Pilihanraya Sarawak: DAP-PKR tidak sekepala bukan cerita baharu - Penganalisis
Tan Su Lin, Astro Awani | April 30, 2016 07:45 MYT
Tan Su Lin, Astro Awani | April 30, 2016 07:45 MYT
SIBU: Perbalahan antara parti PKR dan DAP berhubung isu pembahagian kerusi bertanding dan pertindihan pencalonan sewaktu pilihanraya bukanlah 'cerita' baharu yang tidak dijangka, khususnya di Sabah dan Sarawak, kata Pengurus Penyelidikan Merdeka Center, Tan Seng Keat.
Namun beliau menyifatkan konflik antara kedua parti pembangkang itu pastinya bakal memberi kesan kepada peluang pembangkang, khususnya dalam Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 kali ini.
Ia sekaligus menimbulkan persoalan sama ada tsunami politik seperti apa yang berlaku pada pilihan raya negeri 2011 mampu ulang?
"Sebenarnya di Sarawak, ini bukan isu baru sebab pada pilihan raya umum 2008, ketika itu walaupun di Semenanjung, parti-parti pembangkang dapat bersetuju memastikan untuk 'satu-lawan-satu' dengan calon Barisan Nasional (BN) tetapi di Sabah dan Sarawak kita melihat masih berlaku pertandingan tiga penjuru melibatkan parti pembangkang di banyak kawasan.
"Namun pada pilihan raya umum 2013, mereka berjaya bersetuju untuk 'satu-lawan-satu' di Sabah dan Sarawak. Konflik antara DAP dan PKR di Sarawak adalah suatu yang biasa," katanya yang ditemui Sibu.

Namun akibat kegagalan dalam memastikan pertandingan 'satu-lawan-satu' pada PRN Sarawak kali ini, katanya, ia bakal memberi satu pengajaran kepada pihak pembangkang apabila pengundi bertindak menghukum mereka pada hari mengundi nanti.
"Ini pastinya akan menjejaskan keyakinan pengundi. Mereka yang tidak berpuas hati dengan BN mungkin tidak akan keluar mengundi atau mereka akan kembali mengundi BN," katanya.
PRN Sarawak ke-11 menyaksikan pertindihan kerusi antara PKR dan DAP di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.
Sementara itu, hasil pemerhatiannya terhadap corak berkempen pada PRN Sarawak kali ini, Seng Keat menyifatkan bahawa intipati ceramah dan isu yang diketengahkan oleh semua calon parti bertanding adalah kurang memberangsangkan.
"Kempen untuk PRN Sarawak kali ini saya rasa ada sedikit membosankan di mana tidak ada banyak isu yang diketengahkan oleh calon parti bertanding, baik daripada BN mahupun pembangkang. Ini termasuk pembangkang tempatan seperti STAR atau calon bebas di mana mereka dilihat lebih cenderung kepada mengkritik calon-calon lain dan bukannya memberi penyelesaian contohnya bagaimana membangunkan Sarawak atau menyelesaikan isu-isu tempatan.
"Ini satu pemerhatian yang tidak begitu sihat kerana apa yang berlaku adalah ia mungkin akan menjejaskan pengundi apabila mereka keluar mengundi nanti, sebab tidak ada isu atau pemimpin yang memberangsangkan," katanya lagi.
Proses pengundian bagi 80 kerusi Dun Sarawak bakal berlangsung 7 Mei ini dengan dua lagi kerusi telah dimenangi calon BN tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada Isnin.
No comments:
Post a Comment