyokong nya telah tidak kedengaran lagi, mungkin sudah hanyut di bawa oleh air banjir dahulu. Kita mencari juga kalau kalau ia nya tersangkut di kanfgang babi milik DAP tetapi tak di ketemui. Yang di ketemui hanya lah ugutan Nik Amar yang menyata kan bahawa "LEMBU UMNO" akan di peranggi habis habisan sekira parlimen gagal membincang kan nya. Malang nya sehingga kini "PERANG" tersebut masih lagi dalam "GANCATAN SENJATA".

    ReplyDelete
  3. Terima kasih tuan empunya blog kerana melontar hujjah yg agak bernas mengenai para perlunya PKR dan aulanya Azmin membulat tekad dan fokus untuk memperkasakan Pakatan Harapan dan berundur dari terus terusan menagih simpati dari gerombolan yg nampak jelas tidak sudi. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  4. Saya masih kata-kata ini....memang ego -Dengan nada berseloroh, beliau mengumpamakan golongan tersebut sebagai pengacau seperti nyamuk yang mengganggu tidur.

    "Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam.

    "Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila,” katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti itu, Harakahdaily "

    ReplyDelete