Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Wednesday, February 28, 2018

Cincin melalekat di kemaluan: Kelaku bodoh lelaki ini memalukan diri sendiri

Bomba potong cincin dan gunting yang melekat pada kemaluan lelaki
TAUFIK SALIMIN  -  27 Februari 2018 6:34 PM

Anggota bomba dan pasukan perubatan menjalankan operasi pemotongan cincin yang melekat di kemaluan seorang lelaki. - Foto bomba

KUCHING - Seorang lelaki terpaksa menahan malu dengan meminta bantuan anggota bomba dan bagi menanggalkan sebentuk cincin dan gunting yang melekat pada kemaluannya di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mangsa yang berusia 45 tahun itu datang sendiri ke balai bagi meminta bantuan bomba untuk memotong cincin dan gunting yang melekat pada kemaluannya pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini memandangkan cincin itu tidak kelihatan dan memerlukan rawatan perubatan.

"Mangsa kemudian diberikan ubat pelali sebelum dibantu pasukan perubatan hospital menjalankan operasi memotong cincin dan gunting tersebut.

"Bomba menggunakan peralatan khas iaitu "air grinder" dan seunit tabung udara breathing apparatus," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Tiong memberitahu, operasi memotong cincin dan gunting berkenaan mengambil masa kira-kira10 minit.

"Mangsa hanya mengalami kecederaan kecil dan keadaannya dilaporkan stabil," ujarnya.

Monday, January 8, 2018

Bagi korang, ada selerakah nak makan kat sini?

Pinggan Kayu Bawa Padah
Published: Monday, 8 January 2018
SEBUAH premis di Birmingham didenda £50,000 kerana menghidangkan makanan menggunakan bekas kayu yang dianggap pihak berkuasa kesihatan sebagai tidak bersih.

Ibrahim's Grill and Steak House di Acocks Green dikenakan tindakan itu selepas tidak menghiraukan teguran supaya memperbaiki kaedah menghidangkan makanan kepada pelanggan.

Beberapa gambar yang diedarkan Majlis Perbandaran Birmingham menunjukkan beberapa bekas kayu digunakan di restoran itu ada bekas arang dan kesan merah jambu.

Kali pertama premis itu dikunjungi pegawai Kesihatan Alam Sekitar adalah pada Oktober 2016 apabila 14 pelanggannya berdepan masalah keracunan makanan selepas menikmati hidangan di situ.

Pihak berwajib menganggap pinggan kayu itu kelihatan tidak bersih kerana mungkin tidak dicuci dengan sebaiknya.

Pada kunjungan kedua, Disember tahun sama pula didapati kaedah pengendalian makanan semakin baik, bagaimanapun bekas kayu itu masih diguna pakai untuk menghidangkan menu yang ditawarkan.

Susulan itu, pada 4 Januari lalu, pemilik restoran itu didenda selepas kes berkenaan dihadapkan di Mahkamah Majistret Birmingham.- mStar

Sunday, November 19, 2017

Rawatan Anwar: Semuanya di tangan Zahid......

* Sebelum ini saya dah kata, seandainya PM dan isteri tak lawat Anwar, adakah Zahid akan lakukan (lawat Anwar)?

Zahid akan runding untuk rawatan Anwar sehingga sembuh
mk      18 Nov 2017, 11:03 pm
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berunding dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Penjara untuk memberi rawatan selepas pembedahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga sembuh.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut berkata pihaknya telah membenarkan Anwar memilih doktor pilihannya bagi memberi rawatan sepanjang pembedahan dan rawatan selepas itu.

“Datuk Seri Anwar sakit bahu kanan sejak sekian lama dan apabila berlaku kemalangan kenderaan bawa beliau, maka kesakitan memuncak, maka jabatan penjara minta Datuk Seri Anwar terima rawatan segera.

“Kerajaan (juga) setuju untuk Datuk Seri Anwar pilih doktor terbaik dan peralatan digunakan dan rawatan selepas operasi itu merupakan sesuatu diminta oleh keluarga (Anwar).

“Saya akan berunding dengan KKM dan Jabatan Penjara untuk beri rawatan pasca operasi sehingga sembuh sepenuhnya,” Zahid berkata demikian ketika ditemui di IM4U Sentral di Puchong hari ini.

Ziarah sebab kemanusiaan, rasa simpati

Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan keluarga Anwar untuk membiarkan beliau berada di hospital 'selama mana yang diperlukan'.

Anggota Parlimen Bagan Datoh itu bagaimanapun tidak menjawab secara langsung sama ada Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN) itu akan terus mendapatkan rawatan di penjara seperti yang diminta keluarganya.

Zahid dan isterinya Datin Seri Hamidah Khamis hari ini menziarahi Anwar yang sedang berehat selepas pembedahan.

Menurut Zahid lawatan itu atas sebab kemanusiaan dan rasa simpati terhadap bekas ketua pembangkang itu yang sedang ditimpa musibah dan bukan kerana politik semata.

“Saya tak pernah rancang melawat beliau tapi saya terpanggil apabila Perdana Menteri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah lakukan ziarah.
“Kami mengetepikan perbezaan politik atas rasa kemanusiaan ini yang kami terjemahkan, bukan hari ini sahaja, kita lihat sendiri apabila saya dan PM ke Pulau Pinang ketika banjir dulu,” katanya.

