Thursday, May 26, 2016

Cakap berselerak dengan Hadis dan Qur'an tapi praktikalnya hampeh, hancus!

PRESIDEN PAS JAWAB ISU BABI DAP

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

JASIN: Konsep pemerintahan yang akan dilaksanakan oleh PAS adalah mengikut Islam dengan memberi kesejahteraan dan menjamin hak kepada semua rakyat tanpa ada sebarang unsur paksaan mahupun penindasan, demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, ia sebagaimana model pernah dilaksanakan Rasulullah SAW di Madinah yakni berbeza dari pemerintahan agama lain yang menggunakan kuasa untuk bertindak atau menindas penganut ajaran selainnya seperti pernah berlaku dalam sejarah.

Jelasnya, pemerintahan Yahudi menindas dan membunuh penganut Kristian, manakala pemerintah Kristian bertindak ke atas penganut Yahudi dan sebagaimana juga pemimpin Musyrikin Quraisy yang berkuasa zalim kepada kalangan manusia lain.

Sedangkan Islam menurut beliau, mewajibkan umatnya berdakwah kepada manusia lain dan tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam sekiranya mereka enggan, sebaliknya mereka dinaungi di bawah pemerintahan Islam agar menerima prinsip dan konsep negara.

“Agama mereka, itu masing-masing. Malangnya takut pada Islam dan ditakut-takutkan. Yang terkini dijaja pula pasal kenyataan kononnya saya menghina orang Cina, jangan jadi gembala babi DAP. Apa makna? Kena faham, bila Islam memerintah, Islam tak halang orang Cina pelihara babi. DAP nak buat ladang babi untuk Cawangannya, silakan, tak halang.

“Tapi jangan sampai bawa penyakit pada orang lain. Jangan jadikan orang Melayu gembala babi, tak boleh dan ini kena faham. Ini maknanya yang mesti kita faham. Jangan jadikan ini isu untuk menajamkan hubungan antara satu sama lain. Tetapi sengaja nak diapi-apikan,” jelasnya ketika menyampaikan ceramah umum di Simpang Kemendor, di sini 21 Mei lalu.

Sambung Tuan Guru lagi, Allah SWT meletakkan acuan negara dengan kalimah _“aqamussolah”_ menunjukkan pemimpin negara itu mereka mempunyai hubungan dengan Tuhan, mendirikan solah, tahu dosa pahala yakni bukan ketika solat sahaja, tetapi juga dalam berpolitik, berekonomi dan dalam semua urusan.

Tegasnya, PAS akan membawa pemerintahan yang mengikat manusia serta urusan dunia dan akhiratnya dengan Allah SWT tanpa terpisah antaranya kerana Islam adalah _‘ad-deen’_ yakni cara hidup meliputi segala perkara.

“Sesungguhnya solatku, hidupku, matiku, semata-mata untuk Allah. Jangan anggap solat hubungan kita dengan Tuhan, (tetapi) masa berpolitik memerintah negara boleh rasuah, masa meniaga menipu, dapat duit banyak pergi haji buat umrah (selesai masalah). Bukan begitu,” ujarnya membetul kefahaman.

Beliau juga menerangkan mengenai ayat Quran berkaitan zakat di dalam pemerintahan di mana ia merujuk kepada pelaksanaan konsep ekonomi dalam Islam antaranya mengambil lebihan pendapatan dari mereka yang mampu lalu diagih kepada golongan tidak berkemampuan.

Jelasnya, apabila pemerintahan Islam kian berkembang, barulah muncul cukai _jizyah_ dan _kharaj_ tetapi dilaksanakan dengan prinsip zakat, di mana berbeza sama sekali dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kini.

Tuan Guru turut mengungkap keruntuhan dan kegagalan idealogi pemerintahan lain di dunia serta berubahnya mereka kepada dasar dan sistem lain dalam berkerajaan termasuk oleh kuasa besar.

Malangnya, negara ini menganut idealogi dan sistem yang gagal itu peninggalan penjajah itu menyebabkan berlakunya pelbagai masalah dan gejala, kerana tidak mengikut petunjuk Allah iaitu melaksanakan pemerintahan Islam, sedangkan negara ini kaya dengan pelbagai hasil dan sumber tenaga manusia.

Sebaliknya kesali beliau, apabila PAS melaksanakan pemerintahan di Kelantan dan Terengganu dengan membawa kepentingan Islam Melayu, telah dikepung dan disekat serta dirampas hasil, sedangkan kepada Sabah dan Sarawak tidak dibuat sedemikian.

“Kerana, (ikut) guru mereka Barat tidak benar Islam untuk dilaksanakan. Parti Islam menang di Algeria dibatalkan, di Mesir dibatalkan. Hasadnya mereka pada Islam. Termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat takut kalau Islam dilaksanakan. Ini merupakan sempadan yang tidak boleh kita tolak ansur.

