Wednesday, April 27, 2016

Nak tunjuk wala' punya hal kot?

Tuesday, 26 April 2016
UMNO JOHOR, KEDAH LEBIH TERBUKA BERBANDING KELANTAN
Kenapa UMNO Kelantan tiba-tiba saja mahu mengambil tindakan terhadap dua cawangan dalam Bahagian Machang yang meluluskan usul menolak kepimpinan Najib?

Bukankah dalam amalan demokrasi, menolak dan menyokong pemimpin adalah lumrah dan ia dibenarkan untuk dilakukan oleh sesiapa juga?

Apakah mereka tidak sedar sudah beratus cawangan di Johor dan berpuluh lagi di Kedah telah pun meluluskan usul yang sama?

Mengapa UMNO Kelantan saja yang begitu tertutup dan mahu mengambil tindakan, tidak seperti UMNO Johor dan Kedah yang sangat terbuka mengenainya?

Lagi pula, tidakkah dua cawangan itu meluluskan usul menolak Najib itu dengan cara yang sah iaitu melalui mesyuarat dan ia merupakan hak yang dibenarkan kepada mereka sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO?

Lebih memalukan, jika dengan karenah dua cawangan saja sudah pun melatah, bagaimana mahu menang pilihanraya dan merampas kembali negeri Kelantan? (SH 26/04/2016). - sumber

1 comment: