SATURDAY, APRIL 02, 2016
Peristiwa Penting Akan Berlaku?
A Kadir Jasin
ADA beberapa perkembangan yang mengganggu fikiran saya yang saya hendak kongsi dengan pembahas dan pembaca sekalian.
Sebelum dan selepas Tengku Razaleigh Hamzah mengikrarkan sokongan beliau kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak pada 24 Mac, saya telah menerima beberapa mesej “anonymous” melalui blog ini dan sistem pesanan ringkas (SMS).
Kesemuanya dalam bentuk rahsia atau untuk makluman saya sahaja.
Sebagai wartawan, maklumat seperti ini amat saya hargai tetapi pada masa yang sama menyebabkan saya dalam dilema – serba salah sama ada menghormati amanah agar tidak dihebahkan atau mencari jalan pintas untuk menyiarkannya.
Saya tahu salah seorang yang menghantar maklumat sulit itu. Dia amat akrab dengan Tengku Razaleigh sehinggalah Tengku Razaleigh menandatangani “Deklarasi Kelantan” itu. Kami sama-sama mengenali Tengku Razaleigh hampir 40 tahun.
Kata kawan saya itu, setelah apa yang Tengku Razaleigh lakukan dia tidak lagi hormat dan percaya kepada bekas menteri kabinet itu dan lantas mengikrarkan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun ada masa dia tidak bersetuju dengan bekas Perdana Menteri itu.
Penghantar-penghantar mesej tanpa nama yang lain memang tidak saya kenali walaupun mereka mungkin pembahas blog ini yang menggunakan nama samaran.
Ada perkara dalam mesej mereka menyamai pandangan saya mengenai muslihat tersurat dan tersirat Tengku Razaleigh tiba-tiba mengubah hala menyokong Mohd Najib dan ada yang bercanggah dengan pendapat saya.
Mereka kata, Tengku Razaleigh tidak makan dedak!
Salah seorang daripada mereka begitu yakin dan terperinci (precise) memberitahu saya bahawa sesuatu yang penting akan berlaku dalam masa singkat. Beliau memberi bilangan hari. Mesej itu dihantar sebelum Tengku Razaleigh berikrar setia kepada Mohd Najib.
Yang terbaru, seorang pembaca menghantar maklumat menggunakan pengenalan “anonymous” dengan pembuka kata “sekadar utk pengetahuan Dato (bukan untuk siaran).”
Beliau pun mempunyai maklumat yang lebih kurang sama iaitu tindakan Tengku Razaleigh mempunyai matlamat tersirat yang akan jadi kenyataan dalam jangka masa terdekat.
Saya tidak boleh dan tidak akan mengulas lebih lanjut kerana menghormati permintaan mereka. Cuma saya berharap mereka ikhlas memberi maklumat sambil cuba membuktikan yang mereka ada maklumat dalaman.
Kita tunggu dan tengok apa yang akan berlaku dalam “masa terdekat” itu.
Moga-moga Allah menganugerahkan kita yang terbak. Kita sudah cukup menderita akibat perbuatan Mohd Najib.
Wallahuaklam.
Posted by A KADIR JASIN at 8:06 PM

Dgn baca sekali lalu entry diatas,kesimpulannya,mungkin najib akan serah jawatannya kpd ku li dgn besyarat..
ReplyDeleteTuan blog rasa cmna?coba komen skit
Assalam tsihh,
DeleteMemang itulah yang dimaksudkan A. Kadir Jasin.
Pengikutnya kata Ku Li tak makan dedak tapi adakah janji yang Ku Li persetujui itu bukan dedak?
Yang penting walau apa pun yang bakal terjadi di antara Ku Li dan Najib tak logik tidak disusuli dengan kosong/tanpa apa-apa janji atau perjanjian.
Wslm tuan,
DeleteSyarat utama najib rasanya,tiada pendakwaan yg boleh dikenakan atas beliau,.dan dia mungkin cabut lari kenegara lain..
Lari la kemana pun,dia tetap kena buru nanti
Masih lagi dengan cerita Ku LI akan "menyelamatkan negara"? Masih ada lagi melayu yang percaya dan teruja dengan cerita2 dongeng Ku LI akan menyelamatkan negara? Ianya seperti percaya bahawa KU LI adalah Superman yang akan keluar dari penyamaran dan muncul menyelamatkan keadaan. Sungguh tak munasabah!
ReplyDeletePercaya kepada "Superman Ku LI" adalah ibarat percaya dengan cerita Najib bahawa duit 2.6 billion tu adalah duit derma. Kedua2nya tidak logik malah tiada asas. Hentikan berfantasi wahai Melayu dan bangun menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran! Tiada lagi penyelamat (saviour) manusia selepas Rasulullah SAW. Yang ada hanya mereka2 yang meneruskan perjuangan baginda. Tiada perjuangan yang dilakukan dengan duduk diam, tunggu dan lihat atau hanya dengan nasihat mahupun ponteng kerja.
Nick.
Cape Tiger.
Memang tak boleh nak percaya sangat Ku Li boleh selamatkan negara dengan di kelilingi fraksi gerombolan dan punahsihat. TAK MASUK AKAI...!!!
ReplyDeleteYang masuk akai adalah masing-masing bertaawun demi perut dan bawah perut.