Saturday, May 21, 2016

Kita tengok, kepala siapa lebih keras?

Saturday, 21 May 2016
DAH DAPAT UGUTAN, APA DITUNGGU LAGI?
Senada dengan beberapa tulisan dalam blog ini yang mahukan Pas lebih bertolak ansur dan kalau pun ingin berdepan satu lawan satu dengan BN sama ada di Sungai Besar mahu pun di Kuala Kangsar, parti itu yang seharusnya akur dengan Pakatan Harapan dan bukannya Pakatan Harapan tunduk kepada mereka, Azmi Ali nampaknya telah memulakan langkah yang boleh diberikan pujian ke arah itu.

Langkah tersebut ialah memberi kata dua agar tiga Exco Pas meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri sekiranya parti itu berkeras juga mahu meletakkan calonnya di Sungai Besar.

Sebagai ketua kerajaan negeri di Selangor dan penggerak penting dalam Pakatan Harapan, memang wajar Azmin memberikan kata dua itu agar Pas lebih sedar dirinya yang sebenar.

Meskipun semalam ada penafian mengatakan kata dua itu tidak pernah diberikan, tetapi Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Mohd Khairuddin Aman Razali akhirnya mengesahkan perkara itu.

Katanya, permintaan Azmin agar tiga Exco Pas harus meletakkan jawatan jika berkeras meletakkan calon di Sungai Besar adalah sesuatu yang benar berdasarkan maklumat yang diterima pihaknya.

Lagi pun, cakap ulama dan maklumat yang disampaikan kepada ulama mestilah sesuatu yang benar belaka. 

Maka, apa pendirian Pas selepas ini - tetap berkeras mahu bertanding juga di Sungai Besar atau sedia bertolak ansur dengan Pakatan Harapan?

Terus berpegang kepada ketetapan bertanding yang kononnya tidak boleh diubah lagi atau lebih sayangkan jawatan Exco dalam kerajaan negeri Selangor?

Apa ditunggu lagi wahai Pas...buatlah keputusan dengan segera?

Apa pun, tahniah kepada Azmin yang bukan saja sedang "mengajar" Pas, malahan juga menunjukkan kepada parti itu bahawa Pakatan Harapan adalah pembangkang dominan yang sedang menuju untuk menjadi alternatif kepada kerajaan UMNO dan BN yang telah rosak binasa angkara skandal kewangan melibatkan Najib sekarang ini.

Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah titik mulanya, manakala Pas boleh memilih sama ada mahu bersama dengan perubahan dan pembaharuan itu atau lebih sedia menjadi pelampung penyelamat kepada Najib sedang dihina di seluruh dunia? (SH 21/05/2016). - sumber

No comments:

Post a Comment