RM587 bilion, banyaknya hutang Malaysia
Posted on Wednesday, April 27 @ 16:18:50 MYT by paktam
Oleh AHMAD AMZAD HASHIM
ADA beberapa perkara yang sempat saya catatkan daripada Wacana Ekonomi Terengganu 2016 yang berlangsung di Terengganu Equestrian Resort kelmarin 26hb April 2016.
Wacana ini menampilkan tokoh ekonomi seperti Prof Dr Anuar Ahmad, mantan Naib Canselor UNISEL dan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, mantan Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, mantan penasihat Ekonomi kepada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Saya diminta menjadi moderator dalam Wacana berkenaan.
Menurut angka rasmi daripada Kerajaan Malaysia, jumlah Hutang Luar Negara 2015 adalah RM587 Billion. Untuk jumlah hutang sebegitu, anggaran jumlah bayaran faedah yang perlu dibayar pada setiap tahun adalah RM21 Billion.
Ini menjadikan nisbah hutang luar negara Malaysia sudah mencapai 55.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar. Iaitu sudahpun melepasi tahap 55 peratus yang ditetapkan sebagai kritikal oleh Kementerian Kewangan sendiri.
Saya ada membangkitkan bagaimana pula dengan ucapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang (Umno) di Sidang Parlimen Sukuan ke Tiga tahun 2015 lalu yang menerangkan keadaan kewangan yang lebih tenat dengan Hutang Luar RM847.9Billion. 64 peratus dari KDNK. Paras Hutang isi rumah 84 peratus, tertinggi di benua Asia?
Dijawab mungkin itu berasaskan analisa ekonomi bukan sumber rasmi kerajaan. Tengku Razaleigh Hamzah adalah mentan menteri kewangan Malaysia dan seorang pakar ekonomi yang pernah menjadi penasihat Bank Dunia.
Hutang 1MDB sebanyak RM42 Billlion disebut sebagai hutang swasta syarikat 1MDB. Jumlah bayaran faedah untuk hutang ini setiap tahun RM2.6 Billlion.
Mengejutkan Laporan tiga hari lalu Arul Kanda, CEO 1MDB menyebut, ekoran pertikaian 1MDB dan IPIC, Putrajaya akan tanggung hutang 1MDB pula!
Pendapatan GST ternyata tidak kembali dalam bentuk faedah kepada rakyat seperti dijanjikan kerajaan. RM28 juta setahun GST habis untuk bayar faedah hutang luar sahaja.
Terengganu mengalami Penguncupan Bajet
Asal Bajet yang dibentangkan bernilai RM2.3 Billion. Sebahagian besar bulat bulat bergantung melalui pembiayaaan RM1.7B Dana Khas Persekutuan. Itu lebih 80 peratus sumber pendapatan Terengganu.
Ekoran kejatuhan harga minyak, maka Dana Khas pun kena dipotong oleh Kerajaan pusat. (Pelik, pusat masih berdolak dalih bahawa Terengganu berhak kepada Royalti Petroleum dalam masa yang sama menyebut nilai pasaran minyak mentah dalam tentukan bayaran dana khas)
Dari Bajet RM2.3Billion, cuma tinggal RM640juta
Belanja bayar gaji kakitangan di bawah tanggungjawab kerajaan negeri sekitar RM200juta setahun. Belanja perbekalan setahun RM300juta setahun.
Wang tidak cukup kerana Kerajaan Terengganu gagal mengurus negeri dalam menambah pendapatan negeri. Terlalu bergantung duit minyak.
Tanpa wang minyak, Terengganu tak cukup wang.
Berbeza semasa PAS memerintah 5 tahun. Cuma sempat terima sekali bayaran royalti RM400juta pada tahun pertama. Berjaya mencari asas baru pendapatan hingga Kerajaan diurus dengan baik. Kecualikan bayaran cukai pintu kediaman, cukai bakul, tol jambatan. Mudahkan rakyat miliki tanah untuk rumah kediaman. Pulihkan syarikat milik kerajaan yang rugi menjadi untung.
