Monday, April 11, 2016

Tahukah dia rasuah tu apa?

Dulu semasa aku masih berkhidmat, KSN edarkan Pekeliling yang Kakitangan Kerajaan tidak dibenarkan menerima apa-apa hadiah dari pihak luar (pelangan atau pun tidak) hatta hamper sekali pun
Pada satu masa jabatan kami mengadakan hari keluarga dan ada pihak yang mahu hadiahkan hampers untuk meriahkan suasana hari keluarga itu pun Ketua Pengarah kami melarang mengambilnya. Inikan pula RM2.6b oii......bukanya RM2,600!

Memanglah masa mereka berikan hadiah atau sebagainya mereka akan ikhlas dan tidak minta apa-apa balasan.

Tapi kalau ko bela ayam atau lembu, mestilah korang bagi makan sedap-sedap, bitamin dan sebagainya supaya ternakan korang gemuk dan sihat. Dan......selepas tu korang bolehlah jual atau sembelihkan?

'Selagi ia bukan rasuah, tiada masalah'
WARTAWAN SINAR HARIAN - 11 APRIL 2016
Mohd Sharkar Shamsudin

SEREMBAN - “Selagi duit itu bukan duit rasuah, bagi saya ia tiada masalah,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Rasah, Datuk Baharin Mohamad yang bertanya kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menjawab dan memberi penerangan mengenai isu RM2.6 bilion dari awal lagi.

Katanya, pelbagai isu dibiar berlarutan hampir setahun dikhuatiri menjejaskan pemilihan Umno akan datang.

Menurutnya, sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti, Najib bertanggungjawab termasuk mencari dana untuk rakyat dan parti.

“Bila tuan-tuan buat program, mintak duit pernah tak tanya dari mana dapat duit itu? Begitu juga dalam Umno di mana kita beri kepercayaan Presiden parti dan dalam negeri kepada pengerusi badan perhubungan untuk cari duit.

"Pada zaman Tun Mahathir Mohamad dia juga pun ada usaha cari duit.  Bila Perdana Menteri beritahu ada rakan dari Arab Saudi nak beri derma RM2.6 bilion, semuanya lalui proses dokumentasi yang dimaklum kepada Bank Negara.

“Masalahnya sekarang duit itu dikaitkan dengan 1MDB dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri buat-buat tak faham sedangkan semuanya telah dibawa dalam Kabinet,” katanya.

1 comment:

  1. Betul ke shakar ni bank negara tau..kalau bank negara dah tau kenapa tak mintak bank negara sahkan..1 sen pun duit derma masuk plak dalam akaun sendiri adalah rasuah bagi kakitangan awam..lain lah kalau najib towkey lembu.shakar nak jadi towkey wayang..derma dari arab ni 2.6 billion atau 1.6 billion..

    ReplyDelete