Tuesday, April 19, 2016

Kah..kah..kah...semua orang tahu taji dah patah beb...... pun barkokok lagi?

Batal debat Taman Manggis selamatkan Guan Eng - Rahman Dahlan
pada 18-04-2016 09:04
PETALING JAYA: Pembatalan debat mengenai dua isu hartanah di Pulau Pinang mendatangkan lebih kebaikan buat Lim Guan Eng, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Debat antara anak Kit Siang iaitu Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Abdul Rahman dibatalkan berikutan nasihat polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kasihan Rahman - terpaksa diselamatkan oleh SPRM/IGP (Ketua Polis Negara) dari debat bersama Guan Eng, yang akan membuktikan 'tong kosong bunyinya sahaja kuat," kata Kit Siang di twitter.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagaimanapun membalasnya dengan menjelaskan bahawa pembatalan itu adalah lebih baik buat Guan Eng.

"Pembatalan ini adalah lebih baik buat anak anda. Bagi mengelakkan beliau dari mengakibatkan prejudis dan menunjukkan kesalahan sendiri," katanya pada Ahad.

Pada Jumaat malam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa stesen televisyen supaya menghentikan debat secara siaran langsung sehingga kes berkenaan selesai.

SPRM turut menggesa kedua-dua Abdul Rahman dan Guan Eng tidak meneruskan debat, sebaliknya menyerahkan sebarang maklumat dan bukti kepada pihak berkuasa.

TV3 mengesahkan debat tersebut ditunda. Tarikh baharu berhubung debat itu akan diumumkan kemudian.

Abdul Rahman menyuarakan kekecewaannya mengenai pembatalan itu dan menyifatkan keputusan tersebut sebagai sesuatu yang "dikesali".

Guan Eng masih berharap debat diadakan secara langsung, sambil menambah bahawa keputusan pembatalan itu sebagai "tidak adil".

Terdahulu, Abdul Rahman mencabar Guan Eng untuk mengadakan debat secara umum mengenai dua isu hartanah di Pulau Pinang selepas beliau mendakwa mempunyai bukti baru membabitkan ketua menteri itu. - sumber

# Tak ada lagi sejarah pemimpin UMNO yang berani berbahas kecuali Shahrir Samad dan Shabery Cheek

Lepas ni kalau ada rezeki dan keberanian kita boleh tengok pula debat antara KJ dan TMJ

1 comment:

  1. Kalau tak silap, pimpinan2 PAS dari baka2 "Chai" juga amat fobia utk berdebat, malah ada yang berdoa bila tiba gilirannya untuk berbahas. Sewel! Maka jika dilihat pada satu segi, UMNO dan PAS (pimpinan mereka) tak banyak beza. Kedua2 parti minta ahli mereka taat totok kepada pemimpin yang "useless" tanpa berfikir dan kedua2nya berakidah bahawa tanpa parti mereka "Melayu dan Islam" akan hilang dari bumi semenanjung ni (mereka fikir Allah tak ada urusan dalam perkara ni). Kedua2 parti adalah parti yang sudah rosak dan kedua2nya rosak disebabkan oleh pemimpin yang rosak juga! Bial Hj Hadi dan najib sepentas dan sedondon maka pepatah orang puteh amat jelas sekali kebenarannya iaitu "birds of a feather, flock together".

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete