Wednesday, April 20, 2016

Nampak sangat no: Baru jer ada riak,........'Ular Air' dah timbulkan kepala dah!

Wednesday, 20 April 2016
KETIKA WSJ KIAN MENDEDAHKAN KEBENARAN, ADA MENTERI MULA PUJI2 ZAHID HAMIDI

Satu demi satu pendedahan atau maklumat baru mengenai wang RM2,600 juta dibentangkan kepada kita oleh WSJ. Sebagaimana yang disebut dalam blog ini semalam, kita tidak tahu berapa banyak lagi maklumat yang mereka ada dan akan terus didedahkan selepas ini.

Setelah konsisten sejak awal mengaitkannya dengan 1MDB, terbarunya selain mendakwa wang tersebut berpunca daripada syarikat palsu, Aabar BVI, WSJ juga diberitakan dapat "menceroboh text perbualan" antara Jho Low dengan eksekutif tertinggi Ambank berkaitan wang yang dimasukkan itu.
Sama ada WSJ dapat "menceroboh text perbualan"  atau ada orang tertentu yang membocorkannya, logiknya jika ia terbukti benar akhirnya, bagaimana akhirnya semua orang yang berakal dapat menerima hakikat bahawa wang tersebut sebagai derma daripada anak Raja Arab Saudi?

Kenapa jika ia derma daripada Arab Saudi, tetapi ada peranan Jho Low di situ?

Sebab itu, sekali lagi, sebagaimana yang ditulis semalam, kebenaran rasanya sudah semakin dekat menghampiri kita.
Dan inikah yang menyebabkan seorang menteri, Shahidan Kassim mula memuji-muji Zahid Hamidi dalam Facebooknya? (SH 20/04/2016) - sumber

# Jangan pula selepas ini Zahid pula dibadotkan!

Di satu waktu dulu aku simpati sangat dengan Zahid ni bila dia menang Ketua Pemuda UMNO tetapi oleh kerana dia dalam kem Anwar, dia disisihkan oleh Mahathir. 
Di kalangan orang UMNO pula macam-macam tohmahan dan gelaran diberikan kepada Zahid.

Jadi aku rasa Zahid ingat semua itu.......di satu ketika dulu, dan sekarang minta-mnta janganlah dia lemas dalam pujian dan ampu manusia yang opportunist di kelilingnya

Jangan lupa juga cerita dulu tentang kronisma dan nepotisma ketika kempen Ketua Pemuda pada 1998

No comments:

Post a Comment