Tuesday, April 11, 2017

Adakah benar RUU 355 untuk perkasakan mahkamah syariah?

RUU 355 - ANTARA YANG TERSURAT DAN YANG TRRSIRAT.
2. Adakah benar RUU 355 untuk perkasakan mahkamah syariah?
Pada peringkat awal polemik perlaksanaan hukum hudud dimainkan, isu private bill di Parlimen adalah dikaitkan dengan perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Islam (II) 1993 yang mengandungi kesalahan hudud dan qisas. Kerajaan Kelantan dlm mesyuarat exconya pada 2/4/2014 antara lain telah memutuskan untuk menguatkuasakan Enakmen tersebut seawal tahun 2015. Bagi membolehkan Enakmen ini dilaksanakan, Kerajaan Kelantan telah setuju untuk kemukakan dua bill persendirian (Private Member's Bill) ke Parlimen, iaitu;
i. Satu usul PMB supaya Parlimen meluluskan satu akta memperluaskan kuasanya berkaitan jenayah hudud dan qisas dan perkara perkara berkaitan dengannya bagi pemakaiannya di seluruh Negeri Kelantan sebagaimana peruntukkan Artikel 76a Perlembagaan Persekutuan,
ii. Satu lagi PMB ialah usul untuk meminda Akta 355 bagi menambah kuasa hukuman di mahkamah syariah drp 356(3thn penjara rm5000 denda dan 6x sebat) kepada suatu hukuman yang sesuai dengan syariah Islam bagi membolehkan hukuman hukuman dlm Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) dilaksanakan.
(Sila rujuk kenyataan media MB Kelantan dan YB Dato Mohamed Fadzli Hassan bertarikh 2 april 2014)
Apabila MP Marang memasukkan usulnya ke Parlimen pada 18/3/2015, pada peringkat awal usul ini masih dicanangkan sebagai private bill hudud, sebelum diubah tujuannya kepada laluan hudud dan akhirnya untuk memperkasakan mahkamah syariah(namun ada pentaksubnya menambah untuk memartabatkan undang undang Islam dan menegakkan hukum Allah).
Status dan kedudukan mahkamah syariah seperti yang disebut dalam Akta 355 mengandungi empat aspek utama:
1. Mahkamah syariah ialah mahkamah yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri mengikut enakmen pentadbiran mahkamah syariah setiap negeri.
2. Pemakaiannya hanya untuk orang Islam yang bermukim/bermastautin di negeri tersebut sahaja.
3. Bidang kuasanya ialah sebagaimana yang disebut dalam Butiran 1, Senarai II (Senarai Negeri) dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
4. Kesalahan kesalahan yang dibicarakan di mahkamah syariah tidak boleh dikenakan denda melebihi RM5000, penjara melebihi 3 tahun, sebatan melebihi 6 kali atau gabungan kepada hukuman tersebut.
Apabila usul MP Marang hanya mencadangkan untuk meminda aspek ke (4) dalam perenggan di atas sahaja, sedangkan bidang kuasa mahkamah syariah dan kuasa serta status hakim syarie tidak berubah, perkhidmatan mahkamah syariah tidak ada penambahbaikkan, agensi agensi sokongan kepada mahkamah syariah spt unit penguatkuasaan dan unit pendakwaan tidak dipertingkatkan, maka atas alasan apakah mahkamah syariah akan diperkasakan?
Kalau sekadar menaikkan kadar denda semata mata, ambo beranggapan kesannya bukan mahkamah syariah semakin perkasa, tapi apa yang bakal berlaku ialah mahkamah syariah semakin tidak dihormati kerana menekankan aspek hukuman sahaja, sedangkan perkhidmatannya secara menyeluruh amat mengecewakan, prasarananya terlalu dhaif dan kemudahan perkhidmatan pegawainya banyak dinafikan.

3 comments:

  1. kalau setakat nak pertikai orang tak ngaji sampai u pung boleh pertikai
    kalau dah betoi bnayak akai awat tak tolong perbetulkan apa yang tak betoi
    tak kiralah dari mana pung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjilat butir tahik marang

      Delete
    2. Nk btulkn ikut mana?
      Sendiri tangguh 2 kali.
      Lps tu ponpang2 sorang2
      Minta tlg tuan pendekar la sgt tangguhkan plak.
      Alahaiiiiii...
      Cer tnye kat ahli totok pas RUU 355 tu mender?

      Delete