Friday, April 8, 2016

Mahathir dan demonstrasi, realiti atau fantasi

Mesej untuk rakyat

MAHATHIR DAN DEMONSTRASI, REALITI ATAU FANTASI

Suatu ketika dulu Dato Seri Anwar Ibrahim pernah dipenjara oleh Tun Mahathir dizaman pemerintahannya. Tidak terhitung juga dengan siri penahanan dibawah ISA yang turut memangsakan pimpinan rakyat seperti Haji Mohamad Sabu, YB Khalid Samad, Hishamudin Rais, YB Mahfuz Omar dan beberapa nama lagi.

Namun sejarah diatas masih tersisip dihati beberapa pimpinan rakyat yang lain. Bagi mereka dosa Mahathir hanya mampu dimaafkan secara terbuka. Apa yang berlaku kepada DSAI dan diri mereka menjadi penghalang untuk bersama Tun.

Ada juga latar masyarakat yang beranggapan dosa Tun M hanya boleh dilunaskan bila beliau meringkuk dalam penjara. Kerana memisahkan mereka sesama keluarga, malah ada yang tidak terkesan juga menjadi marah kerana DSAI terpisah dengan keluarganya.

Benar bukanlah mudah melupakan kisah silam saat kita dizalimi. Siapa yang mampu membayar masa kita ditahan tanpa keadilan. Ada generasi baru yang menyambung politik Anwar-Mahathir dengan beranggapan rosak negara hari ini puncanya adalah Mahathir. Bagi mereka orang ini tidak harus dikasi muka, biarlah Mahathir tiarapkan muka dijalanraya lalu disepak, diludah dan dipijak sekalipun itu tidak dapat membayar kezalimannya.

Segelintir pihak nyatakan Mahathir perlu bertaubat dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) jangan terpedaya dengan kelicikan beliau.  Taubat itu pula perlu dilaungkan bukan hanya sekadar tuhan sahaja mendengarnya malah mereka yang teraniaya juga turut mendengar. Mereka kata kerana Mahathir masa depan keluarga kami gelap.

Dulu ketika Mahathir memerintah, beliau gunakan segala kuasa yang ada. Ketika beliau tidak memerintah pun beliau mampu bersuara. Pada masa tersebut beliau pernah mengatakan yang tunjuk perasaan itu tiada guna. Setelah bertahun beliau ludah baru kini jatuh ke muka beliau sendiri. Tapi "rakyat" belum berpuas hati selagi Mahathir belum dipenjara.

Apakah ini yang kita belajar sepanjang perjuangan kita yang bertahun jagung berbeza dengan kami yang hanya benih baru ini? Masakan YB Lim Kit Siang itu lupa perseteruan dia dan Tun M, bagaimana dia digelar rasis, komunis dan sebagainya. Ada yang beranggapan perseteruan mereka hanya seketika sekadar menanti Najib Razak itu jatuh tetapi bagi saya biarlah itu jadi permulaan Malaysia baru dan itulah kematangan politik.

Saya setuju dengan YB Rafizi Ramli, dalam menjalin hubungan dengan Tun M perlu kita tetap berhati-hati. Bukan sahaja dengan Tun M, malah dengan sesiapa pun. Seperti tulisan saya sebelum ini, mustahil jika UMNO yang tidak sefikrah dengan Najib Razak akan kekal atas peta politik negara.

Jika DSAI dipenjara saya juga lawan walau tidak sekuat yang bergelar aktivis, namun saya lawan dengan cara saya. Ia juga sama bila yang dibicara tanpa keadilan itu adalah Khairuddin Abu Hassan, saya juga akan bangkit melawan. Jika yang ditahan itu adalah yang orang gelar maha zalim dan maha firaun dari zamannya hingga kini bukan atas dasar dan prinsip keadlian, saya tetap akan lawan. Kita bukan menentang kezaliman atas alasan siapa dia tetapi apa salahnya.

Sekian, terima kasih.

Muhammad Syafiq Azmi

#siapdikecam

No comments:

Post a Comment