Cabaran dari Hj Hadi agar keluar Pas dan menubuhkan sebuah parti baru..
KRONOLOGI PARTI SILAM
1. Sewaktu kawan kamu duduk di dalam Pas, kamu tuduh mereka dengan pelbagai gelaran, sekular, liberal, jebon, Anwarinas, nyamuk dan bermacam-macam gelaran huduh. Kamu cabar mereka tinggalkan Pas dan perlu tubuh parti baru.
2. Bila kawan kamu kalah ketika di dalam pemilihan Muktamar ke-61, kamu kata ini tapisan Allah pada orang munafiq.
3. Apabila kawan kamu tidak mahu terima lantikan, kamu peralat cerita Khalid Al Walid. Betapa perlu berjiwa besar kononnnya.
4. Bila kawan kamu hendak menubuhkan gerakan baru untuk keluar parti, kamu tuduh mereka masuk jamaah lain, kamu exploit hadith, "Siapa yang keluar dari jamaah.....". Kamu desak mereka agar istiqamah.
5. Kamu sebenarnya sudah terlambat. Semuanya kini hanyalah tinggalan sejarah. Segalanya tidak mungkin boleh di ulangi semula. Kamu hendak apa sebenarnya? Kejap halau, kejap suruh tubuh parti baru dan kejap suruh istiqamah. Mana satu?
Jangan bertindak seolah-olah kamu pemegang kunci syurga dan kamu benar belaka.. Ingatlah..! Segala-galanya tergenggam di kalam Allah. Jadilah insan budiman bukan insan yang suka menghukum..
~Aku Terpaksa
Tinggalkan Kamu Di situ..
- Sun Tzu
No comments:
Post a Comment