Wednesday, April 20, 2016

Semuanya dah dipertikaikan Ali ooii....!

Itu tugas mereka Abang Ali weh!

Dah tua-tua ni kan diam lebih baik......kebangangan tu janganlah tunjukkan sangat

WEDNESDAY, 20 APRIL 2016
Pasukan Penyiasat 1MDB Perlu Minta Maaf Pada Najib – Ali Rustam
PETALING JAYA: Pasukan penyiasat khas atau task force yang ditubuhkan bagi menyiasat skandal 1MDB dan Datuk Seri Najib Razak perlu meminta maaf kepada Perdana Menteri.

Ia ekoran kerajaan Arab Saudi dan juga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah memberi penjelasan sekaligus membersihkan nama Najib daripada isu wang derma RM2.6 bilion dan juga 1MDB.

SenatorTan Sri Mohd Ali Rustam berkata, penubuhan task force itu telah memberi persepsi negatif kepada Perdana Menteri dan juga Malaysia memandangkan rakyat beranggapan Najib bersalah dalam dua isu berkenaan.

“Apabila ditubuhkan task force, orang dah ada persepsi Perdana Menteri bersalah. Padahal ini fitnah oleh Wall Street Journal (WSJ). Disebabkan itu, nama baik Perdana Menteri dan negara sudah terjejas.

“Saya lihat perkara ini tidak boleh berulang, task force ini perlu minta maaf,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Kerajaan Arab Saudi melalui Menteri Luarnya, Adel Al-Jubeir sebelum ini telah mengesahkan dana RM2.6 bilion adalah derma kepada Najib tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Manakala, Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin pula menyatakan Najib tidak disebut dalam laporan PAC kerana tiada sebarang bukti menunjukkan salah laku atau salah guna kuasa. - sumber

1 comment:

  1. Kalau PM takut nak saman wsj abang Alilah tolong saman baru boleh mintak maaf..

    ReplyDelete