Bangkit isu Kuisas: Nizar diberi amaran, cubaan BN tutup kelemahan
| MALAYSIA DATELINE
| MALAYSIA DATELINE
Pemuda Amanah Negeri Perak melahirkan kebimbangan dengan keselamatan diri Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berikutan isu yang dibangkitkan beliau di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Perak, Mohd Fitri Asmuni berkata, dalam satu kenyataan mendakwa, isu yang hangat diperkatakan di dalam Dun Perak mengenai kelemahan pentadbiran Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (Kuisas) menyebabkan bekas Menteri Besar Perak itu, diberikan amaran oleh Pegawai Kanan kolej semasa beliau berehat di kafeteria Dun baru-baru ini.
Isu Kuisas yang dibangkitkan oleh Nizar adalah bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai urus tadbir kolej universiti itu yang dilihat terdapat pembaziran dan salah guna kuasa.
Antara isu yang dibangkitkan adalah tentang ‘mini golf’ yang dibina di dalam Kuisas dan isu meletak kenderaan kakitangan dan pelajar di luar pagar Kuisas sehingga mengganggu lalu lintas di kawasan perumahan berdekatan.
"Antara yang panas juga adalah berkaitan dengan kemudahan yang diberikan kepada salah seorang Timbalan Rektor sehinggakan kerosakan kenderaannya atas urusan lain ditanggung oleh Kuisas serta beberapa isu lain lagi.
"Mungkin disebabkan itu, Pegawai Kuisas tersebut begitu marah dengan Datuk Seri Nizar dan memberikan amaran serta mencabar beliau.
"Kami mengharapkan agar pihak keselamatan atau pihak Polis DiRaja Malaysia membuat siasatan tentang kejadian tersebut.
"Kami juga akan berbincang dengan Datuk Seri Nizar dan peguam apakah tindakan yang sewajarnya diambil rentetan insiden tersebut kerana ada usaha jahat untuk menutup isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Harapan terutamanya di dalam Dun Perak," ujarnya.
No comments:
Post a Comment