Thursday, April 21, 2016

Deklarasi Rakyat: Eleeh.......apa ada?

Thursday, 21 April 2016
DEKLARASI RAKYAT MULA MENGGUGAT?
Apakah Deklarasi Rakyat sudah mula menggugat dan ada kesannya?
Ini komen Najib Razak mengenai Deklarasi Rakyat...jangan pedulikannya kerana ia hanyalah Deklarasi Mahathir sahaja.
Ahmad Zahid Hamidi percaya deklarasi itu tidak memberi kesan kepada UMNO, bahkan menyifatkan parti akan terus kukuh di bawah kepimpinan Najib.
Annuar Musa merasakan deklarasi itu tidak akan ke mana kerana ia adalah percaturan politik yang silap oleh Tun Mahathir.

Mungkin ada yang seronok turut serta dan tandatangan, tapi itu bukan kaedahnya, tambah beliau.
Abdul Rahman Dahlan berkata, oleh kerana Deklarasi Rakyat itu melibatkan kerjasama Tun Mahathir dengan pembangkang, ia akan menjadikan kedudukan Najib makin kukuh
Menurut Salleh Said Keruak, deklarasi itu bukan mewakili 30 juta rakyat atau 15 juta pengundi, tetapi hanyalah dokumen kitar semula yang cuba digembar-gemburkan.

Itu adalah antara komen pemimpin-pemimpin UMNO yang secara jelas memperlihatkan mereka tidak gentar atau tidak tergugat dengan deklarasi yang digerakkan oleh Tun Mahathir itu.
Tetapi, mengapa seorang aktivis, Azrul Mohd Khalib yang membuat petisyen dalam talian bagi menyokong Deklarasi Rakyat ditahan polis dan disiasat di bawah Akta Hasutan?

Sudah tergugatkah walaupun sebelum ini deklarasi itu seolah-olah diperlekehkan?

Siapa pula selepas ini?

Maka, sepertimana yang ditulis oleh Zaid Ibrahim semalam, tidak mustahil Tun Mahathir akan turut ditahan sebaik pilihanraya Sarawak berakhir nanti.(SH 21/04/2016) - sumber

No comments:

Post a Comment