Saturday, April 30, 2016

Dah terlondeh pun: Tak payah nak konarlah Izzah weh!

KENYATAAN NURUL IZZAH HANYA CAKAP-CAKAP ORANG POLITIK

Nurul Izzah berkata PKR akan mencari dalang yang menyebabkan PKR dan DAP bertembung selepas PRN Sarawak.

Bukankah Azmin Ali sudah membuat pengakuan bahawa beliau yang memberi kebenaran kepada PKR Sarawak untuk menandatangani watikah tersebut. Bukankah sudah terang lagi bersuluh di sebalik kenyataan beliau sudah tersebar di seluruh alam maya media siber.

Siapa lagi dalang tersebut jika bukan Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.? Cumanya para pemerhati politik melihat pimpinan PKR tentunya akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keatas Azmin selaku orang nombor dua di dalam PKR. Apatah lagi kartel Azmin di lihat mendominasi keseluruhan dalaman PKR.

Sebenarnya Nurul Izzah sendiri pun tahu hatta semua rakyat serta penyokong sudah tahu tetapi kenyataan beliau seolah-olah ingin menudung bangkai gajah dengan nyiru atau dengan kata yang lain sengaja hendak bermain wayang pada pada pandangan penyokong dan ahli.

Selesai PRN Sarawak 07 Mei 2016 hilanglah agaknya segala pendakwaan dan isu kerusi bertindih mainan kartel. Imej PKR tercalar teruk angkara permainan ini kerana kegagalan mereka mengikut janji. Jika kerbau di pegang dengan tali manakala manusia berpegang teguh dengan janji. Malangnya PKR tidak memegang janji.

Sebagai individu yang menyakini ajaran Islam tentunya mengetahui serta mendalami siapakah ciri-ciri orang yang mungkiri janji. Siapakah gerangan yang di herdik dalam Islam kerana memungkiri janji meskipun kepada bukan Islam. Contoh serta tauladan kepada mereka amat buruk sekali.

Sehingga kini Presiden PKR masih diam membisu seribu bahasa. Agaknya agak sukar dari mana hendak bermula penyelesaian ini. Kenapa harus menanti setelah selesai PRN Sarawak sedangkan semua sedia maklum kenyataan Anwar Ibrahim menggesa agar isu ini di selesaikan dengan segera sebelum pembuangan undi.

Mari kita soroti punca kejadian tersebut. Pihak PKR mengajak DAP membuat keputusan tuntutan bertindih DUN-DUN tersebut melalui polling Merdeka Center. Khidmat Merdeka Center bukannya percuma malah di berikan bayaran. Hasilnya mendapati peratusan rakyat di lapangan lebih memihak kepada DAP. PKR sendiri akur dengan keputusan tersebut.

Mengapa pula PKR mengambil langkah U-turn untuk menggadaikan prinsip persepakatan dalam Pakatan Harapan serta janji dengan meletakkan calon.? Di sinilah di perlihatkan bahawa Azmin Ali serta kartelnya adalah bebanan buat parti. Mengekalkan Azmin umpama mengekalkan musang berbulu ayam di dalam reban.

Admin
~#UAA_SUPPORTERS

No comments:

Post a Comment