Monday, April 18, 2016

Ini modal kempen tidak sepatutnya jadi rungutan!

Assalamualaikum 

Penduduk rumah panjang Genting San di daerah Simanggang Sarawak....terpaksa berhadapan jambatan roboh dan di hanyutkan  sungai.....kerana jambatan gantung yang merentasi sungai ke rumah mereka terlalu uzur....rayuan mereka tidak dipedulikan kerajaan BN

Keadaan itu mengakibatkan penduduk khususnya kanak2....wanita dan golongan uzur terpaksa berjalan 30 minit untuk tiba di rumah  mereka....kerana kenderaan kecil pun seperti motosikal tidak boleh melalui jambatan tersebut

Dua tahun lalu penduduk Genting San....dijanjikan sebuah jambatan baru merentasi Sungai Undup oleh wakil rakyat di sini.....dan jambatan sedia ada ini pun memang untuk sementara sebelum jambatan baru dibina....tapi janji jambatan baru itu belum dilaksanakan.....kata calon berpotensi  DAP Simanggang Leon Jimat Donald

Menurut naib pengerusi DAP Sarawak itu....penduduk meluahkan kekecewaan dan kemarahan mereka kepada BN....kerana meskipun kawasan itu terletak hanya 4KM dari bandar Sri Aman

Kerajaan juga  tidak mampu menyediakan kemudahan elektrik kepada penduduk.....mereka berharap DAP Sarawak khususnya DAP Sri Aman.....dapat mengetengahkan isu ini...ujar beliau

Beliau yang juga pengerusi DAP Sri Aman itu berkata....ADUN BN di kawasan itu seolah2 membutakan mata dan memekakkan telinga....terhadap kesusahan yang telah bertahun2 dialami penduduk Genting San

Mereka sudah menunggu lama untuk sebuah jambatan..... yang selamat dan kemudahan lektrik.....apa yang  mengejutkan.... penduduk  juga mendakwa mereka tidak mendapat peruntukan projek kecil luar bandar ( MRP ) dalam tempoh 2 tahun ini

ADUN BN diberikan rm15juta peruntukan MRP tetapi di mana wang itu......? 
Bukankah ia untuk pembangunan kepada rumah2 panjang di Simanggang.....?  Soalnya.....

Justeru Leon berharap agar rakyat Sarawak....khususnya pengundi di Simanggang dapat melakukan perubahan......dalam PRN pada 7 mei depan

DAP terbukti sebagai sebuah parti yang sangat komited.....membela nasib rakyat or masyarakat yang terpinggir sudah buktikan di P. Pinang.....Selangor dan melalui banyak projek Impian Sarawak yang dilaksanakan.....ujar beliau

Komen.......

Now is the time for to campaign and get as many voters to your side.....stop complaining.....come up with you plan and policy to develop Sarawak and help is return our status as equal  partners

Layar Impian 9.09pm

No comments:

Post a Comment