Thursday, May 19, 2016

Deklarasi Rakyat: Azmin dah terbang jauh sangat!

Assalamualaikum

Pada dasarnya memang saya setuju pada Deklarasi Rakyat (DR ) ini....walaupun menyimpan sedikit keraguan pada matlamat DR ini.....di sebabkan pertindihan maklumat...

Pada pendapat saya....tujuan Tun M menyebut siapa  yang bakal menggantikan Najib....setelah Najib berundur....itupun ada motif politik tertentu untuk meraih sokongan  dari pihak PH

Terutama apabila Tun M menyenaraikan  Azmin Ali berpotensi menggantikan Najib sebagai PM....

Dari situlah bermulanya kesungguhan Azmin dan penyokongnya untuk membantu sepenuhnya....termasuk memberi sokongan material terhadap DR ini

Sedangkan Tun M ada ketikanya secara jelas....telah membuat kenyataan bahawa tujuan DR itu....hanya untuk menjatuhkan Najib dan bukan Umno....dan besar kemungkinan PM nanti akan d gantikan oleh pemimpin UMNO pilihan Tun M

Sebenarnya keterlibatan untuk DR ini hanya sesuai....sebagai langkah jangkamasa pendek....dan bukannya jangkamasa panjang....Tun M ini ahli politik pintar yang  sukar di baca agenda sebenar beliau

Untuk jangka masa pendek demi  menjatuhkan Najib....hanya itu sahaja yang sesuai di beri sokongan....

Buat Azmin pula nampaknya  dah terbang jauh sangat....sepatutnya dari awal lagi keterlibatan PH ini....harus  bersama seluruh pimpinan PH dan mengikut ....apa yang di tetapkan oleh majlis  Presiden PH....tak perlu pergi jauh sangat!

Layar Impian 9.09am

No comments:

Post a Comment