Kenaikan caj penerbangan tidak jejas harga tiket - Liow
Dania Zainuddin, Astro Awani | April 10, 2016 18:45 MYT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan memberi jaminan tidak akan menaikkan harga tiket kapal terbang walaupun caj perkhidmatan penerbangan akan dinaikkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan sentiasa prihatan tentang masalah kos sara hidup rakyat.
Pada masa sama, katanya kerajaan juga perlu terus meningkatkan sektor perkhidmatan penerbangan dan cadangan kenaikan caj perkhidmatan penerbangan itu dilihat amat munasabah.
"Kita akan pastikan kenaikan caj ini tidak akan menjejaskan dari segi harga tiket kapal terbang dan sebagainya. Kita memahami masalah kos sara hidup yang tinggi.
"Kita prihatin, tetapi kita perlu terus meningkatkan perkhidmatan DCA, perkhidmatan sektor penerbangan negara," kata Tiong Lai selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari JPJ di Putrajaya pada Ahad.
Jelasnya, selepas 40 tahun DCA beroperasi, ini merupakan kali pertama caj pemeriksaan DCA akan dinaikkan.
"Kita tidak pernah menaikkan caj pemeriksaan DCA dan ia adalah pada harga yang terendah di rantau ini.
"Oleh itu, amat memadai untuk kita meningkatkan caj ini, tetapi saya akan kaji balik dan membuat keputusan tidak lama lagi," kata Tiong Lai.
Beliau juga menggesa DCA untuk melibatkan pihak berkepentingan industri penerbangan dalam cadangan ini.
Selain itu, katanya peningkatan caj ini juga boleh membantu perkhidmatan DCA dari segi kelengkapan peralatan serta kawalan trafik udara yang lebih canggih.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa DCA bercadang untuk menaikkan kadar caj penerbangan kepada syarikat penerbangan ke luar Malaysia bermula 15 April ini.
Peningkatan ini melibatkan perkhidmatan ruang udara, kemudahan trafik udara dan perkhidmatan lain khusus bagi Sijil Operasi Udara (AOC) serta lesen penerbangan bagi juruterbang.
# Dia ni pernah ke naik penerbangan tiket murah dan kalau penerbangan biasa, dan bayar sendiri?
Ni aku sertakan tiket dan perubahan harganya. Ni aku memang aku pilih tiket penerbangan yang paling murah pada minggu berkenaan.

Cer korang besarkan gambar printscreen aku ni dan bandingkan dari masa sebelum caj naik dengan harga tiket aku booking untuk penerbangan 25 April 2016. Naik ke tidak?
Untuk makluman korang, aku tak pernah naik penerbangan tiket biasa/mahal setelah aku pencen ni.
Sekarang aku melilau mencari tiket murah aje
No comments:
Post a Comment