Misalnya TDM yang sebelumnya rugi mula beruntung
Malah ketika PAS kalah dan kerajaan negeri diambil alih BN, masih ada simpanan wang ratusan juta.
Bajet tahunan Terengganu sekitar RM2 Billion setahun walau rakyatnya cuma 1.2juta penduduk. Selangor pun berbelanja RM2Billion, tapi penduduknya 6 juta.
Terengganu belanja RM2 Billion setahun, tak cukup kena ada hutang lagi RM1billion lebih. Selangor dengan bajet begitu mampu kumpul simpanan rezab hingga RM3.6Billion.
Kelantan bajetnya RM500 juta tetap lancar pentadbiran malah maju sejahtera. Pahang pun sekitar RM800 juta sahaja setahun.
Azrul Azwar membentang banyak fakta teknikal berhubung persekitaran makroekonomi, angka-angka petunjuk yang perlu dibuat rujukan dan mengulas penelitiannya berhubung prospek pelaburan masa hadapan bagi melonjakkan ekonomi Terengganu agar tidak lagi 80 peratus perlu spoonfed (disuap wang) melalui dana khas persekutuan.
Antara pelaburan impak tinggi yang benar-benar boleh menganjak kedudukan masa hadapan Terengganu adalah dengan merealisasikan kewujudan semulajadinya sebagai negeri pengeluar petroleum dan negeri maritim yg menjadi tumpuan kapal segmen sederhana khususnya dalam logistik industri cari gali petroleum.
Saya agak teruja kerana ini kebetulan sungguh bersamaan dengan perjuangan saya sejak di MSET lagi dan ketika menjadi Ahli Majlis Industri Pertahanan Negara dan Persatuan Industri Maritim AMIM.
Kali ini ia datang dari penasihat ekonomi kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Setahu saya blueprint di MITI pun ada begitu juga.
Tapi ahli politik Umno Terengganu tidak berfikir ke situ. Tukang sabotaj lagi ada lah. Seperti sesudah dibelanja RM470juta untuk memperdalamkan muara Sungai Terengganu, ditimbus kembali dengan pelbagai penambakan dan terakhir sekali dibuat jambatan melintang di muka kuala.
Ini termasuk perkasakan peranan pelabuhan. Markas Senggaraan untuk Naval dan juga industri pembinaan dan pembaikan kapal. Limbungan fabrikasi onshore dan offshore.
Industri petrokimia. Hub plastik, komposit.
Perladangan. Sawit, Getah.
Industri perikanan. Pengurusan Sumber Perhutanan lestari.
Perlombongan. Besi, bauxite, silika. Tumpu kepada pelaburan nilai tambah dan teknologi lestari yang selamat alam sekitar.
Pelancongan dan Kraftangan , batik dan sutera
Kunci katanya mempelbagaikan portfolio asas pendapatan.
Supaya jangan berterusan bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja.

Sudahlah PAS banyak cakap. Orang yang sama inilah buat kerja ingin nak bekerjasama dengan UMNO di Kuala Terengganu dan buat program bersama antara pemuda PAS dan UMNO di KT. Ini semua nak menunjuk-nunjuk konon ambil kisah tentang ekonomi negara bila apa yang disebut dah lama Pakatan Harapan bangkitkan.
ReplyDeleteSyarikat yang dijaganya dulu pun buat tahi dan tinggal tahi. Ini macam punya species pun PAS kutip. Inilah jenis yang akan melingkupkan bukan saja negeri Terengganu bahkan Malaysia. Lupa agaknya kerana pengurusannya ada antara kami pekerja dibuang kerja kerana syarikat rugi dan berlaku pengstrukturan syarikat. Ada orang cabut lari poket berisi masuk politik tetapi kami pekerja menderita mencari sesuap rezeki.
Patutlah PAS dah haru sampai cakap-cakap kluk klek dari kepala sampai ke bawah.
Harap-harap rakyat tak tertipu dengan sandiwara ahli korporat politik yang sangat berleluasa sekarang ini termasuk yang dibanggakan PAS.