Monday, 23 May 2016
Kejutan Dari Istana Johor
Kejutan Dari Istana Johor
Pasukan bola Johor Daruk Takzim (JDT) tidak akan sama sekali ‘jatuh’ kerana hari itu tidak akan terjadi.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata demikian dalam satu wawancara yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook Johor Southern Tigers semalam.
“Seseorang menunjukkan kepada saya komen yang dibuat oleh sesetengah pihak, mengatakan bahawa mereka berdoa tibanya hari untuk JDT ‘jatuh’.
“Sekarang, saya ingin bertanya sesuatu kepada anda yang bijaksana. Apakah maksud ‘jatuh’? Tidak memenangi trofi?,” soal baginda.
Jelasnya, kejatuhan JDT adalah apabila pihak itu gagal membayar gaji, padang tenggelam di dalam laut, stadium runtuh, tewas 12-0 setiap perlawanan, muflis ataupun pasukan ini sudah tidak wujud lagi.
Tegasnya, hari itu tidak akan terjadi.“Ini kerana insan ini tidak pernah mencuri wang rakyat dan membunuh orang. Semua yang saya lakukan sejak hari pertama adalah membantu orang ramai dan menyatu padukan Rakyat.
“Jadi saya tidak bimbang. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang benar. Selamat menikmati hari yang indah,” katanya menamatkan wawacara berkenaan.
Bagainda bagaimanapun tidak mendedahkan pihak yang berdoa JDT akan jatuh mahupun pihak yang dibandingkan dalam kenyataannya itu.

No comments:
Post a Comment