PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar- Bn Bakal Menang Besar
musram rakunman - Tuesday, 17 May 2016
Dalam politik semua boleh berlaku. Memang diakui, bahawa majoriti Bn di kawasan itu menurun dengan drastik sekali sejak PRU 2004, khususnya di Parlimen Sungai Besar. Di Parlimen Sungai Besar misalnya, majoriti Bn pada tahun 2004 -7,349, tahun 2008 -5,009 dan tahun 2013 - 399, dengan jumlah undi yang bertambah - 15,337 (2004), 16,069 (2008) dan 18,695 (2013). Sementara di Parlimen Kuala Kangsar majoriti Bn 2004 -5,557, 2008-1,458 dan 2013-1,082, dengan pertambahan jumlah undi kecuali pada tahun 2008, di mana undi yang diperoleh hanya 10,735, berbanding 11,305 tahun 2004 dan 14.218 tahun 2013.
Adalah diramalkan calon-calon Bn akan menang besar, meskipun pergolakan politik di tanah air, khususnya melibatkan beberapa pemimpin parti Umno, namun dipihak pembangkang juga tidak kurang hebatnya, apabila parti-parti yang berpakat melalui Pakatan Rakyat, blok pembangkang yang dikatakan alternatif kepada barisan nasional berpecah pada tahun 2015. Perpecahan Pakatan Rakyat yang kini menjadi Pakatan Harapan dengan kombinasi yang lain, terbukti tidak menyerlah, seperti mana terbukti melalui PRN 11 Sarawak yang berlabuh pada 7 Mei. Pada PRN 11 Sarawak, DAP yang sebahagaian daripada Pakatan Rakyat telah menang 12 kerusi pada PRN 10 Sarawak tahun 2010, namun hanya dapat mempertahankan 7 kerusi pada PRN 11 Sarawak. Sementara PKR hanya mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRN ke 10, Sarawak, manakala PAS dan parti serpihannya Amanah mengalamai kekalahan teruk.
Melihat kepada pergolakan pada parti-parti pembangkang, rakyat yang pernah menyokong pakatan parti-parti itu, kini merasakan, bahawa pakatan parti-parti itu sebenarnya tidak mampu menjadi alternatif kepada Barisan Nasional, atas sebab, ketidak serasihan antara mereka, bukan sahaja melibatkan pemimpin utama akan tetapi juga pemimpin pertengahan dan selanjutnya penyokong. Ramai rakyat melihat, bahawa parti-parti itu hanya bermatalamat mendapatkan kuasa untuk para individu yang mempunyai kedudukan dalam parti, jauh sekali membela rakyat.
Persengkongkolan dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, telah mengundang kecurigaan daripada defacto leader PKR- Dato Seri Anwar Ibrahim, sehingga banduan tersebut terpaksa menulis surat lapan muka surat yang dialamatkan kepada para comrade PKR.
Persengkokolan antara para pemimpin pembangkang dan Tun Dr Mahathir, melalui “You help me, I help You” sebenarnya telah bertukar kepada “ we help each other to topple BN” apabila mantan Perdana Menteri itu berucap di Shah Alam hujung minggu lalu, mendesak pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar menolak Bn, dan seterusnya memenangkan parti yang melawannya. Melalui kenyataan itu, pengundi yang menyokong Umno dan masih berpihak kepada mantan Perdana Menteri itu, kini sudah jelas, bahawa matalamat beliau bukan sahaja mahu menjatuhkan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri, akan tetapi mahu menggantikan kerajaan Bn kepada kerajaan pembangkang yang dipimpin Lim Kit Siang.
AYT melihat melalui kenyataan terbaru daripada Tun Dr Mahathir, bukan sahaja menarik sokongan kepada Bn, akan tetapi calon-calon Bn pada dua PRK itu akan menang besar, dan kemungkinan besar situasi akan kembali seperti tahun 2004. Apa yang perlu dilakukan Bn, adalah agar parti itu dapat mengemukan calon bukan sahaja boleh menang, akan tetapi “likeable” dan “marketable”

No comments:
Post a Comment