Mahathir buat dakwaan palsu untuk jaga kepentingan anaknya, kata PMO
| BORHAN AHMAD
| BORHAN AHMAD
Pejabat Perdana Menteri (PMO) mendakwa, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pelbagai dakwaan yang palsu terhadap Datuk Seri Mohd Najib Razak bertujuan untuk menjaga kepentingan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PMO dan ditandatangani oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin, dakwaan bahawa wang yang masuk ke dalam akaun Najib itu dari 1MDB adalah palsu sepenuhnya.
"Ini adalah penipuan yang gagal dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.
"Ia dilakukan untuk menjaga kepentingan politik anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, di atas kepentingan negara," katanya.
Najib sekali lagi menafikan laporan Wall Street Journal (WSJ) bahawa wang yang beliau terima menerusi akaun pribadinya adalah dari 1MDB tetapi adalah derma dari Arab Saudi.
Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Tengku Sariffuddin hari ini, "Derma itu adalah dari keluarga diraja Arab Saudi."
Katanya, selepas penyiasatan yang menyeluruh, ia telah disahkan oleh pihak yang berautoriti.
"Yang terbaru oleh Menteri Luar Arab Saudi yang mengesahkan ia adalah derma yang asli, tidak menjangkakan sebarang balasan dan Arab Saudi menyifatkan kes ini telah selesai," kata Sariffuddin.
Dalam laporan terbaru, WSJ yang dicalonkan untuk Hadiah Pulitzer berhubung pendedahan skandal 1MDB, mendakwa sebahagian wang daripada syarikat palsu berkenaan berakhir di Tanore Finance Corp yang juga berpangkalan di Kepulauan British Virgin, entiti sama yang memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib.
"Menurut penyiasat di dua negara, sebahagian daripada wang (Aabar) tersebut seterusnya dipindahkan, melalui perantara, kepada sebuah syarikat ‘shell’ bernama Tanore Finance Corp yang didaftarkan di Kepulauan British Virgin.
"Pemilik Tanore apabila ia mula-mula ditubuhkan adalah Tan Kim Loong, rakan perniagaan Malaysia (Jho) Low, menurut mereka yang biasa dengan perkara itu. Percubaan untuk menghubungi Tan bagaimanapun tidak berjaya.
"Penyiasat antarabangsa percaya ia adalah daripada Tanore yang memindahkan AS$681 juta ke akaun Ambank Perdana Menteri Malaysia Najib pada Mac 2013, mengikut mereka yang biasa dengan penyiasatan itu," lapor WSJ semalam.
Nampak sangat haram jadah.
ReplyDeleteKalau tak betoi,saman la WSJ.
Bahalol bertingkat2
Kalau saman lagi banyak lubang terbuka..jadi kena belit2 laa
ReplyDelete