5.30 petang: Himpunan Mansuh GST berakhir aman dengan bacaan doa
02 April 2016 | Wartawan Lokasi DALIA ISMAIL & ARIF ATAN
02 April 2016 | Wartawan Lokasi DALIA ISMAIL & ARIF ATAN
Lintas langsung dilapor wartawan Malaysia Dateline Arif Atan dan Dalia Ismail
5.30 petang - Himpunan bersurai. Majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Ustaz Badrul Amin Baharon.
Dr Badrul Amin Baharon membacakan doa penutup himpunan.
5.25 petang - Mahathir mengulang gesaannya sebelum ini di Kongres Rakyat Selamatkan Malaysia di Shah Alam minggu lalu supaya orang ramai menandatangani Deklarasi Rakyat.
"Saya harap perhimpunan ini tidak sia-sia. Najib sudah lama menekan rakyat," ujarnya lagi.
Tun Dr Mahathir berucap di hadapan ribuan demonstran.
5.20 petang - Mahathir akhirnya tiba di pentas selepas hampir 10 minit bergerak dalam kerumunan peserta himpunan.
"Saya sendiri rayu pada Najib janganlah kena GST tapi dia tak peduli sebab itu kita mesti jatuhkan Najib. Dialah punca segala masalah kita semua.
"Beribu pekerja Mas, Petronas dibuang. Saya pun dibuang juga," ujarnya.
Terdengar suara mendesak bekas Perdana Menteri itu meminta maaf kepada Anwar.
Tun Dr Mahathir dan isteri Toh Puan Dr Siti Hasmah di pentas ucapan.
5.18 petang - "Najib rasuah, Rosmah suruh. Pemimpin Umno makan dedak. Tun Mahathir kata.
"Undur Najib, Lekas-lekas Tun Mahathir. Buka, buka jalan," jerit Mohamad Sabu.
Selama lebih kurang lima minit orang ramai menantikan Mahathir bergerak menuju ke pentas ucapan.
5.10 petang - Seperti dijanjikan Presiden Amanah yang juga Komander Himpunan "Mansuh GST, Undur Najib", Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya tiba di Dataran Merdeka dan dijangka memberikan ucapan.
5.10 petang - "Kita akan teruskan himpunan dan akan turun dengan jutaan orang. Najib rasuah polis, tentera, pegawai rakyat dan kami susah. Bebas Anwar," pekik Presiden Amanah, Mohamad Sabu juga selaku komander himpunan.
Rafizi Ramli dan Nik Nazmi di pentas ceramah.
4.55 petang - "Kita beri amaran, selepas ini kita akan jatuhkan seorang demi seorang mereka di sekeliling Najib dan Rosmah. Lama sangat mereka makan dedak," kata Rafizi Ramli.
KREATIF... Pelbagai media digunakan demonstran untuk meluahkan perasaan.
4.44 petang - Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke menyebut ketika isu MH370, Najib berada di Itali membeli cincin bersama Rosmah sebanyak RM3.5 juta.
"Masa rakyat di Kelantan banjir teruk tahun lepas Najib di mana? Main golf di Hawaii. Sebelum itu shopping.
"Najib Dan Rosmah satu hari shopping habis RM500,000. Undur Najib. Undur Rosmah. Walaupun kehadiran hari ini tidak seramai tahun lepas tapi kita harus meneruskan perjuangan," tegasnya.
4.30 petang - Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Dr Mohd Hatta Ramli mengakui sudah bersedia dengan dua lapis baju kerana khuatir bajunya akan koyak bila ditangkap anggota FRU.
Beliau mengajak para demonstran menyanyikan lagu "selamat mati GST" bagi menyambut ulang tahun pertama pelaksanaan cukai tersebut.
Menurutnya, jika rakyat istiqamah melawan GST, cukai itu akan dihapuskan juga akhirnya.
4.30 petang - Sekumpulan pengamal media bertugas menyiapkan laporan di tempat lebih teduh ekoran panas terik dengan sekali-sekala terdapat tiupan angin.
Petugas media mencari tempat berteduh
4.25 petang - Siri ucapan dihentikan sebentar sebagai menghormati laungan azan tanda masuknya waktu Asar dari Masjid Jamek berhampiran lokasi himpunan.
Siri ucapan dihentikan sementara bagi menghormati laungan azan dari Masjid Jamek Kuala Lumpur.
4.20 petang - Pengarah Komunikasi Amanah Nasional, Khalid Samad berkata, apabila Pakatan Rakyat menolak GST tahun lalu, pihak kerajaan menuduh sebagai 'keldai DAP' kerana kononnya tauke Cina yang membantah GST.
"Umno penipu guna perkauman sebagai senjata mereka. RM2.6 bilion konon nak halang Cina berkuasa. Awak nak rasuah kata sajalah. Nak laga-lagakan rakyat.