Menurut Zahid, Anwar sebagai pemimpin berjiwa besar dan keluarganya menerima dengan baik lawatan beliau dan Najib.

“Beliau (Anwar) berjiwa besar menerima kunjungan PM dan Datin Seri Rosmah dan hari ini saya dan isteri saya diterima kunjungan dengan hati yang besar. Saya tahu dari bahasa badannya menerima kami dengan baik,” kata beliau.

Foto lawatan Zahid bersama isteri di sisi Anwar yang berbaring di katil hospital dimuat naik akaun Twitter Zahid sekitar jam 4.30 petang tadi.

Turut kelihatan dalam foto ialah anak perempuan Anwar, Nurul Nuha dan Nurul Ilham.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor melawat Anwar ketika ditemani isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga ketua pembangkang dan Presiden PKR.

Anak lelaki Anwar, Muhamad Ihsan kemudian mengeluarkan kenyataan berterima kasih kepada perdana menteri atas lawatan itu.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan liwat kali kedua menjalani pembedahan di bahu kanan selepas cedera dalam kemalangan ketika berada dalam kenderaan Jabatan Penjara Malaysia.

Lawatan Najib itu dipandang sinis pengguna Twitter awal hari ini kerana dakwaan dan sabitan liwat itu didakwa penyokong pembangkang dan pengkritik sebagai berunsur politik.

Saturday, November 18, 2017

Peguam AS gesa Anwar dibebaskan

Anwar patut dibebaskan, kata peguam AS
November 18, 2017 

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia digesa membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara “serta merta dan tanpa syarat”.

Peguam Anwar, Kimberley Motley berkata beliau mendesak permohonan itu kerana Anwar dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan, dan telah menjalani 1,000 hari pemenjaraan daripada hukuman 5 tahun untuk kesalahan liwat.

Peguam hak asasi manusia itu berkata jika Malaysia mahu dihormati masyarakat dunia dan lebih banyak pelaburan asing mengalir masuk, Malaysia patut bebaskan Anwar, yang beliau gelar banduan hati nurani.

Beliau dalam kenyataan juga berkata, sebarang cadangan kononnya pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah salah.

Pada Mac 2014, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan untuk membebaskan Anwar oleh Mahkamah Tinggi dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 30, di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Pada 10 Februari tahun berikutnya, Mahkamah Persekutuan mempertahankan keputusan itu. Dengan peringanan hukuman sebanyak 1/3, Anwar yang berusia 70 tahun itu sepatutnya keluar penjara Jun tahun depan.

Mengatakan situasi penyabitan Anwar “sangat tidak adil dan satu pelanggaran hak paling asasinya secara terang-terangan”, Motley mengingatkan kerajaan yang “dunia sedang memerhati layanan kamu terhadap Anwar Ibrahim dan bagaimana kamu respon kepada permintaan untuk membebaskan banduan hati nurani itu”.

“Jika kamu sememangnya mahu berterusan menjalin hubungan diplomatik dan ekonomi dengan AS dan negara lain, maka kami gesa kamu untuk serta-merta pulihkan keadaan. Buktikan kepada dunia yang Malaysia sememangnya mahu menghormati kebebasan dan maruah asasi rakyat, bermula dengan Anwar.”

Kimberley berkata, “Saya faham ia telah diperkatakan yang pentadbiran Trump menyokong Najib selepas pertemuan di Rumah Putih. Ini benar-benar memberi gambaran salah tentang kedudukan di AS sebagaimana yang saya fahami.”

“Terdapat kebimbangan serius disuarakan di AS berhubung pemenjaraan Anwar Ibrahim.
“Pentadbiran AS sudah kerap kali menzahirkan kebimbangan atas pemenjaraan Anwar; begitu juga para pemimpin Kongres AS, diplomat pelbagai negara dan juga agensi hak asasi manusia antarabangsa.”

Motley berkata Malaysia patut mengambil kira yang Trump tidak melawat Malaysia dalam lawatan Asia baru-baru ini.

“Mungkin salah satu cara terbaik untuk Malaysia baiki kedudukan antarabangsa dan pertumbuhan pelaburan asing adalah membebaskan Anwar dari penjara tanpa syarat. Pemenjaraan Anwar melemahkan kredibiliti Malaysia kerana ianya berkaitan dengan tahap hormat kepada hak asasi manusia, yang juga memberi kesan kepada hubungan luar negara dan kedudukan ekonomi di mata dunia.”

Kimberley berharap dapat membangkitkan hal itu secara peribadi dengan Najib “dalam masa terdekat”.

September lepas, Motley bertemu Anwar di Penjara Sungai Buloh. Pada awalnya, pihak penjara tidak benarkan beliau bertemu Anwar.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya dapat bertemu Anwar dan mengucapkan terima kasih secara terbuka kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi kerana membolehkan - sumber

Tuesday, September 19, 2017

Benarkah warga emas terlalu tua untuk nikmati seks

Mitos warga emas terlalu tua untuk nikmati seks
Ainul Huda Mohamed Saaid, Bernama   
RENCANA Persepsi umum bahawa warga emas terlalu tua untuk intim dengan pasangan dan menikmati hubungan seks adalah omong kosong semata-mata dan juga hanya satu mitos.

Sebenarnya, ia adalah stigma sosial yang tidak menggalakkan golongan tua untuk terus menikmati kehidupan seks, yang akhirnya boleh menyumbang kepada kemurungan dan kesunyian pada zaman emas mereka.

Menurut Profesor Dr George Lee Eng Geap, Pakar Perunding Urologi Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, pasangan yang lanjut umur jangan tunduk kepada tanggapan yang salah dalam masyarakat, yang menyatakan bahawa seks bukan untuk warga emas.

“Seks adalah penting dalam hubungan kerana ia mengekalkan keghairahan dan memupuk ikatan istimewa serta keintiman yang hanya dialami antara pasangan,” katanya selepas pembentangan Pfizer Global Sexual Habits Survey kepada media baru-baru ini.

Menopaus lelaki tak drastik

Dr Lee berkata secara teknikal, lelaki boleh mempunyai hubungan seksual dan menikmati kehidupan reproduktif sepanjang hayat.

Namun, terdapat satu keadaan yang disebut sebagai kekurangan testosteron tetapi secara keseluruhannya, kesan menopaus lelaki tidak begitu drastik.

“Bagi wanita, hormon akan terus berkurangan sehingga hampir kepada sifar, tetapi ia berlaku secara beransur-ansur bagi lelaki. Doktor hanya akan campur tangan apabila nafsu berahi lelaki yang menyusut memberi kesan terhadap kesihatan atau hubungan mereka,” katanya.

Tidak dapat dinafikan, orang dewasa yang lebih tua akan mengalami perubahan dalam badan yang berkaitan dengan usia dan ia boleh menjejaskan fungsi seksual serta stamina.

Untuk itu, penting bagi individu berkenaan untuk kekal sihat dan tidak malu bertemu doktor untuk mendapatkan bantuan.

“Ereksi sepenuhnya mungkin sukar dicapai, jadi anda mungkin memerlukan sedikit bantuan. Khuatir jika saya mengalami disfungsi ereksi? Adakah saya mengambil ubat yang akan menyebabkan ketagihan? Adakah saya akan mati secara tiba-tiba? Persoalan seumpama itu, kesemuanya adalah stigma, jadi serahkan persoalan itu kepada doktor.

“Kemudian apabila anda kembali seperti sediakala, maka anda mungkin tidak memerlukan ubat itu lagi,” jelas Dr Lee lagi.

Hubungan seks lepas wanita putus haid

Umumnya, subjek keinginan seks di kalangan wanita berumur dianggap menjadi satu kepantangan untuk dibincangkan. Bagaimanapun, bagi Dr Lee, persepsi yang salah itu banyak memberi kesan kepada wanita.

“Mereka mungkin menyangka bahawa itulah keadaan yang sepatutnya berlaku, walaupun hakikatnya tidak,” katanya sambil menambah bahawa beberapa kajian mendakwa kehidupan seks wanita meningkat selepas menopaus atau putus haid.

Salah satu sebabnya adalah pada usia sedemikian, mereka telah bebas daripada kebanyakan komitmen umpamanya gadai janji selesai dibayar dan anak pula sudah dewasa. Selain itu, tidak ada tekanan untuk hamil mahupun kebimbangan mengenai kontraseptif dan waktu yang sesuai untuk bersama.

Tambah Dr Lee, satu lagi faktor penting adalah terapi penggantian hormon (HRT) yang kini digunakan secara berleluasa di kalangan wanita melebihi usia 40 tahun.

“Kekeringan atau mood, yang sering kali dikaitkan dengan wanita selepas menopaus kini bukan lagi halangan fisiologi kepada wanita.

“HRT memperbetulkan banyak kelemahan fisiologi wanita dan membolehkan mereka menikmati hubungan yang lebih baik dan lebih bahagia,” katanya.

Semarakkan hubungan dengan merancang

Sesuatu hubungan jika tidak dipelihara, sama sahaja dengan keadaan tumbuh-tumbuhan yang akhirnya akan layu.

“Ketika ada anak, timbul kebimbangan kewangan atau ketika menghadapi tekanan, anda akan mengetepikan seks dan secara perlahan-lahan menidakkan keutamaannya.

“Suatu hari apabila anda bersara dan semua tanggungjawab diselesaikan, anda akan menyedari bahawa keajaiban dan keghairahan antara anda dan pasangan telah hilang.

“Malah, anda tidak boleh ingat bila kali terakhir mengadakan hubungan seks,” katanya sambil menambah bahawa langkah pertama yang diambil adalah mengenal pasti daya tarikan seks.

Perkara kedua pula adalah mengakui bahawa anda tidak ‘bersama’ untuk seketika dan mungkin tidak bernafsu untuk ‘melakukannya’ lagi.

Beliau mencadangkan agar merancang waktu yang sesuai untuk berhubungan seks sebagai usaha memulihkan keadaan seperti sediakala. Merancang waktu yang sesuai untuk ‘bersama’ memberi ruang kepada pasangan agar bersedia untuk melakukannya. Ringkasnya, ia akan membantu pasangan untuk mendapatkan ‘mood’ yang sesuai.

“Perbezaan keinginan antara pasangan adalah perkara biasa. Bukanlah sesuatu yang menyihatkan untuk memikirkan soal keintiman seks ketika anda tidak bernafsu untuk melakukannya,” katanya sambil menambah, penyelidikan lalu juga menunjukkan bahawa perselisihan berkaitan seks boleh menjadi sangat sukar untuk diselesaikan.

Pasangan muda juga digalakkan merancang untuk ‘bersama’ terutamanya mereka kini sibuk menguruskan keluarga dan kerjaya masing-masing.

Kesibukan gaya hidup masa kini yang memerlukan pasangan lebih banyak melakukan perjalanan ke merata tempat menyebabkan mereka jarang bertemu, sekali gus memberi kesan kepada tabiat seksual pasangan berkenaan.

Di samping itu, Dr Lee mendedahkan bahawa terdapat perbezaan keutamaan dalam hubungan seks di kalangan lelaki dan wanita.

Menurut kaji selidik, lelaki lebih mengutamakan seks di mana mereka meletakkan keutamaan seks pada tangga kelapan daripada 17, manakala wanita meletakkan seks pada tangga ke 14 daripada 17 dalam keutamaan mereka, termasuk kehidupan keluarga, kesejahteraan kewangan dan pekerjaan/kerjaya.

“Itu adalah perbezaan yang besar dalam hubungan bagai pasangan, jadi mengapa anda tidak merancang? Hargailah setiap detik kehidupan,” katanya.

Tuesday, September 12, 2017

Baru-baru ni aku buat ni.......kalau korang nak cuba boleh.....

Ni aku nak bagitau.....bukan nak iklan. Kalau-kalau sesiapa rasa nak cubalah. Rasulallah buat ni dulu-dulu
Lepas buat Bekam ni, badan rasa ringan......

Kalau korang nak cuba boleh hubungi:
Hafiz no. tel. 014-508 3079
Rumah dia ni dekat rumah aku......boleh kata berjiran jugalah

Harga pakej: RM60.00/13 cups
Bagi sekitar Bandar Kota Bharu.
Dan kawasan luar dan berdekatan Kota Bharu, tambahan RM10.00 duit minyak
Perkhidmatan hanya di kawasan berdekatan Kota Bharu i.e Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh
 
 
 
 
 
 

Wednesday, July 12, 2017

Vaksin: Jangan percayakan 'Doktor Google' dan 'Doktor Facebook', apa kata anda?

Kejutkan anak dari tidur, tak bangun-bangun rupanya sudah meninggal dunia
Saya paling hiba kalau ada ibu bapa yang tolak vaksin untuk anak-anaknya. Baru-baru ini saja pun, ada kes seorang ibu berusia 40 tahun yang hilang dua orang anaknya serentak akibat difteria. Penyakit  ini boleh dielakkan jika majoriti ibu bapa di Malaysia bersatu untuk melindungi anak masing-masing dengan vaksin.

Pada mulanya, si abang yang berumur dua tahun yang meninggal dunia. Seminggu selepas itu, adiknya yang berumur 11 bulan pula meninggal dunia. Sudahlah meninggal dunia dalam diam saja. Kejutkan dia dari tidur, tak bangun bangun. Rupa-rupanya  sudah meninggal! Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Bayangkan seorang ibu yang terpaksa menanggung kesedihan yang amat dahsyat ini. Bagi seorang ibu, tiada kesedihan yang lebih dahsyat dari kematian si anak. Kalau kematian suami, biasanya perempuan boleh tanggung lagi sebab suami diikat dengan ikatan akad sahaja. Kesedihan bila melibatkan kematian anak ini adalah jauh berbeza kerana anak ini diikat dengan ikatan darah dan daging si ibu itu sendiri.

Bayangkan kesalahan itu sebenarnya ditanggung oleh golongan ibu yang tidak mahu menvaksikan anak-anaknya hanya kerana lebih percayakan 'Doktor Google' dan 'Doktor Facebook'. Penyakit dahsyat ini kembali merebak dengan laju di dalam negara kita ini berpunca daripada golongan ibu yang tidak mahu vaksinkan anak-anaknya. 

Semakin sikit anak yang tidak divaksin dalam suatu komuniti, maka semakin cepat sesuatu penyakit itu meletus (outbreak). Selama ini saya cuma jumpa penyakit ini di Indonesia sahaja. Belum pernah lagi dengar kes difteria di Malaysia sebelum ini. 
Saya bukan apa, saya pernah menyaksikan sendiri betapa seksanya pesakit yang terkena penyakit difteria ini. Cuba tengok komplikasi yang boleh muncul daripada difteria ini.

Saluran pernafasan boleh tertutup. Anak kita boleh mati sebab sesak nafas. Mati sesak nafas adalah mati yang perlahan-lahan dan sangat kejam! (Airway blockage)

Bila benda putih (pseudomembrane) dalam tekak itu tiba-tiba terjatuh dan tertelan, racun di dalamnya boleh merosakkan otot jantung anak kita (myorcarditis)

Selepas itu, boleh terjadi juga kerosakan saraf (neuropathy)

Anak kita juga boleh terkena jangkitan paru-paru (pneumonia).

Sebab dalam selaput putih itu ada toksin yang sangat-sangat mengancam nyawa si comel bila tertelan. Boleh jadi masa anak itu sedang tidur, selaput itu tiba-tiba meluncur turun. Sangat berbahaya!
Tolong, tolong sangat pada ibu bapa yang ada anak yang belum divaksinkan secara sempurna, tolonglah sempurnakan vaksin mereka. Jangan percaya pada Google atau internet kerana yang merawatnya adalah kami, para doktor. Kerana yang menyaksikan kematian mereka adalah kami, para doktor. 

P/S: Anak yang tidak divaksin akan terdedah dengan penyakit yang mengerikan seperti batuk kokol.batuk seratus hari (pertussis), kancing gigi (tetanus), campak, demam kepialu (typhoid fever), jangkitan pada otak (meningitis) dan bermacam-macam lagi penyakit yang mematikan. Tolong ingatkan keluarga kita yang lain juga ya. 

#LengkapkanImunisasi
#Janganlupacucuk

Sumber: Doktor Taufiq Razif via thereporter

Wednesday, March 8, 2017

Wednesday, December 28, 2016

Khasiat Biji Selasih......

SUBHANALLAH!!! KETAHUILAH BIJI SELASIH SANGAT BERKESAN UNTUK MENGATASI KADAR GULA D4R4H,GASTRIK,DLL!! INI CARA PENGGUNAANYA DAN MEMBUATNYA..
CINTYA ANITA
Umumnya biji kering atau selasih (Ocimum basilicum) yang sudah di rendam didalam air gampang diperolehi di market tradisional atau pasar raya, harga juga agak murah, cuma butuh membelanjakan wang RM1. 00 tiap-tiap pek. biji selasih cocok dipadukan/diolah minuman agar fresh semasa puasa, sebagai penambahan pada rasa tak selesa, banyak tanda-tanda juga.

Pada asasnya, faedah biji selasih, terutamanya untuk kesihatan tubuh kita, bisa diterangkan tersebut :

1) Sebagai ubat herba Biji
selasih dipakai dengan cara meluas untuk paduan sebagian type hidangan seperti juice, buah-buahan kombinasi ais/ais, puding atau bebrapa supaya.
Biji selasih dalam perkara ini mengandungi banyak nutrien pekat seperti karbohidrat, vitamin, mineral, lemak serta serat untuk pemakaian yang begitu baik sebagai pelega permasalahan pencernaan herba, sakit tekak, sembelit serta cirit-birit.

2) Mengawal step gula dalam d4r4h 
Melakukan tindakan untuk mengawal gula dalam d4r4h tinggi di kelompok mereka yang bangunkan diabetes type 2. Berdasar sebagian kajian perubatan, biji selasih bisa menolong membuat perlindungan kandungan gula dalam d4r4h  sentiasa stabil.

3) Menolong kebuluran 
Biji selasih Begitu bagus diberikan pada mereka yang sudah lakukan diet kerana sebahagian untuk menolong melindungi kelaparan.

4) Menolong insomnia 
Avail biji selasih baik untuk mengurangkan kebimbangan atau insomnia. Untuk mereka yang alami kegelisahan begitu terlalu berlebih atau insomnia, begitu baik lewat cara sering mengonsumsi umumnya biji selasih atau makanan/minuman memiliki benih bahan selasih azas. Kerana benih selasih memiliki menentramkan. 

5) Satu lagi biji selasih faedah 
Disamping itu biji selasih diantaranya berdasar sebagian kajian perubatan, yang bisa merangsang penyerapan, tingkatkan aliran d4r4h , melegakan sawan pesakit, demam, sebagai pembersih racun serta tingkatkan ketahanan.

Menurut dari sebagian beberapa pakar dalam sebagian kitab tafsir ayat Al Qur’an yang sudah diterangkan terlebih dulu tunjukkan kalau Allah membuat tanaman yang harum yang salah satunya yaitu tanaman hijau yang harum yakni kemangi atau selasih yaitu nikmat pemberian Allah SWT untuk beberapa makhluk-Nya di bumi ini, sebagai hamba-Nya kita pantas bersukur pada nikmat yang sudah Allah berikanlah.

Menggunakan biji selasih sebagai Herbal 
Biji selasih langkah Pemakai sebagai herba pengobatan yang yaitu sebagai berikut :

1. Untuk menangani gastrik, sediakan 5 biji g selasih serta lalu di rebus dengan 200 cc suhu air, campur dengan 1 sudu makan madu asli. Minum obat jika suam, adakah sering 2 kali satu hari, pagi serta petang.

2. Sebagai herba kecantikan, biji selasih tumbuklah hingga sebati, tuang air panas simpel. Gaul rata untuk membuat pes, biarlah sejuk. Gunakan sebagai scrub pada muka serta leher, kerjakan satu diantara selang satu hari yaitu hampiri mandi petang.

3. Untuk sakit gigi, mengambil 10 gr biji selasih, bunga cengkih 4 biji di rebus berbarengan dengan air mendidih seperti yang dibutuhkan. Lalu minum air jika suam dalam tempoh penyakit untuk pulih dengan prima.

4. Sebagai ubat pelali, anda kerap alami ketakutan, kebimbangan yaitu emosi terlalu berlebih serta gampang, Selasi benih bisa bikin benih sedatif, langkah 5 g selasih dibancuh dengan 200 cc air. Serta minum jika panas, bisa dipadukan dengan kombinasi madu serta juice limau.

Thursday, November 10, 2016

Rupanya di Kelantan ramai orang gila!

Hampir 300,000 rakyat Kelantan hidapi masalah mental
SH  - 10 NOVEMBER 2016
Masalah mental Gambar hiasan- sumber internet

BACHOK - Kira-kira 300,000 daripada 1.2 juta penduduk Kelantan mengalami masalah kesihatan mental akibat pelbagai tekanan hidup termasuk gejala dadah, kemurungan dan masalah keluarga.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, jumlah itu (300,000) berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun lepas.

"Sebilangan besar mereka berumur antara 16 dan 24 tahun terutama dari kalangan wanita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok Datuk Dr Ilias Hussain.

Dr Ahmad Razin berkata, masalah kesihatan mental jika tidak dirawat lebih awal ia berisiko tinggi untuk pesakit mendapat penyakit mental.

Beliau berkata, bagi tujuan merawatnya, Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, menyediakan perkhidmatan psikiatri.

Hospital Tanah Merah dan Hospital Kuala Krai pula menyediakan perkhidmatan pesakit luar psikiatri dan hospital daerah lain menyediakan perkhidmatan berkala, katanya.

Beliau berkata di samping itu terdapat 10 pusat pemulihan psikososial di seluruh Kelantan dan bagi daerah Bachok bertempat di Klinik Kesihatan Bachok. - Bernama

* Kalau dibahagikan kepada peratus, besar tu weh!

Tuesday, October 25, 2016

Wad ICU Hospital Sultanah Aminah terbakar dan Polis gesa jangan percaya maklumat tidak rasmi

WARTAWAN SINAR HARIAN - 25 OKTOBER 2016
Wad ICU Hospital Sultanah Aminah terbakar Kebakaran berlaku di wad unit rawatan rapi (ICU) yang berada di tingkat dua hospital.

JOHOR BAHRU - Suasana di Hospital Sultanah Aminah bertukar cemas selepas sebuah wad unit rawatan rapi (ICU) yang berada di tingkat dua hospital berkenaan terbakar dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kakitangan hospital bergegas menyelamatkan pesakit dan meletakkan di tempat selamat.
Sehingga jam 10.45 pagi ini, pasukan bomba masih sedang memadamkan kebakaran, selain terdapat anggota membantu memecahkan cermin bagi memudahkan operasi memadam api.

‎Difahamkan ada mangsa yang terperangkap, namun jumlahnya masih belum dapat dipastikan

Polis gesa jangan percaya maklumat tidak rasmi
Usaha untuk menyelamat dan memulihkan‎ keadaan sedang dijalankan.

JOHOR BAHRU - Polis menggesa semua pihak tidak mempercayai sebarang maklumat yang tidak sahih dan diviralkan di laman sosial berhubung insiden kebarakan di di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan sehingga kini terdapat lima pesakit dari wad rawatan rapi (ICU) selatan tingkat 2, bangunan induk HSA maut akibat kebakaran.

"Kita sedang menjalankan usaha menyelamat, keadaan beransur pulih.

"Kita akan keluarkan asap tebal terlebih dahulu sebelum mendapat bilangan sebenar mangsa yang terlibat. Setakat ini lima mayat telah ditemui," katanya diperkarangan HSA, kira-kira jam 11.15 pagi.

Hospital swasta perlu beri kerjasama terima pesakit
SHAHIZATUL FARHA S ROSLI - 25 OKTOBER 2016
  
JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor sedang menumpukan usaha menyediakan wad alternatif bagi memindahkan pesakit yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat menyeru hospital swasta memberi kerjasama dan membenarkan mangsa mendapatkan rawatan terutamanya bagi pesakit yang kritikal dan wanita bersalin.

“Kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan bomba bagi menyiasat punca kebakaran dan kita sedang mencari peluang untuk memindahkan mangsa yang sedang dirawat.

“Hospital Sultan Ismail pada ketika ini sesak dan dipenuhi pesakit, jadi saya berharap hospital swasta dapat membenarkan mangsa mendapatkan rawatan di hospital mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ayub turut melahirkan simpati terhadap mangsa yang dilaporkan terkorban dalam kejadian kebakaran itu.

Kebakaran dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 9 pagi di wad rawatan kecemasan (ICU) selatan, bangunan induk HSA hingga mengorbankan nyawa enam pesakit yang sedang menerima rawatan.

Ketika kejadian terdapat 294 pesakit sedang dirawat serta 193 kakitangan berada di bangunan berkenaan.

Mangsa yang maut termasuk empat pesakit wanita dan dua pesakit lelaki manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan namun dilaporkan melecur 80 peratus.

Thursday, October 20, 2016

Makanan Palsu: Diseludup atau import yang sah?

6 Jenis Makanan Palsu Dari China Yang Patut Anda Jauhi

Cerita makanan palsu China benar-benar sangat menakutkan tetapi apa yang anda baca ini yaitu real kenyataan serta tidak terhitung banyak produk yang masuk ke negara ini dari China.
karenanya sangatlah disarankan untuk berhati-hati dalam membeli produk pasar saat ini terutama produk impor dari china berupa makanan yang dikonsumsi serta beras jadi makanan pokok utama di negara ini, serta saat ini produk-produk itu telah bertebaran di sekitar kita.

Di bawah ini yaitu sebagian produk makanan palsu buatan china yang mungkin saja anda sudah memakannya.

Telur Palsu

Kulit telur palsu terbuat dari kalsium karbonat. Kuning telur serta putih telur terbuat dari natrium alginat, tawas, gelatin, kalsium klorida serta lalu imbuhkan air serta pewarna makanan. Pertama tuangkan menetapkan jumlah natrium alginat ke air hangat serta mencampurkannya ke putih telur seperti bentuk, lalu campur dengan gelatin berbarengan dengan asam benzoat, tawas serta bahan kimia yang lain untuk membuat putih telur. Kuning telur cuma memberikan lemon kuning pewarna makanan. Bersama dengan kalsium klorida untuk membuat kombinasi telur ke dalam cetakan untuk membuahkan membran telur. Kulit telur terbuat dari lilin parafin, bubuk gipsum, kalsium karbonat serta bahan yang lain.
Beras Plastik

Beras palsu terbuat dari kombinasi kentang, ubi jalar serta plastik, beras di buat dengan mencampur kentang, ubi jalar dengan resin sintetis serta dibuat berbentuk butiran beras yang sangatlah mirip, siapa tahu Anda mungkin saja sudah mengonsumsi nasi palsu atau telur palsu sintetis belakangan ini, mengonsumsi dua piring nasi palsu itu setara dengan makan dua kantong plastik, Anda dapat bayangkan.

Mie serta Bihun Palsu

Mie palsu buatan china juga dibaut dari resin palstik serta bisa anda lihat pada video di bawah bagaimana mie ini dengan mudah dibakar.

Daging Sapi Palsu

Kian lebih 22 ton daging sapi palsu di suatu pabrik lokal di provinsi Xi’an diketemukan serta diambil alih polisi di daerah itu. Daging sapi palsu itu sebenarnya di buat dari daging babi (yang jauh lebih murah dari pada daging sapi) yang sudah di buat serta direkayasa dengan bahan kimia termasuk juga lilin parafin serta garam industri untuk membuatnya agar terlihat seperti daging dari sapi.

Departemen Perindustrian serta Perdagangan di Hefei China baru-baru ini menemukan suatu ‘ekstrak sapi’ yang dapat membuat daging ayam atau daging babi dengan tampilan serta rasa daging sapi.

Kimia ini sudah di ketahui dipakai dalam memproduksi ‘serat daging’ (yang persis sama) serta hal semacam ini sudah banyak dipakai di beberapa restoran kecil serta pasar produk lokal.Penipuan ini sudah menipu pelanggan untuk membeli daging yang lebih murah dengan kedok daging sapi yang sesungguhnya yaitu ‘ekstrak daging sapi’ kimia, bila dikonsumsi dengan teratur bisa mengakibatkan keracunan dalam jangka panjang, deformitas serta bahkan kanker!

Cokelat Palsu

Pemalsuan rasa cokelat kerap terjadi lantaran koko yaitu bahan yang relatif mahal dibanding dengan gula tau minyak nabati. Kedua bahan ini kerap dipakai untuk menggantikan kokoa.

Lemak kokoa kerap digantikan monyak yang lebih murah, seperti lesitin dari kedelai atau minyak palem. Tidak cuman masalah harga, dengan kedua bahan ini pelapisan cokelat jadi lebih mudah. Perbandingan kokoa padat (komponen nonlemak pada biji yang digiling) juga cenderung rendah. Dalam cokelat batangan, misalnya sekitar 20% gula-gula di isi cokelat.

Cokelat premium di segi lain, biasanya memiliki kandungan sekitar 50-70% cokelat padat. Lantaran memiliki kandungan lebih sedikit gula serta mungkin saja juga sedikit minyak nabati, cokelat pekat ini memiliki kandungan lebih sedikit kalori dari produk cokelat biasanya. Pantaslah beberapa pecinta cokelat kerap “protes” dikarenakan cokelat disalahkan untuk permasalahan yang sebenarnya disebabkan oleh konsumsi gula terlalu berlebih.

Susu Palsu

Untuk yang satu ini ternyata tidak dari China, tetapi India. Susu palsu ini di ketahui memiliki kandungan deterjen, cat dinding, serta urea. Hal semacam itu pertama kalinya terungkap berdasarkan laporan survei Food Safety and Standards Authority of India (FSSAI). FSSAI mengatakan setengah dari total sampel susu di India tidak memenuhi standar. Ada kian lebih 68 % susu di India tidak memenuhi kualifikasi Badan Pengawas Keamanan serta Standar Makanan India (Food Safety and Standards Authority of India/FSSAI).
Berdasar pada data pada tahun 2012, India yaitu produsen susu sapi paling besar kedua didunia dengan jumlah produksi meraih 54 juta liter /hari. Indonesia sendiri cuma dapat menghasilkan 1, 5 juta liter susu /hari. Kekurangan pasokan susu itu menyebabkan Indonesia mesti mengimpor 4, 5 juta liter susu /hari dari beragam negara.

Itulah sebagian produk makanan yang berkat " kecerdasan " manusia sekarang ini telah dapat dipalsukan. Belum lagi ada bakso formalin serta boraks, saos pewarna, snack MSG serta lain sebagainya.

Sudah pasti beberapa produk itu tidak layak untuk dikonsumsi lantaran banyak mengandung bahan kimia berbahaya yang sebenarnya bukanlah untuk dimakan.

share artikel ini ke facebook supaya lebih banyak orang bisa membacanya - sumber

Saturday, June 18, 2016

Anwar dikejar ke hospital lagi

Anwar dikejar ke hospital lagi, mana janji Najib setahun lalu?

Pada 30 Jun 2015, Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan menerusi akaun twitter seraya menjanjikan ”Saya ambil maklum kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan mempastikan beliau menerima rawatan sewajarnya.” Hampir setahun berlalu namun janji hanya tinggal janji.

Seperti disarankan oleh para pakar yang berurusan dengan keluarga, pembedahan yang terbaik adalah di luar negara – dengan peralatan yang mencukupi tanpa tekanan politik. Perlu diingat, Datuk Seri Anwar sebelumnya sudah dipenjarakan di bawah pemerintahan mantan PM Tun Mahathir Muhammad – menjadikan jumlah tahun pemenjaraan mencecah 10 tahun semuanya. Hari ini merupakan hari ke-491 hari beliau dipenjarakan untuk kali ke-empat sebagai tahanan politik di Malaysia.

Pihak keluarga dan peguam telah mengemukakan jawapan balas berkait tawaran semula Datuk Seri Zahid Hamidi supaya pakar perubatan luar negara datang ke Malaysia untuk menjalankan pembedahan. Tawaran yang dibuat oleh Datuk Seri Zahid Hamidi di dalam Dewan Rakyat pada 12 November 2015 ternyata hambar apabila penjagaan Datuk Seri Anwar sepenuhnya di hospital pun belum mampu dilunaskan.

Para pakar yang bertanggungjawab menyatakan peralatan serta kelengkapan hospital tidak mencukupi. Tambahan serangan politik berterusan pihak pemerintah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 mengeruhkan lagi suasana buat doktor dalam memastikan proses pemulihan beliau berjalan lancar.

Walaupun makluman balas telah diberi kepada Datuk Seri Zahid Hamidi, mewakili kerajaan Malaysia, namun kerajaan dilihat lepas tangan. Bahkan, pihak keluarga juga turut mohon agar beliau dimasukkan dan ditahan di hospital, namun kerajaan enggan membenarkan ruang jagaan sedemikian untuk mengubat sakit yang dihadapi Datuk Seri Anwar. Yang diluluskan sekadar rawatan dan pemeriksaan beberapa hari sebelum dihantar pulang ke penjara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit belakang di tempat yang sama iaitu bahagian L4 L5 – bahagian yang sama yang mengakibatkan beliau menjalani pembedahan mikro di Munich, Jerman pada 2004. Perlu diingat jua, kerajaan BN bertangggungjawab di atas kecederaan DSAI kerana sebelum tahun 2000, sebuah Siasatan Suruhanjaya Diraja ke atas mata lebam Datuk Seri Anwar telah memutuskan bahawa Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara bersalah kerana memukul Datuk Seri Anwar sedang Datuk Seri Anwar digari dan ditutup matanya, pada malam yang sama beliau ditangkap pada 20 September 1998.

Suruhanjaya DiRaja tersebut memutuskan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor bersalah dan akhirnya didenda RM 2,000 dan penjara 2 bulan. Hukuman penjara dikekalkan pasca rayuan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dimangsakan di bawah pemerintahan kerajaan BN dan menanggung kesakitan sehingga ke saat ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengalami kesakitan yang sama di bahagian belakang dan bahu kanan; beserta tekanan darah tinggi yang tidak menentu.

Kerajaan sering berselindung dengan jumlah rawatan yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah memadai bahkan bersifat ‘istimewa’ dan melebihi layanan yang diberikan kepada banduan lain. Saya ingin mempersoalkan, jika jumlah rawatan yang diterima tidak membantu meningkatkan tahap kesihatan beliau, adakah ini bukti jelas bahawa rawatan yang diberikan adalah tidak memadai?

Tambahan pula, tanpa penglibatan panel dan doktor pakar yang arif berkenaan kesakitan berulang beliau, dikhuatiri kelewatan akses rawatan ditambah pula dengan kondisi sel tahanan yang tidak sesuai bakal memburukkan lagi kesihatan beliau.

Jangan dilupa, penahanan beliau dikecam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu! Tidak seperti kes mantan Menteri Besar Selangor yang boleh pula dibebaskan melalui parol.

Adakah Datuk Seri Zahid Hamidi hilang pertimbangan kemanusiaan terhadap insan yang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya kerana beliau berlainan fahaman politik?
Sekiranya tidak, maka secara minima Datuk Seri Anwar wajib ditahan di hospital.

Pihak keluarga, peguam dan pendukung KEADILAN menanti-nanti janji yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib Razak sejak Jun 2015 yang lalu. Semoga penantian 1 tahun ini berakhir dengan kebenaran tahanan di hospital dan akhirnya pelunasan pembedahan luar negara buat insan yang sudah terpenjara secara zalim melangkaui sepuluh tahun semuanya.

Kepada Allah SWT kita berserah.

NURUL IZZAH ANWAR
CHUA TIAN CHANG
Beserta keseluruhan kepimpinan KEADILAN