Suami jamin 'tunang'
myMetro - Isnin, 18 April 2016 @ 9:48 AM
Melaka: Seorang wanita mendakwa tunang kepada pasangan khalwat ketika dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah hotel di sekitar Taman Melaka Raya, di sini, awal pagi semalam terkejut mendapati suaminya datang ke pejabat JAIM untuk menjaminnya pagi semalam.
Wanita berusia 29 tahun dari Johor itu ditahan JAIM dalam Operasi Khas mencegah maksiat di sekitar daerah ini.
Wanita itu ditahan bersama pasangannya berusia 24 tahun yang juga seorang penjawat awam di negeri ini dan berasal dari Negeri Sembilan.
Ketua Pegawai Penguat kuasa JAIM Rahimin Bani berkata, ketika ditahan pada jam 2.45 pagi semalam, pasangan wanita itu mendakwa hanya berseorangan di dalam bilik hotel ketika wanita terbabit bersembunyi.
“Bagaimanapun, selepas pasukan penguat kuasa yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Zurul Iman Zakaria, memeriksa, seorang wanita ditemui menyorok di bilik hotel itu.
“Pada mulanya, lelaki itu menyatakan mereka sebagai suami isteri, tetapi selepas disoal siasat dia mendakwa bertunang.
“Lebih mengejutkan, apabila dibawa balik ke pejabat dan diminta menghubungi penjamin, keluarga wanita terbabit datang bersama seorang lelaki iaitu suaminya yang berusia 20-an. Hasil siasatan kedua-dua mereka masih suami isteri, malah suami wanita terbabit mengenali lelaki yang ditahan bersama isterinya,” katanya.
Sementara itu, dalam operasi bermula jam 10.30 malam dan berakhir jam 2 pagi itu, tujuh lagi pasangan berusia 19 hingga 53 tahun ditahan.
Penahanan dibuat hasil pemeriksaan membabitkan 12 hotel di sekitar bandar raya itu yang disertai 20 anggota penguat kuasa JAIM.
“Tangkapan semalam membabitkan tiga penjawat awam dan dua pelajar universiti awam di negeri ini. Seorang penjawat awam terbabit termasuk seorang pengurus pasukan sebuah negeri di kejohanan sukan yang sedang berlangsung di negeri ini.
“Penjawat awam berusia 51 tahun ditahan bersama pasangan wanita berusia 35 tahun berasal dari Selangor. Siasatan mendapati lelaki itu sudah berkahwin sementara pasangannya masih bujang,” katanya.
Jelas Rahimin, semua yang ditahan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.
“Sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

No comments:
Post a Comment