Monday, April 3, 2017

Bengong doh puok-puok ni......kalau terlaksana, pindaan ini untuk orang PAS sajakah?

Parti lain jangan ‘sibuk’ hal Pas
SITI FATIHAH AWANG - 3 APRIL 2017
Nor Azariza Mohd Alawi

KOTA BHARU - Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dinasihatkan tidak 'menyibuk' hal parti lain, terutamanya urusan Pas dalam meminda RUU 355.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, tindakan ‘masuk campur’ urusan atau hal parti lain adalah tidak manis dan tidak sepatutnya dilakukan bekas pemimpin Pas itu.

“Jangan sibuk hal orang (Pas). Jaga parti sendiri dulu. Urusan itu (pindaan RUU 355) adalah hak orang Islam. Sepatutnya beliau kena fikir lebih jauh, apa sumbangan Amanah untuk perkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia. Apa peranan ahli parlimen mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas kenyataan Salahuddin yang didakwa membayangkan usaha Pas untuk meminda RUU 355 semakin sukar, malah tindakan kerajaan tidak mengambil alih pembentangan usul menjadikan hasrat parti Islam itu hampir mustahil berlaku.

[ARTIKEL BERKAITAN: Usaha Pas pinda RUU355 semakin mustahil]

Azariza berkata, Pemuda Pas Kelantan masih optimis dengan usaha tersebut, malah bersedia mental dan fizikal dalam setiap keputusan yang akan dibuat kepimpinan tertinggi berhubung perkara itu.

Malah Exco Pemuda Pas Pusat itu memberitahu, tindakan parti lain yang cuba melemahkan semangat Pas untuk melaksanakan pindaan tersebut seharusnya dilihat lebih jelas oleh semua pihak.

“Kita tidak sepatutnya berkata begitu, ini usaha Pas. Jangan campur hal kita. Kita pun tidak campur hal mereka. Ini untuk orang Islam sahaja, jangan cuba kelirukan pemikiran rakyat dengan pandangan negatif sehingga boleh menghakis kefahaman mereka terhadap pelaksanaan RUU ini,” katanya.

* Dia ingat bila dibahas dan diundi, boleh menang hanya dengan undi MP PAS sajakah?

2 comments:

  1. Ruu tu memang dah wujud jd x salah la sapa2 nak menyibuk ka nak ambik kisah ka sbb benda tu cuma nak dipinda. Lainlah kalau ada undang2 baru yg Pas sendiri reka dan x bg org lain masuk campur sebelum bentang. Aku pun pemuda/belia jgk tp xla sempit pemikiran mcm golongan2 ni. Wallahua'alam...

    ReplyDelete
  2. Lebai-lebai cap bulan duk syok sendiri dlm perigi buta!!
    Bila mr presideng kamu dah kantoi, sila lah dengar sindiran ataupun nadihat orang lain, mudah-mudahan pemimpin2 dan kamu sendiri akan bertindak lebih bijak di masa akan datang. Dah lah bodoh, tkleh ditegur pulak tu!!!

    ReplyDelete