Monday, April 11, 2016

Catatan Diskusi AKTA WILAYAH LAUT 2012 & Kesan kepada Perjuangan Menuntut Royalti Petroliam Kelantan.

Tarikh: 23/11/14, 09.00pg – 01.00 ptg,
Tempat: Dewan Teratai, Kota Darul Naim, Kota Bharu.

Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama ROYALTI (R) telah menjemput dan mengumpulkan cerdik-pandai dari seluruh Negara bagi membahaskan kedudukan dan strategi terbaru tuntutan royalti petroliam terutamanya dari segi halangan Akta Wilayah Laut 2012 (Akta 750).

Turut dijemput ialah intelektual dari Sabah yang khusus memperjuangan kedaulatan wilayah laut mereka.

Peserta diskusi juga disertai oleh para pembuat dasar iaitu, Menteri Besar, Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli Parliamen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Aktivis R, wakil-wakil Parti Politik, NGO, ahli akademik, pakar-pakar dalam pelbagai bidang yang berkaitan (Jurukur Tanah, Peguam, Ahli Maritim, Oil & Gas).

1. Profesor Madya Dr Hanan Ahmad (Bukan nama sebenar, terpaksa dirahsiakan) yang merupakan Penyarah Undang-undang Antarabangsa, UIA telah membentangkan kertas kerja yang menggambarkan keadaan tuntutan laut negara-negara seluruh dunia. Malaysia adalah bekas jajahan British. Menggunakan perundangan British sebagai asas. Sebagai contoh, Negara Nigeria yang merupakan bekas jajajahan British. Berlaku kes yang sama apabila seluruh negeri pantai Nigeria bangkit melawan Kerajaan Persekutuan Nigeria apabila Kerajaan Persekutuan Nigeria cuba memiliki wilayah laut dengan memberikan negeri-negeri sekadar 12 batu nautika sahaja. Kes yang sama juga terjadi di Australia dan Canada. Kesemua kes ini berpihak kepada tuntutan negeri-negeri apabila dicabar di Mahkamah.

Berdasarkan fakta kes yang ada termasuk Kelantan merupakan sebuah negeri berdaulat sebelum menyertai Persekutuan Tanah Melayu 1948. Kelantan mempunyai wilayah lautnya sendiri sebelum Malaysia terbentuk.

Kelantan mempunyai kerajaan yang kuat dan berupaya menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Kerajaan Siam dan China sebelum wujudnya Malaysia lagi.

2. YB Mumtaz Md Nawi (Exco Kerajaan Negeri Kelantan, lulusan perundangan, UIA) membentangkan kes dari sudut sejarah, politik dan perundangan. Sejak pertengahan tahun 1980 an, bekas Menteri Besar Kelantan, Dato Ahmad Yaacob (Umno/BN) mengisytiharkan pertemuan minyak & gas di laut Kelantan dan akhbar-akhbar utama juga turut menyiarkan tentang penemuan tersebut .

Kelantan juga sepatutnya berkuasa untuk mengeluarkan permit cari gali dan apa-apa lesen yang berkaitan di bawah Jadual Negeri sebagaimaa peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

3. En Zainal Ajamain (Pembentang Kertas Kerja dari Sabah) membentangkan kronologi rampasan kedaulatan laut negeri-negeri melalui pengsytiharan darurat seperti yang termaktub di dalam Ordinan Darurat 1969. Kemudian, sebelum 6 bulan tempoh selepas darurat diisytiharkan mansuh oleh Perdana Menteri, satu akta dinamakan 750 (Wilayah Laut 2012) digubal. Akta ini menghadkan kawasan perairan milik negeri-negeri hanyalah kepada 3 batu nautika sahaja. Selebihnya milik Kerajaan Persekutuan. Akta ini haram dan tidak sah serta tidak buleh dikuatkuasakan kerana melibatkan perubahan sempadan negeri-negeri. Menurut Perlembagaan Persekutuan, undang-undang yang diluluskan oleh Parliamen hendaklah mendapat kelulusan DUN negeri-negari dan Majlis Raja-raja Melayu kerana ianya melibatkan perubahan sempadan negeri.

Pihak Kerajaan Negeri Sabah telah menyatakan ketetapan Kerajaan Sabah yang telah menolak Akta 750 yang telah mencabul kedaulatan wilayah Sabah. Penolakan ini dilakukan melalui jawapan bertulis kepada soalan DUN yang dikemukakan oleh ADUN dari DAP pada sidang DUN yang lalu.

Kini langkan ini perlu disambut dan diteruskan oleh semua negeri-negeri lain khususnya Kelantan yang terkesan dengan Akta 750 ini.

