Sunday, April 24, 2016

Boleh caya ka: Hanya 3% saja undi untuk PAS

Hanya 3% akan undi PAS bersama Blok Ketiga, kata kajian
 | MALAYSIA DATELINE
Trend pengundi mengikut kajian Ilham CentreTrend pengundi mengikut kajian Ilham CentreMenurut satu kajian yang dibuat oleh sebuah firma bebas, hanya 3% rakyat Malaysia sahaja menyokong 'Blok Ketiga' yang diwujudkan oleh PAS besama rakan barunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Fakta itu diperolehi oleh Ilham Centre berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh mereka untuk penggal pertama tahun 2016, kata Pengerusi Eksekutifnya, Mohamad Hisomuddin Bakar.
Fakta ini didedahkan oleh Hisomuddin dalam satu forum yang diadakan di Universiti Malaya Rabu lepas.
Kajian bertajuk "Penerimaan rakyat terhadap kerajaan dan isu semasa (Suku Pertama 2016) itu dibuat antara 1 - 30 Mac 2016 dengan menemubual 1825 responden secara berdepan di seluruh Semenanjung Malaysia.
"Kajian penuh kami belum sebarkan lagi. Saya hanya bentangkan 4 slide saja dalam forum itu," kata Hisomuddin ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Berdasarkan kajian itu, responden ditanya, "Sekiranya PRU diadakan sekarang, parti manakah yang menjadi pilihan anda untuk membentuk kerajaan?".
Barisan Nasional (BN) kekal menjadi pilihan utama rakyat negara ini apabila 38% dari mereka berkata mahu mengundi BN diikuti dengan Pakatan Harapan 26%.
Namun 23% dari mereka enggan menjawab soalan itu, 9% tidak mahu keluar mengundi dan 1% lagi mahu mengundi calon bebas.
Ketika ditanya, siapakah Blok Ketiga yang dimaksudkan dalam kajian itu, Hisomuddin menjawab "Blok Ketiga merujuk Pas dan Ikatan ikut fahaman responden yang ditemui masa kajian dilakukan."
Pada 16 Mac lepas, Pas mengumumkan pembentukan satu blok baru bersama Ikatan dalam satu pengumuman yang dibuat melalui satu sidang media di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur.

Bercakap kepada media selepas majlis pengenalan itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan hari itu "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.
Katanya, Pas membawa model politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan sejahtera bersama parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang ingin turut serta dengan idea berkenaan.
"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit," katanya.
Di atas prinsip itulah, kata Takiyuddin, maka pada hari ini "bermulalah satu kerjasama politik di antara Pas dan Ikatan.
Ikatan adalah sebuah parti baru diketuai bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang ditubuhkan pada 2012 tetapi hanya didaftarkan pada 2015

1 comment:

  1. Angka yang diberikan oleh Ilham Center tu mungkin tak tepat tetapi intipati yang ingin mereka sanpaikan mungkin merujuk kepada sentimen sebenar rakyat berkenaan blok ketiga pembangkang yang sehingga sekarang masih tidak diketahui hidup atau matinya. Walau apa pun yang cuba diputarbelitkan oleh Tuang Presideng PAS dan para juak2nya, rata2 rakyat melihat kewujudan blok itu sebagai bukti bahawa PAS bukan lagi sebahagian dari parti pembangkang. Malah kewujudan blok ketiga yang mempunyai hasrat untuk "tidak memenangi pilihanraya dan cukup sekadar sebagai penasihat kepada BN/UMNO" dilihat sebagai sekutu BN/UMNO yang cuba menyamar sebagai parti pembangkang dengan tujuan untuk memecahkan undi rakyat dan menyokong kemenangan BN/UMNO secara tipu daya dan muslihat. Satu taktik kotor serta strategi yang hina, yang datangnya dari Parti yang mendabik dada sebagai Parti Islam Terulung Malaysia! Uwekkkk!

    Hakikatnya, rakyat tertunggu2 untuk menghukum BN/UMNO dan mana2 pihak yang telah bersekongkol dengan pengkhianat2 negara ini walaupun mereka berserban atau bersongkok. Sentimen perkauman dan agama sudah mula dipandang sebagai "jijik dan hina" oleh pengundi2 muda dan memandangkan sentimen perkauman dan agama adalah makanan asasi UMNO dan PAS, berkemungkinan besar pada PRU akan datang kedua2 UMNO dan PAS akan mengalami kebuluran yang amat kronik. Isu 1MDB yang masih lagi melanda UMNO dan isu makan dedak yang sekarang sudah mula terpalit kepada pimpinan PAS, kelangsungan hayat politik kedua2nya adalah amat diragui. Pengundi muda yang merupakan undi penentu kepada politik negara dimasa hadapan sudah tentu tidak mahu memberikan sokongan kepada parti2 yang dilihat sebagai korup, jumud dan hampir pupus. Dan kepupusan UMNO dan PAS dari arena politik negara rasanya tidak akan membawa sebarang kesan ayng besar malah mungkin juga membawa seribu kebaikan dan keuntungan kepada negara!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete