Thursday, April 14, 2016

MB Kelantan selamat dibedahan

MB Kelantan selamat jalani pembedahan
14 APRIL 2016
Ahmad Yakob
KOTA BAHRU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selamat menjalani pembedahan kecil akibat pendarahan di bahagian kiri kepalanya, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, hari ini.    

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Asri Mat Daud berkata menteri besar itu kini  sedang berehat di bawah pemantauan doktor pakar.   

[ARTIKEL BERKAITAN: MB Kelantan alami pendarahan di kepala]

"Doakan beliau (Ahmad) cepat sembuh untuk kembali bersama rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.    

Mengenai punca berlaku pendarahan tersebut, beliau berkata menteri besar itu hanya menyedari berlaku pendarahan berkenaan beberapa hari lalu.    

Ahmad dimasukkan ke HUSM pada pukul 11.30 pagi semalam. - Bernama

3 comments:

  1. Kifarah sbb kata nak letak jawatan jika hudud tak dilaksana tapi tak letak jawatan pun..
    Dgn rasuah bermaharajalela dalam kerajaan kelantan dan didiamkan,tiada simpati aku utk mat yaakob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia letak jawatan, bersorak sorailah Nik Amar n the gang!

      Delete
    2. Ya tuan,betoi tu..
      Tapi org mcm mat yaakob ni,dia tau ada penyelewengan tapi tak berani bertindak,mcm bersubahat la bahasa mudahnya

      Delete