Thursday, April 6, 2017
Pandikar Amin: Speaker power ful yang bloodyfool
MARAH PETANG
1. Saya rasa bukan sahaja saya yang kecewa dengan apa yang berlaku di dewan rakyat hari ini, di hari akhir persidangan, tetapi orang lain juga, apabila Speaker Pandikar Amin Mulia tidak menunjukkan profesionalisme sebagai seorang pengendali mesyuarat yang sepatutnya adil dan saksama kepada semua anggota dewan. Mereka yang mengikut sidang hari ini juga hampa dan marah dengan apa yang berlaku. Semuanya, kerana dia menggunakan kuasa vetonya untuk menutup sidang bagi mengelakkan perbahasan usul RUU 355 yang dibentang oleh wakil Marang, Abdul Hadi Awang dengan alasan ia akan dibuka pada sessi akan datang.
2. Kita tahu apa dilakukan Pandikar Amin itu sudah dirancang demikian rupa untuk political mileage Umno dan Pas. Ia semuanya sudah diatur demi kepentingan pihak kerajaan. Sebelum ini Zahid Hamidi beriya-iya mengatakan RUU 355 akan dibawa sendiri oleh Kerajaan, tetapi alih-alih diserahkan kepada wakil Marang. Perubahan itu juga adalah pertimbangan akhir dari persepakatan Umno - Pas dalam isu itu. Suatu permainan (game) politik yang immoral.
3. Tetapi kerana Pandikar Amin adalah Speaker orang berkuasa dalam persidangan, apa-apa implikasi baik dan buruk akan terpacak ke atas bahunya. Kedudukan Speaker sebagai pengerusi yang bebas hanya formalti sahaja tetapi dari segi praktiknya ia terikat atas kehendak sang Perdana Menteri Najib Razak. Demikian juga falsafah atau percedent yang dipetik dari ratusan buku parlimen yang digunakan sepanjang mengendalikan mesyuarat bukan untuk dipraktik tetapi sebagai retorik sahaja.
4. Sebab itulah beliau menguruskan mesyuarat seperti hari ini. Bagi saya apa yang dilakukan hari ini
terburuk sejak beliau menjadi Speaker. Membiarkan Abdul Hadi Awang membentang usul itu kemudian membenarkan Takiyuddin Hassan mengulas panjang lebar usul berkenaan. Takiyuddin mengambil masa 1 jam 45 minit untuk menjelas, menerang dan "convince" mesyuarat agar menerima usul berkenaan.
5. Peringkat awal mesyuarat berjalan dengan lancar. Pembentangan usul oleh Abdul Hadi juga kemas dan cantik dalam emosi sedarhana, tidak emotif. Hari ini sikap beliau terserlah sebagai seorang ulama. Demikian kosmetik oleh Takiyuddin sangat jelas dan menarik sekali. Penuh fakta sejarah yang jarang diketahui umum sebelum ini. Dakwaan dan celaan kepada usul itu, (hajat Pas untuk memartabat Islam) sebelum ini terjawab dengan baik dengan huraian Hadi dan Takiyuddin. Orang yang rasional dapat menerima keperluan dan kemunasabahan kenapa Akta 355 itu dipinda.
Orang bukan Islam yang dikelirukan kerana motif politik dengan RUU 355 juga clear mendengar penjelasan Takiyuddin. Pendeknya wakil bukan Islam terdiam dan teruja dengan penjelasan itu.
6. Kita mengira usul pindaan akta 355 itu akan diterima dengan baik akhirnya. Dan kalau pun ada pembangkang, DAP, Amanah dan PKR mengambil bahagian membahas mereka tidak dapat menangkis secara sembrono kerana kalau silap tangkis dan tentang ia akan memburukkan keadaan jadi back fire. Ditolak oleh pengundi. Jadi kalau mereka dibenarkan membahas masih lagi dalam lingkungan boleh diterima. Manakala kalau mereka menolak juga setelah mendengar penjelasan itu yang pada saya sangat jelas, maka terang ia dibuat kerana kedegilan dan hasad dengki.
7. Demikian juga bagi wakil bukan Islam, tidak ada alasan untuk mereka menolaknya. Sejarah yang dibawa oleh Takiyuddin senario semasa akta itu dipinda tahun 1965 dan 1984 dahulu dimana ia tidak ada tentangan dari wakil bukan Islam dalam parlimen ketika itu, sangat menarik dan ia memberi pencerahan yang baik. Menurut penjelasan Takiyuddin semasa akta itu dipindah dahulu beberapa wakil bukan Islam berada dalam dewan mendengarnya seperti, Chen Man Hin, Lim Kit Siang, Tan Chee Koon, Tan Seng Geok, Leng Seng Ho, Karpal Singh dan lain-lain. Sudah pasti sejarah ini mematikan langkah wakil-wakil DAP dan PKR.
8. Bagi saya, adalah elok Speaker membuka medan untuk perbahasan. Berikan masa dan peluang kepada setiap wakil yang hendak membangkit apa-apa yang diperkatakan diluar dewan sebelum ini. Dengan cara itu ia dapat dijawab dan dijelaskan langsung dalam dewan. Yang penting sesiapa yang bercakap dalam Dewan tidak boleh berbohong, mengelirukan Dewan melainkan benar dan berfakta.
9. Semua itu akan dicatat dalam handsard dan akan dijadikan bahan kajian sejarah. Setiap pembohongan akan dipertikaikan sepanjang zaman begitu juga kebenaran ianya akan dijadikan bukti sepanjang masa.
10. Saya tidak faham kenapa Pandikar Amin Mulia mengambil sikap demikian yang pengecut? Menutup perbahasan dan mempermainkan wakil pembangkang. Kalau beliau berhasrat dan ikhlas untuk membawa perbahasan ke sessi akan datang, beliau patut gentlemen dan memberi tahu awal-awal, mengelakkan wakil pembangkang ternanti-nanti dan berasa mereka diperolok-olokkan. Kalau diberi tahu awal-awal mereka tidak hanya akur mendengar pasti akan mencelah semasa penghujahan oleh Takiyuddin.
11. Cara Pandikar Amin lakukan itu, dia menjadikan parlimen seperti Parlimen kanak-kanak. Pun begitu ternyata arwah Jamal Mohamad (Jamal Kerdil) yang menjadi Speaker Parlimen Kanak-kanak lebih adil dan profesional dari Pandikar Amin. Beliau jelas seorang yang power ful yang bloody fool.
12. Jika saya jadi beliau mesti tahu malu dengan cemuhan dan cacian yang diterimanya. Kalau beliau berbuat begitu kerana menjaga pendapatan dan statusnya, rendah sangat nilai Pandikar Amin sebagai seorang manusia dan politician. [wm.kl.5:55 pm 06/04/17]
Posted by mohd sayuti Omar at 6:09:00 PM

No comments:
Post a Comment