Daki cenuram 800 meter demi ke sekolah
Madiha Abdullah, Astro Awani | Diterbitkan pada Mei 28, 2016 14:24 MYT
BEIJING: Kita biasa mendengar cerita ibu bapa yang mengeluh apabila anak-anak mereka enggan ke sekolah.
Dalam usia yang masih mentah, bukan sesuatu yang pelik jika kanak-kanak lebih gemar berada di rumah atau bermain bersama kawan-kawan.
Namun bagi sekumpulan kanak-kanak di wilayah Sichuan, China, mereka sanggup bertarung nyawa demi menuntut ilmu.
Foto-foto yang memaparkan kesukaran yang dilalui anak-anak kecil itu mula tersebar dan mendapat perhatian awal minggu ini, sekaligus membangkitkan kebimbangan orang ramai.
Kanak-kanak dari kampung kecil bernama Atule'er itu bukan sahaja mengharungi perjalanan dua jam untuk ke sekolah, malah terpaksa mendaki cenuram setinggi 800 meter.
Portal CNN melaporkan, seorang jurugambar, Chen Jie, yang mengikuti kumpulan kanak-kanak itu membuat pendakian, mengakui ia adalah pengalaman yang sukar dan sangat merbahaya.
"Pendakian sahaja sudah cukup merbahaya. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana mereka turun. Mereka boleh jatuh bila-bila masa sahaja," kata Chen Jie.
Kumpulan kanak-kanak itu yang berusia dalam lingkungan enam hingga 15 tahun, hanya pulang ke rumah mereka dua kali sebulan.
Portal NBC News pula melaporkan, sebuah tangga besi yang kukuh bakal dibina dalam usaha memastikan keselamatan kanak-kanak tersebut.
Madiha Abdullah, Astro Awani | Diterbitkan pada Mei 28, 2016 14:24 MYT
Kanak-kanak ini sanggup bertarung nyawa demi menuntut ilmu. - Foto AP
Dalam usia yang masih mentah, bukan sesuatu yang pelik jika kanak-kanak lebih gemar berada di rumah atau bermain bersama kawan-kawan.
Namun bagi sekumpulan kanak-kanak di wilayah Sichuan, China, mereka sanggup bertarung nyawa demi menuntut ilmu.
Foto-foto yang memaparkan kesukaran yang dilalui anak-anak kecil itu mula tersebar dan mendapat perhatian awal minggu ini, sekaligus membangkitkan kebimbangan orang ramai.
Kanak-kanak dari kampung kecil bernama Atule'er itu bukan sahaja mengharungi perjalanan dua jam untuk ke sekolah, malah terpaksa mendaki cenuram setinggi 800 meter.
Portal CNN melaporkan, seorang jurugambar, Chen Jie, yang mengikuti kumpulan kanak-kanak itu membuat pendakian, mengakui ia adalah pengalaman yang sukar dan sangat merbahaya.
Tangga yang digunakan untuk mendaki cenuram hanya diperbuat daripada buluh.Foto/AP
Kumpulan kanak-kanak itu yang berusia dalam lingkungan enam hingga 15 tahun, hanya pulang ke rumah mereka dua kali sebulan.
Portal NBC News pula melaporkan, sebuah tangga besi yang kukuh bakal dibina dalam usaha memastikan keselamatan kanak-kanak tersebut.
No comments:
Post a Comment