Tuesday, May 31, 2016

Selepas Presidennya berpeluk dengan Najib tetiba PAS sedar mereka Melayu!

31 Mei 2016
Kostum "Pahlawan Melayu" Muktamar PAS Jadi Bahan Lucu Oleh Netizen

Gambar-gambar sekitar Muktamar Pemuda PAS yang berlansung di Kelantan hari ini yang menyaksikan kelainan apabila pemimpin kanannya tampil dengan pakaian seperti pahlawan Melayu telah menjadi viral di media sosial.

Penampilan ketuanya Nik Abduh Nik Mat yang sebelum ini selalu tampil berkopiah hari ini nyata berbeza yang mana beliau hari mengenakan bertanjak dan menyelit keris di pinggang.

Keadaan ini berbeza dengan sebelumnya apabila pemimpin PAS lebih selesa dengan imej biasa mereka berkopiah putih, berserban dan berjubah.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Ketua Pemuda Muhammad Khalil Abdul Hadi dan naibnya, Khairul Nizam Khirudin turut berpakaian demikian.

Ke empat-empat mereka diarak bagaikan pahlawan Melayu dalam majlis perasmian muktamar Dewan Pemuda Pas yang berlangsungnya petang ini.

Tampak seperti peragaan pakaian beragam, kata seorang netizen. Macam-macam warna ada.

Namun ia juga menjadi bahan lucu kepada netizen lain yang rata-rata melihat pakaian "pahlawan Melayu" yang dikenakan gagal apabila aura sekeliling tidak dipadankan dengan pakaian berkenaan.

Sebagai contohnya Unit AMAL masih berpakaian moden dengan warna merah hatinya dengan tidak bertombak dan tidak berlembing sepertimana yang terdapat pada hulubalang-hulubalang zaman silam. 
Begitu juga suasana dalam dewan yang rata-ratanya adalah berkonsepkan modenasasi dan "pahlawan-pahlawan" ini duduk di kerusi empuk yang tidak berlaku di zaman silam. Sehingga ada yang memberi komen: "Mujur tak tertikam keris di perut bila duduk di kerusi empuk itu".
Ada yang memberikan komen-komen lucu hasil dari gambar-gambar yang diviralkan itu. Misalnya ada yang membuat persamaan dengan Pendekar Mustar bersama-sama dengan tiga pahlawan di dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Allahyarham P.Ramlee.: 
Ada pula yang menyamakan pakaian pemimpin PAS itu dengan pakaian pemimpin UMNO yang mengenakan kostum yang hampir serupa. 
Malah ada yang menyatakan bahawa pakaian pahlawan PAS itu adalah gambaran kepada persamaan perjuangan PAS dan UMNO masakini. 

Tidak kurang juga ada yang memberi persepsi dan interpretasi yang lebih jauh, apakah tema ini sebagai satu "amaran" untuk permulaan perang antara kaum di negara ini? 

Ada pula yang agak nakal sedikit menyamakan pakaian itu dengan pakaian yang pernah dipakai oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah. 
Tetapi ada yang jauh lebih melucukan. Ia tertumpu kepada kostum Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggunakan dua keris. 
Dan "anugerah foto paling lucu" pula yang dipilih oleh warga siber ialah juga foto Timbalan Presidennya juga dimana seorang "pahlawan Melayu" memberi tabik... sehingga ada yang memberi komen, agaknya dulu begitu Sultan Melaka beri tabik hormat kepada Hang Tuah yek ... 
Demikian episod lucu dan bahana yang menimpa PAS setelah ketiadaan atau kekurangan golongan profesyenal di dalamnya. Mentaliti zero, kata seorang facebooker. Mahu membawa PAS ke era dulu-dulu, era kurang bertamadun, kata seorang yang lain. 

Ini muktamar pertama PAS selepas meninggalkan gabungan dengan PKR dan DAP dan membentuk blok baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan selepas golongan progresif meninggalkan untuk membentuk Parti Amanah Negara. 

Muktamar ini berlangsung menjelang dua pilihan raya kecil bulan depan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang ditandingi mereka. -GB 

2 comments:

  1. Tak tau nak komen apa dah pak din..
    Pahlawan lebai sarkas..

    ReplyDelete
  2. Satelah Penasihat Kerajaan ni di nasihatkn supaya pakai pakaian Melayu..baru Penasihat ni sedar rupanya dia MELAYU..sama dgn UMNO = PAS

    ReplyDelete