Thursday, April 28, 2016

Pandangan ni aku setuju

Perbalahan PKR-DAP hakis keyakinan rakyat

 | April 28, 2016
Ramkarpal berkata, perebutan kerusi antara sekutu dalam Pakatan Harapan telah mengecewakan rakyat Sarawak
ramkarpal-dap-pkr-sarawak
KUCHING: Perbalahan berterusan antara PKR dan DAP berhubung pertindihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pakatan pembangkang.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh tidak bersetuju dengan perebutan kerusi antara kedua-dua parti itu, di mana kedua-dua pihak enggan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah itu.
“Terus terang saya katakan, pertandingan tiga penjuru antara ahli Pakatan sendiri sangat tidak wajar.
“Tetapi, saya rasa sampai ke tahap tertentu, rakyat telah dikecewakan oleh tindakan tidak bertanggungjawab itu.
“Ia akan menghakis keyakinan orang ramai. Tetapi, kami (Pakatan Harapan) akan cuba terangkan kepada rakyat, bagi mengembalikan keyakinan mereka,” katanya kepada FMT, semalam.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang kesal dengan isu itu, turut mengikut jejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang memohon maaf kepada rakyat.
“Apa pun, ia telah berlaku. Amat dikesali perkara sedemikian berlaku dan sudah tentu kami ada sebab tersendiri dan PKR juga mempunyai alasan mereka.
“Kami memohon maaf kepada pengundi Malaysia dan Sarawak, kerana tidak dapat memastikan pertandingan satu lawan satu.
“Tetapi apa pun, kami perlu teruskan,” katanya kepada FMT selepas menghadiri satu ceramah DAP, semalam.
Kelmarin, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dilaporkan sebagai berkata, parti itu bersedia menarik diri daripada bertanding di kerusi Batu Kitang dan sebagai pertukaran, PKR perlu berundur daripada lima kerusi lain yang turut ditandingi DAP.
Bagaimanapun, PKR semalam menegaskan, mereka tidak akan menarik diri daripada enam kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, seperti yang dicadangkan sekutunya, DAP.

1 comment:

  1. Ramai orang tahu bahawa Azmin ini merupakan anak angkat Tun Dr. Mahathir. Bagaimana DSAI boleh terlepas pandang akan perkara ini!!!. Perkara "TERLEPAS PANDANG" ini sama saperti Tun Dr. Mahathir mau kan si Najibtuyya menjadi PM sehingga dia sanggup memfitnah Abdullah Badawi. Bukan dia seorang sahaja yang membuat onar, malah Mahyuddin turut membantu dengan menemplak Abdulah semasa memberikan ucapan di Singapura. Kini apa dah jadi,si Mahyuddin di tendang keluar dari kabinet. Najibtuyya terus berkelakuan saperti keling mabuk toddy dengan memumflis kan Negara ini. Kini baru Tun Mahathir tersedar akan kesilapan yang telah dia sendiri usaha kan dan cuba memperbaiki labu yang sudah berlubang sana sini.

    Lihat sahaja apa yang berlaku di Selangor, takut kedudukan nya tergugat dia masih mendakap erat parti "PIL KUDA" walau pun parti itu bukan lagi sebahagian dari Pakatan Rakyat. Manusia jenis apa kalau engkar pada janji?

    Tawkey "PIL KUDA" sudah berjaya meruntuh kan "PAKATAN RAKYAT".
    Kini si munafiq(kerana tidak setia dengan janji janji yang telah di persetujui bersama) kelihatan akan terus berusaha untuk meruntuh kan "PAKATAN HARAPAN". PKR perlu bertindak tegas akan perbuatan dan usaha si munafiq ini.

    ReplyDelete