Hanipa masih di ICU namun keadaan stabil
Posted on Thursday, April 07 @ 13:28:52 MYT by paktam
Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin yang dikejarkan ke hospital baru-baru ini berada dalam keadaan stabil namun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur, kata Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir.
“(Hanipa) Masih dalam ICU selepas menjalani pembedahan pada Isnin dan keadaannya kini stabil tapi masih di bawah pengawasan doktor.
"Apa yang berlaku kepada beliau ini boleh kita katakan strok,” kata Anuar kepada Malaysiakini.
Hanipa dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada petang Isnin selepas disedari pengsan secara tiba-tiba di tempat duduk beliau di Dewan Rakyat, dan kemudiannya dipindahkan ke wad kecemasan HKL.
Anuar berkata Hanipa pada masa ini masih belum sedarkan diri kerana doktor memberikan rawatan bius kepadanya.
Mengulas lanjut, Anuar memohon jasa baik semua pihak agar mendoakan kesembuhan Hanipa serta seorang lagi pimpinan AMANAH, Asmuni Awi yang kini berada di IJN selepas melalui pembedahan pintasan jantung beberapa hari lalu.
“Kita mengharapkan semua pihak dapat mendoakan kesihatan kedua-dua pimpinan Hanipa dan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional AMANAH, Asmuni Awi pulih seperti sediakala agar mereka dapat meneruskan khidmat mereka. Insya-Allah,” kata Anuar.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada keadaan kesihatan pemimpin parti itu akan memberi kesan kepada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, Anuar menafikannya.
Kata Anuar, ini kerana ramai lagi pemimpin AMANAH bersedia untuk turun berkempen dalam pilihan raya berkenaan.
Namun katanya AMANAH kesal dengan tindakan Ketua Menteri Tan Sri Dr Adenan Satem menghalang presidennya, Mohamad Sabu ke negeri bumi kenyalang itu baru-baru ini.
Beliau berkata tindakan menyekat pimpinan pembangkang ke Sarawak akan mengurangkan 'keceriaan pilihan raya yang dianggap sebagai satu pesta demokrasi.
“Tidak ada lagi keseronokan dalam pilihan raya negeri itu,” tambah Anuar.
Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada 11 April ini untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-11.
# terkini sehingga tengah malam tadi 7/4/16: Alhamdulillah, Hanipa Sudah Mula Sedar & Beri Respons

No comments:
Post a Comment