“Kita ikhlas hendak tegakkan Islam. Kerjasama kita dengan semua pihak dalam perkara fleksibel, tidak sentuh akidah dan dasar perjuangan, kita tidak paksa orang lain ikut kita, tetapi beri kita peluang laksanakan pendekatan kita,” pohonnya.

Beliau mengimbas pelbagai usaha dilakukan PAS semasa memerintah Terengganu dan Kelantan untuk kebaikan negeri dan rakyat, namun dilakukan pelbagai tindakan bersifat halangan dan permusuhan.

Menurut Tuan Guru, walaupun PAS menerima konsep federalisma, tetapi selepas pilihan raya PAS tetap juga dijadikan sasaran berlawan, menyebabkan perlu rakyat melakukan perubahan melalui konsep demokrasi.

5 comments:

  1. Orang dah merasa dirinya lebih maksum drpd org lain. Biasala. Kalau dah serban sekilo, setan yg duduk memesongpun tahap PhD juga. Karang kita nasihat, katanya dia lebih bujak. Lantak ler. Jangan jadi bodoh dok ikut dia sudah...

    ReplyDelete


  2. Hadi nih klu kita test IQ dia dgn golongan profesional drp AMANAH dah tentu bungkus

    Contoh, klu Dr Hatta Ramli @ Dr Dzul aku bagi 8 per 10

    Utk Hadi klu dpt 5 per 10 pun dah sgt tinggi


    Klu Hadi duduk periksa SPM semula amik paper sejarah Islam skalipun dgn Dr Hatta dan Dr Dzul, aku gerenti Hadi bungkus takleh nak saing IQ yg ada pd Hatta dan Dr Dzul..

    Camner IQ lembab camtue boleh layak kita panggil ulamak


    Dan sudah jd kelaziman pd zaman dolu2 klu budak tue lembap bapak dia akan suruh mngaji arab kat pondok

    Dan "kebanyakan" yg balik dr Mesir Jordan dan Syiria tue sume jenis lembap aka tolol2 belaka

    Takder sekor pun yg ada IQ level sepadan dgn ulamak

    Sbb tue paling takut depa nih utk debat & berhujah krn IQ depa yileks...mngHAFAL boleh ler

    Nabi SAW w.pun tak ngaji dan buta huruf tapi memiliki IQ yg sgt tajam dan tinggi, tak sesekali TAKUT utk diajak berDEBAT dan berhujah skalipun dgn bijakpandai2 Yahudi dan Nasrani..

    Dah terang NAMPAK yg umno-Ajib tu tolol BODOH yg dia pi sedondon berkawan tue menunjukkan skrg dia dan walaun2 nya adalah spesis yg trsgt2 tolol lg BODOH..noktah!

    ReplyDelete
  3. Tok Guru yang tidak mengamalkan apa yang diajarnya. Dan anak2 murid pula terlalu taksub kat Tok Guru, pun mengikut perangai gurunya iaitu cakap lebih tapi amalnya tak dak. Kemudian, bila perjuangan perlukan kebijaksaan, startegi dan kerjasama, ikut juga perangai gila To Guru yang perasan ilmunya tinggi tapi bila buat kerja asyik curi tulang dan tuang malah sombong dan dengki kat orang2 yang kuat kerja serta kuat pegang janji.

    Yang dahsyatnya, puak2 cakap banyak tapi otak kosong ni yakin pulak bahawa mereka adalah pejuang2 Islam yang 100% masuk syurga hanya sebab walak "babi-buta" kat Tok Guru yang cakap pandai, amal dan akhlak macam samseng. Sesiapa yang tak serasi mahupun suka dengan geng ni, semuanya dicaci, dimaki dan halal fitnah direka keatas mereka. Ni lah dia puak2 yang dulu kuar amanat "kafir dan toghut" tapi sekarang dah anggap amant tu dah "expired" atau tamat tarikh luput. Diaorang ingat hukum2 dalam islam ni dibuat kat kilang ke?

    Dulu UMNO kafir dan sekarang sudah "kosher"? Dulu UMNO adalah setan besar dan sekarang sudah boleh "bertawaun" (join venture) dengan setan? Dulu Hudud tu mesti diutamakan perlaksanaannya tapi sekarang boleh ditangguhkan (sebab buat blok ketiga dengan Parti Ikat "bow-tie")? Dulu Akta 355 tu adalah permulaan hudud tapi sekarang HANYALAH memperkasakan mahkamah syariah? Aisey...berapa banyak u-turn dan belit daaa....!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  4. Itulah Islam suruh jaga tutur kata dan berkata-kata hanya untuk kebaikan dan bila perlu sahaja. Hadi Awang sudah melepasi tahap manusia tanpa agama, bagaimana beliau masih berbangga menjadi Presiden parti yg letak nama Islam di dalamnya...? Mungkin jubah sahaja mengikut Nabi tapi otak dan kejahatan beliau sinonim Yahudi Tua layaknya.

    ReplyDelete
  5. Pas,parti lebai sarkas..barua dan broka,penuh dgn penyelewangan,rasuah,seks,putarbelit agama

    ReplyDelete