Monday, April 25, 2016

Rileks jap: Cerita PAS ajak berjihad lawan DAP

JOM BERJIHAD LAWAN DAP

USTAD : Kita kena berjihad lawan DAP. Kena tolak DAP.

LEBAI : Sebab apa ustaz?

USTAZ : Sebab DAP zalim, DAP tolak hudud, DAP anti Islam, DAP bawa agenda Kristian.

LEBAI :  Tapi ustaz, di Sarawak DAP lawan 29 kerusi,  kita cuma lawan 11 kerusi saja. Lagipun kita lawan DAP 1 kerusi saja.  Dah tu kita letak calon Kristian pulak lawan DAP. Macamana tu ustaz ?

USTAZ :  Itu strategi ulama. Jangan lawan ulama. Depa dapat panduan Allah. Kena ingat kita bertanding pilihanraya bukan semata-mata nak menang, kita nak berdakwah, nak redha Allah.

LEBAI :  Tapi ustaz, kalau kita menang semua 11 kerusipun kita masih tak boleh buat hudud ... macamana tu ?

USTAZ : Tak faham ka saya bagitau tadi, jangan lawan strategi ulama. Kita kena wala'

LEBAI : Baiklah ustaz .... saya wala'. - Abu Musa @ Sulaiman

1 comment:

  1. Den masih lagi tunggu PAS menyaman Utusex Malaysia berkenaan kenyataan Tuang Presideng PAS yang menyuruh umat islam berjihad melawan DAP (yang dikatakan dusta dan pembohongan oleh Utusex). Tapi sampai ke hari ni, PAS hanya gertak lebih tapi kecut nak buat. Macam Najib yang tak berani nak saman WSJ.

    Pak2 lebai malang tu masih lagi berkokok tentang hudud sedangkan ekor2 mereka bergelumang dengan tahi2 dusta bila Tuang Presideng mereka sendiri mengaku bahawa Hudud tu bukan kemestian dan ianya boleh ditangguhkan. Malah PAS Kelantan dan Terenggau (Kedah tu tak payah ceritalah sebab langsung tak boleh pakai) tak ada cerita nak buat hudud. Akta 355 yang diuar2kan sebagai Hudud tu pun sebenarnya adalah pembohongan. Langsung tak ada kena mengena dengan hudud cuma Tuang Presideng je yang borak lebih nak menunjukkan kepada orang ramai tahap kebodohannya dalam berpolitik dan dalam memimpin PAS.

    Apa2 pun puak2 serban PAS ni dah hilang keyakinan rakyat terutama pengundi2 yang masih menyokong PR (yang sudah berubah kepada PH sekarang). Rakyat sudah tahu bahawa pak2 lebai ni kerjanya memuaskan hawa nafsu aje tapi ibadat dan kerja cincai je. Tak ada selera rakyat nak lantik puak2 mulut besat dan perut besar ni jadi kerajaan sebab berkemungkinan besar negara jadi lebih teruk dibawah kerakusan nafsu diaorang ni.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete