Ketika tragedi MH370, Najib shopping cincin RM3.5 juta, dakwa DAP
02 April 2016 | WARTAWAN MALAYSIA DATELINE
Pemimpin DAP, Anthony Loke menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tidak layak untuk menjadi pemimpin negara yang berjiwa rakyat kerana berjiwa elit dan tidak menjaga kepentingan rakyat.
Setiausaha Organisasi DAP itu berkata, ketika isu MH370, Najib berada di Itali membeli cincin bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang bernilai RM3.5 juta.
"Masa rakyat di Kelantan banjir teruk tahun lepas Najib di mana? Main golf di Hawaii. Sebelum itu shopping.
"Najib Dan Rosmah satu hari shopping habis RM500,000," kata Loke ketika memberikan ucapan di perhimpunan Mansuhkan GST di Dataran Merdeka hari ini.
"Undur Najib. Undur Rosmah," kata Loke memberikan semangat kepada semua hadirin yang terpaksa berhimpun di tengah panas ekoran fenomena El Nino bagi menyatakan bantahan terhadap perdana menteri Malaysia itu.
Katannya, walaupun kehadiran hari ini tidak seramai perhimpunan tahun lepas tetapi perjuangan akan diteruskan.
Bagi ahli parlimen Seremban itu, Najib tidak layak jadi perdana menteri ekoran dakwaan 42 bilion masuk ke akaun pribadi beliau dan bukannya RM2.6 bilion sebagaimana laporan sebelum ini. Ekoran itu, beliau mengajak rakyat menetapkan pendirian bagi memastikan Najib di tumbangkan selewat-lewatnya dalam pilihan raya umum akan datang.
02 April 2016 | WARTAWAN MALAYSIA DATELINE
Antara lakaran kartun yang dibawa semasa himpunan mansuhkan GST.

RM4.2 bilion kut, iaitu 10% daripada RM42 bilion yang biasanya 10% itu adalah peratusan wang komisyen yakni rasuah.
ReplyDelete