Tuesday, April 11, 2017

“Budi Umno kepada Pas ini akan ‘membawa mati’ kepada Pas"

MELALUI GANDINGAN RUU 355 YANG LICIK, MINAT PULA TANDING 80 KERUSI UNTUK 3 PENJURU, SEMAKIN TERANG UMNO KINI SEDANG 'MEMBUNUH' PAS
Pengumuman Pas menerusi Naib Presidennya, Idris Ahmad bahawa parti itu akan bertanding di 80 kerusi Parlimen dalam PRU14 akan datang merupakan bukti bahawa parti itu sedang bekerja untuk Umno.
Tindakan Pas itu kata Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Johor, Mahdzir Ibrahim secara tidak langsung akan memberikan kelebihan kepada Umno untuk menang.

Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Johor, Mahdzir Ibrahim
Ia ekoran Pas merasa cukup terhutang budi kerana Umno berjaya membawa pentas lakonan RUU355 di parlimen dengan cukup licik.
“Ini dirasakan oleh Pas sebagai laba politik kepada mereka. Maka Pas dengan bangga dan yakin akan kembali kepada penyokong tegarnya dengan membawa satu kejayaan RUU355.
“Budi Umno kepada Pas ini akan ‘membawa mati’ kepada Pas. Ini realitinya,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Mahdzir, walaupun di atas kertas undi, Pas menjadi lawan Umno kerana mereka tidak bergabung dibawah satu logo secara rasmi, tetapi realiti politik menyatakan sebaliknya.
Menurutnya, kerjasama Pas dan Umno ini juga dapat dilihat jelas berdasarkan kenyataan dan tindakan yang dibuat pemimpin-pemimpin Pas sebelum ini.
“Haji Hadi juga pernah ‘kantoi’ dengan ucapan untuk mengagih-agihkan kawasan Pas dan Umno untuk diperintah,” katanya.
Ini termasuk kenyataan Pas yang pernah memberi gambaran bahawa mereka sanggup kalah dalam pilihan raya asalkan ‘Islam’ (RUU355) berjaya dibentangkan di Parlimen.
Walaupun mungkin segelintir pemimpin PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan terus berusaha untuk memujuk dan berunding dengan Pas agar berlembut di saat akhir, Mahdzir menjelaskan ia tidak akan menjamin apa-apa rundingan.
“Bala ini akan ditanggung bukan sahaja ke atas parti yang berunding dengan Pas, malah semua parti juga menerima akibatnya.
“Kepimpinan Pas pernah membelakangkan perjanjian. Ketika mereka bekerjasama secara rasmi dalam Pakatan Rakyat (PR) pun mereka masih gagal menghormati perjanjian yang telah ada hitam putih, apatah lagi sekarang yang tidak ada hubungan rasmi dengan PKR dan PPBM,” katanya lagi.

1 comment:

  1. dulu perjanjian yang depa suka
    ajaran islam tak boleh diutamakan
    asal pendatang jadi lantang menentang
    dulu depa saja lani tambah melayu pulak
    memanglah perjuanga hanya untuk dunia saja
    akan ramai yang suka
    ornag beriman tak sama ngan kapir

    ReplyDelete