4. Hj Abdullah Jaafar (Pakar Rujuk R), yang merupakan bekas Pengarah Perikanan Kelantan dan Ahli Majlis Keselamat Negara (bahagian Maritim) menjelaskan, kes tangkapan pencerobohan kapal yang berlaku harus dinyatakan kawasan untuk proses mahkamah, banyak kes disebut di mahkamah adalah berlaku di laut Kelantan. Mahkamah sendiri sahkan kawasan tersebut adalah di dalam perairan Kelantan.

Beliau adalah di antara pihak yang terlibat di dalam merangka undang-undang berkaitan Maritim negara, menegaskan bahawa perairan sesebuah negeri/negara adalah berdasarkan continental shelf (pelantar benua). Mengikut United Nation Conversations Law of The Sea (UNCLOS 1), Malaysia telah diketogerikan sebagai Negara Berpantai (Costal States).

UNCLOS 1 yang telah diteritikan di Geneva (1960) & Malaysia menguatkuasakannya pada tahun 1966. Berdasarkan undang-undang ini, Pelantar Benua dikira dari pantai dengan kedalaman antara paras laut tidak melebihi 200 meter. Kedalaman dasar laut Kelantan dan Malaysia keseluruhannya adalah di dalam ingkungan 180 meter sahaja. Ini menunjukkan bahawa plantar-pelantar minyak yang berada di lingkunan kedalaman tersebut adalah menjadi hak milik Kelantan.

Beliau menjelaskan bahawa ini adalah bukti isu tuntutan royalti ini adalah isu politik semata-mata. Bukan isu perundangan.

5) Hj Muhamad Kamil bin Mat Daud (bekas pengarah ukur dan pemetaan Kelantan) dan bekas TimbKetua Pengarah UKur Dan Pemetaan 11 menyatakan bahawa semasa kelantan dibawah Barisan Nasional, Menteri Besar Allahyarham Tan Sri Mohamed Yaakob turut memanggil Jabatan Ukur untuk mengesahkan sempadan laut kelantan dan Terengganu kerana katanya mungkin pelantar minyak Terengganu adalah milik kelantan. Ini menunjukan bahawa pada masa itu tidak timbul sempadan 3 nautikal.

Hj Muhamad Kamil juga mengesahkan bahawa salah satu pelantar minyak diperairan kelantan,pelan warta adalah ditandatangani oleh beliau.Ini menunjukan bahawa pelantar berkenaan adalah milik kelantan.

6. YB Rozi Muhamad (ADUN Tendong) meminta Kerajaan Kelantan mencari satu kes lain yang menunjukkan pencerobohan laut Kelantan. Dan semuanya bermula dari situ bagi membuktikan kawasan itu adalah kawasan Kelantan.

7. Hj Nazri Deraman (Presiden R) meminta sudut pandangan semua pihak dari Kanun Tanah Kelantan 1930 dan Kanun Tanah Anak Melayu Kelantan 1938 kerana ianya jelas membuktikan Kelantan mempunyai undang-undang tanah yang lebih awal dari mana-mana undang-undang tanah yang ada kini. Kedua-dua Kanun tersebut masih digunapakai dan berkuat kuasa di Kelantan sehingga kini.

Status Petronas sebagai badan yang ditubuhkan di luar Kelantan adalah tidak diketogarikan sebagai Anak Kelantan dan perlu melalui proses kelulusan Kerajaan Negeri Kelantan untuk proses pemajuan kawasan telaga minyak dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Perkara ini perlu dinitikberatkan kerana soal kedaulatan dan hak Kelantan sebagai sebuah Kerajaan yang mempunyai undang-undang yang wajib diikuti dan dipatuhi oleh semua pihak.

8. YB Dato Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman (Exco Kerajaan Negeri Kelantan) meminta majlis membahaskan implikasi jika DUN Kelantan menolak Akta 750.

9. Wakil muslimah PAS meminta gerakan seluruh negara terutama negeri-negeri Pakatan Rakyat samada secara komprehensif maupun esklusif iaitu melalui sidang DUN dan roadshow akan bahayanya Akta 750 ini.

10. YB Dato Dr Fadzli Dato Hassan (Exco Kerajaan Negeri Kelantan) menegaskan akan membawa resolusi sidang ini kepada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri bagi menentukan langkah tindakan lanjut samada ianya akan dibawa ke Sidang DUN yang akan datang untuk menolak Akta 750 ini secara rasmi atau apa-apa langkah seterusnya.

Majlis perbahasan ditangguhkan selepas berjaya membincangkan isu ini secara koprehensif lengkap dengan pelbagai fakta yang diperlukan hasil perkongsian semua peserta yang hadir.

“ROYALTI ADALAH MARUAH & KEDAULATAN KELANTAN”
“TUNTUT ROYALTI SAMPAI DAPAT”

Pertubuhan R Kelantan

Sumber : Arkib ROYALTI. Sebarkan.

No comments:

Post a Comment