Monday, April 18, 2016

Pakatan Harapan: Yong tanya "Nak gi mana?" Aku tanya "Nape jadi gini?"

QUO VADIS PAKATAN HARAPAN? [FIRAUN PUN BOLEH PAKAI BAJU LAIN]

Bukankah dulu kita sudah bergerak tanpa Dr Mahathir untuk menuntut supaya polisi/sistem public/corporate governance diperbaiki dan Najib undur?

Ingat Bersih 2?
Ingat Bersih 3?
Ingat Bersih 4?
Demo Anti GST dll...

Mengapa tiba2 sekarang apabila kita enggan menyokong Deklarasi Rakyat @Mahathir kita dituduh menyokong Najib dan UMNO?

Mengapakah kita sanggup mengguris hati keluarga Anwar Ibrahim yang pernah dianiaya Mahathir – semata2 kononnya telah memaafkan, tapi terus diperlekeh oleh Dr Mahathir?

Ada atau tidak Mahathir berkata hendak mengkuburkan UMNO dalam ucapan nya?

Ada???? Dalam mimpi, mungkin.

Sesungguhnya: Ada Dr Mahathir tidak menambah, tiada tidak mengurang.
MACAMLAH PENGGANTI YANG DIPILIHNYA MEMILIKI MORAL YANG TINGGI (THE AUSTRLIAN)

Sejak tahun 1998, pemimpin dan penyokong amat fokus. 

BN wajar ditumbangkan.


Kekuatan parti pembangkang semakin menyerlah:
Adat perjuangan. Badai tetap membalun bahtera peperangan Parti pembangkang. PMIP akhirnya berpecah. Parti Amanah dilahirkan.

Tetapi pemimpin dan penyokong terus fokus. 

Benteng terus diperkukuh. Kekuatan terus dibina. Matlamat untuk menjatuhkan regim BN.

Tup tup muncul seorang "negarawan" yang disebut firaun pencen dengan model Deklarasi Rakyatnya.

Penyokong berpecah. Media sosial digunakan untuk menyindir antara satu sama lain.

Matlamat memecahkan solidariti Pakatan Harapan hampir tercapai.

Tidakkah pemimpin Pakatan Harapan sedar?

Semakin kuat Dr Mahathir mengasak Najib, Semakin kuat Najib meningkatkan pengaruh.

Tidakkah pemimpin Pakatan Harapan sedar?

Yang akan mengundi dan memilih anda nanti bukan penyokong atau pengampu anda, tetapi rakyat biasa tanpa parti.

Tidakkah pemimpin Pakatan Harapan sedar?

Firaun tidak pernah pencen. Dia hanya bertukar baju sahaja.

Posted by Yong Intan Noor at 11:55 

No comments:

Post a Comment