Wednesday, 11 November 2015
ANTARA NAJIB/ROSMAH DENGAN MAHATHIR/HASMAH, SIAPA LEBIH MEWAH?
Tidak sia-sia Perdana Menteri, Najib Razak melantik Salleh Said Keruak sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. Beliau nampaknya sentiasa saja cuba menjawab apa juga serangan Tun Mahathir Mohamad terhadap "bosnya" itu, meskipun kadangkala hujahnya jauh tersasar dan seperti "asal ada jawapan" sahaja.
Malah melihat caranya menjawab dan "spin" hujah, Salleh juga sepatutnya diberikan jawatan tambahan sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Ahmad Maslan yang bagaikan sudah kurang menyerlah sejak kebelakangan ini.
Seolah-olah yang penting bagi Salleh bukan sama ada hujah dan faktanya boleh diterima atau tidak, tetapi beliau mesti dilihat ke depan dalam mempertahankan Najib.
Dalam mengulas cadangan Tun Mahathir bahawa mahkamah sepatutnya menerima gaya hidup mewah sebagai bukti wujudnya elemen rasuah, Salleh sebaliknya berkata, jika cadangan tersebut diterima ia mungkin menyebabkan kehidupan bekas Perdana Menteri itu sendiri berakhir di penjara.
Ini kerana, katanya, keluarga Tun Mahathir sendiri terpaksa membuktikan mereka tidak mengamalkan rasuah berdasarkan gaya hidup yang dijalani jika perkara itu dilaksanakan atau terpaksa dihumban ke penjara.
Cuba mempertahankan hujahnya lagi, Salleh berkata, cadangan itu juga akan membuatkan sesiapa tidak selamat lagi kerana boleh ditangkap dan didakwa hanya berdasarkan kereta yang dimiliki atau rumah yang mereka tinggal.
Dalam hal ini, barangkali kerana terlalu ghairah ingin mempertahankan Najib sehingga Salleh tidak menyedari bahawa kakitangan awam yang mengamalkan gaya hidup tidak sepadan dengan pendapatan mereka memang terdedah kepada pemantauan dan penyiasatan pihak berkuasa.
Maka, cadangan Tun Mahathir itu tidak ada yang peliknya, cuma ia perlu diperkukuh dan diperkemaskan lagi, bukan saja melibatkan kakitangan bawahan tetapi juga pegawai atasan dan pemimpin politik termasuk Perdana Menteri dan ahli kabinetnya.
Selain itu, untuk Salleh mengatakan Tun Mahathir mungkin turut sama dipenjara berikutan cadangan itu adalah juga tidak tepat kerana sepanjang 22 tahun berkuasa, beliau dan isterinya, Tun Siti Hasmah tidak pernah sama sekali dikaitkan dengan kehidupan mewah, membeli perhiasan mahal, boros berbelanja, membeli pakaian yang gemerlapan, kenduri-kendara yang gemilang atau yang seumpamanya.
Kedua-duanya hanya mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan bersesuaian, bahkan Tun Siti Hasmah tidak pernah menjadi bahan perbualan atau cemuhan rakyat kerana kemewahan atau boros berbelanjanya.
Kalau ada pun yang dikaitkan dengan kekayaan dan kereta mewah hanyalah anak-anak Tun Mahathir yang memang diketahui terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan.
Tetapi Tun Mahathir dan Siti Hasmah secara peribadi tidak ada kedengaran dikaitkan dengan cincin mahal, gelang mewah, pakaian ratus-ratus ribu atau dakwaan memiliki wang juta-jutaan dalam akaun bank peribadi mereka.
Kenduri-kendara atau majlis kahwin anak Tun Mahathir bukan saja tidak pernah diperbualkan orang kerana kemewahan atau kosnya, bahkan ramai yang tidak menyedarinya pun bila ianya diadakan.
Anak-anak atau ahli keluarga beliau yang hidup mewah kerana terlibat dalam perniagaan tidaklah menghairankan kerana ia lebih kurang sama saja dengan adik-adik beradik Najib sendiri yang terlibat dalam perniagaan serta perbankan dan turut sama mengamalkan gaya hidup mewah.
Yang dipertikaikan bukannya kemewahan ahli keluarga yang jelas ada perniagaannya, sebaliknya ialah bagaimana Najib dan isterinya boleh berbelanja mewah dan anak-anaknya pula yang tidak diketahui jenis perniagaannya tetapi tiba-tiba dilaporkan boleh memiliki hartanah mewah di luar negara.
Oleh itu, kenyataan Salleh bahawa jika kehidupan mewah dijadikan sandaran wujudnya elemen rasuah akan menyebabkan kehidupan Tun Mahathir sendiri akan berakhir di penjara adalah tidak tepat dan tersasar sama sekali.
Yang mewah, memilik kereta dan rumah ialah anak-anak Tun Mahathir yang memang terlibat dalam perniagaan, sama seperti adik-beradik Najib juga. Isteri dan anak-anak Perdana Menteri sekarang apa pendapatan dan perniagaan mereka?
Tetapi kehidupan peribadi Tun Mahathir dan Siti Hasmah cukup sederhana dan tidaklah semewah Najib dan Rosmah yang bukan saja menjadi bualan rakyat dan media dalam negara, tetapi turut disoroti di seluruh dunia. (SH 11/11/2015) - sumber

Aku tak pernah sokong tun m,tapi apa yg ditulis jika betul mmg betul la..
ReplyDeleteTeringat mywatch penah keluarkan kes jam tangan menteri2..
Seingat aku jam tun hanya berharga rm1200.00,jam zahid komidi bernilai 500 ribu.koleksi 5jam tangan zahid yg bergambar sudah bernilai rm1.5juta.
Boleh rujuk malaysiakini
Menteri cap itik. Pemakan dedak.
ReplyDelete