"Nak tanya tentang RM2.6 bilion di Parlimen pun, dia tak berani. Parlimen apa ni?" bidasnya dengan menutup ucapannya dengan hadis menafikan pandangan songsang yang kononnya tidak boleh menjatuhkan pemimpin.
"Nabi berpesan, akan datang pemerintah dalam pembohongan mereka dan membantu dalam kezaliman mereka. Dia tidak kena mengena dengan aku (Nabi Muhammad) dan aku tidak kena-mengena dengan mereka," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menterjemahkan potongan hadis yang mulanya dibaca dalam bahasa Arab itu.
4.16 petang - "Najib dan Umno tidak ada maruah untuk memerintah negara ini," ujar Dr Dzulkefly diakhiri dengan pekikan "Tumbang BN" dan "Reformasi".
Dr Dzulkefly Ahmad berucap membakar semangat hadirin. Turut kelihatan Khalid Samad.
4.05 petang - Giliran anak muda menguasai pentas ceramah dengan nyanyian lagu-lagu pembebasan, "Rakyat Lawan" dengan antara liriknya, "Oh Najib penipu, kami mahu kamu undur."
Turut dinyanyikan, "GST bangsat kami datang, Kami turun ke jalan raya. Satu jiwa sayang Malaysia. GST bangsat hoi dibuang saja."
Diketuai kumpulan pemuzik, Bangsart mereka turut menasihatkan agar anak muda mengutip sampah yang ada di jalan raya.
Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan isteri tiba di Dataran Merdeka disambut bersemangat para demonstran.
4.00 petang - Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Ronnie Liu berkata sejak GST dilaksanakan 1 April 2015 peniaga Cina mengalami kemerosotan pendapatan antara 30-50 peratus.
"Kajian telah dibuat oleh Gabungan Persatuan Peniagaan Cina Malaysia yang pernah melaporkan pada Mac lalu mereka alami kekurangan pendapatan perniagaan antara 30-50 peratus.
"Orang Cina juga tidak sokong GST... Ini bukan kerana kita peniaga yang banyak menyumbang kepada cukai kerajaan tetapi GST itu sendiri sebenarnya membebankan peniaga berbanding cukai SST terdahulu," ujar Ronnie Liu yang turut mendesak kerajaan memansuhkan GST.
Ronnie Liu (dua dari kanan) bersama demonstran.
3.45 petang - "Kita mesti teruskan momentum melawan GST yang diseludup keluar. Orang di atas apa tahu? Wang anak muda di kota raya berputar hilang begitu sahaja. Hak pendidikan kita dicabul kerana telah dirobek pemimpin di atas sana. Jangan pernah berhenti melawan GST. Senang-senang mereka menyedut wang kita. Kita tidak mahu lagi mendengar pelbagai siri pembunuhan hanya kerana mendedahkan kepincangan elit penguasa." - Wakil Wanita Muda Amanah, Irfah.
Nurul Izzah tiba di Dataran Merdeka.
3.40 petang - Ucapan berirama oleh aktivis yang dikenali sebagai 'Uncle Soh' menarik perhatian orang ramai. Beliau turut merayu Yang di-Pertuan Agong mengambil perhatian bebaskan Anwar. "Kenapa polis tidak siasat pembunuhan Altantuya? Kami mohon Tuanku bebaskan pemimpin kami. Ampun Tuanku," ujarnya.
Pantun Uncle Soh menarik perhatian demonstran
3.40 petang - Orang ramai terus setia mendengar ucapan pemimpin walaupun panas terik.
Orang ramai menggunakan apa sahaja untuk menahan terik matahari.
3.35 petang - "Wahai pemimpin yang gila kuasa. Sedarlah kamu tidak layak until terus berkuasa. Merompak berbilion ringgit. Untuk apa? Untuk isteri tercinta. Kamu ingat negara ini bapak kamu punya." - Wakil Srikandi PKR, Nurul Hajar
3.30 petang - "Berapa lama lagi kita harus biarkan pembaziran perbelanjaan negara? Sampai bila rakyat Malaysia terus berkata, 'tidak mengapa'? Menteri sekarang tak merasa panas, susah. Mansuhkan GST. Teruskan perjuangan. Bebas Anwar. Hancur kezaliman," ujar Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah.
3.25 petang - "Kalau panas begini pun tak boleh, bagaimana nak lawan kerajaan Umno-BN. Lawan tetap lawan!" laung Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Kumpulan dari kampung Baru mula bergabung
Perarakan dari Masjid Jamek @ Kampung Baru tiba untuk bergabung di Dataran Merdeka.
Mara ke Dataran Merdeka
2.23 petang - Polis tidak menghalang kumpulan A.P Buskers buat persembahan dangdut.
Penyokong Dapsy tiba di Dataran Merdeka
2.18 petang - Penyokong dan pemimpin Dapsy yang berkumpul di Jalan Sultan bergerak masuk ke Dataran Merdeka
Pas sokong gst..
ReplyDeletePas barua umno
Kahkahkah