Ratu-Ratu Melayu Pattani Yang Agung
By Helmi Effendy May 21, 2017
Kesultanan Pattani, ialah salah sebuah kerajaan Melayu yang seakan-akan lenyap dalam helaian sejarah. Kita sering membicarakan tentang kerajaan Melayu yang lain seperti Srivijaya, Sri Dharmaraja dan Melaka, tetapi kita terlupa dan sangat terlupa untuk bercerita tentang sejarah sebuah kerajaan Melayu yang bertakhta di utara semenanjung Tanah Melayu.
Mari, saya perkenalkan kalian dengan empat ratu pemerintah Pattani yang menjadikan kerajaan Melayu Pattani di zaman kegemilangannya. Sesungguhnya, kalian tidak akan dapat melihat sebuah tamadun yang di mana raja-rajanya adalah dilantik daripada kaum perempuan sebanyak seperti mana bangsa Melayu. Dan bagi saya, itu menunjukkan betapa dalam budaya bangsa Melayu, kita tidak pernah mendiskriminasikan jantina.
1.) Ratu Hijau (1584 Masihi – 1616 Masihi)
Mak kau hijau! Itu ialah perkataan caci maki yang sangat terkenal di kalangan anak muda kita. Mungkin pada hari ini, kita akan menggap perkataan itu adalah sebuah hinaan yang maha aib kerana mungkin juga perkataan itu merujuk pada seekor toyol betina ataupun mungkin juga watak superhero Marvel yang terkenal iaitu She-Hulk?
Tapi kalau pada zaman pemerintahan Ratu Hijau, ketahuilah sesungguhnya panggilan itu ialah sebuah kebanggaan. Mengapakah sedemikian? Ini kerana zaman kegemilangan kerajaan Melayu Pattani ini adalah dimulakan oleh Ratu Hijau.
Baik, mari bersama menyelak helaian sejarah yang semakin dilupakan oleh anak bangsa kita. Perlu diketahui selepas kemangkatan Sultan Bahadur Syah (1573 – 1584 Masihi) mangkat, maka para pembesar Pattani telah memilih adinda kepada Sultan Bahadur Syah iaitu Ratu Hijau sebagai pemerintah Pattani memandangkan Sultan Bahadur Syah tidak mempunyai waris lelaki yang terdekat. Dipercayai bahawa Sultan Bahadur dibunuh oleh orang dalam dan Ratu Hijau sebagai adindanya tekad untuk membalas dendam atas kematian kekandanya. Nama Baginda dikalangan orang Thai ketika itu ialah Phra Nang Cao Yong, manakala di kalangan orang Melayu sendiri, baginda dikenali sebagai Raja Nang Cayang, berkognat dari panggilannya dalam bahasa Thai itu.
Terdapat sebuah legenda yang sangat terkenal tentang awal pemerintahan Ratu Hijau. Maka diceritakan bahawa ketika Ratu Hijau menaiki takhta, terdapat sebuah pemberontakan yang dipimpin oleh seorang pembesar ketika itu. Pembesar tersebut yang juga merupakan seorang bendahara memimpin 5000 orang pengikutnya dengan 40 orang yang dilabelkan sebagai kebal.
Sejarah menceritakan bahawa mereka merempuh masuk ke dalam sebuah istana Ratu Hijau bersemayam. Tapi anehnya, ketika mereka merempuh masuk ke dalam istana tersebut, dicatatkan bahawa Ratu Hijau sekadar bersemayam di atas takhtanya menanti si bendahara masuk untuk membunuhnya. Entah apa yang merasuk bendahara itu, melihat karisma si raja baru itu, maka masing-masing tunduk sembah kepada Ratu Hijau.
Maka selepas berjaya menyelesaikan konflik dalaman Pattani, maka Ratu Hijau pun memulakan pemerintahannya mencari siapakah pembunuh adindanya. Apa yang penting yang perlu diketahui dalam pemerintahan Ratu Hijau, dia tidak kekok menerima penasihat dari luar mahupun dalam. Dikatakan bahawa penasihat kepada Ratu Hijau ialah seorang pengembara Inggeris bernama John Smith.
Dan sepanjang pemerintahan Ratu Hijau, selain daripada Inggeris, Ratu Hijau juga menjalankan kerjasama dengan Belanda, Jepun, Pahang, dan banyak lagi kuasa dunia ketika itu. Antara rekod diplomasi Ratu Hijau dengan kuasa luar adalah seperti menjalan hubungan antara Pattani dengan shogun Tokugawa Iyeyasu di Jepun dan juga meminta bantuan Belanda untuk membangunkan pelabuhan Pattani menjadi pusat pelabuhan antara dunia ketika itu sehinggakan pelabuhan Pattani masyur di serata dunia.
Kerana pelabuhan Pattani sebagai pelabuhan termaju di Nusantara ketika itu, dicatatkan bahawa jumlah pelaburan Belanda adalah mencecah 63 000 rial berbanding dengan pelaburan di Pelabuhan Johor, salah salah satu daripada pelabuhan terkenal alam Melayu.
Ini membuatkan Belanda lebih memihak kepada Pattani dalam konflik-konflik yang melibatkan Pattani dan semua kerajaan di sekitarnya. Dan ketika pemerintahan Ratu Hijau, Pattani jadi kuasa tentera yang sangat disegani di rantau Nusantara.
Diceritakan bahawa Pattani berjaya mematahkan serangan daripada orang Ayyuthaya yang ketika itu diperintah oleh seorang raja bernama Narasuan, namun Narasuan kalah teruk. Bahkan ketika terjadi konflik antara Pahang dan Pattani, di mana ketika suami kepada adiknya Ratu Hijau yang berkahwin dengan sultannya yang dilarang untuk melawat Ratu Hijau yang ketika itu sedang menginjak usia tua, maka dihantarnya bala askar menggempur Pahang sehingga akhirnya Pahang kalah teruk di tangan Pattani.
Antara projek besar untuk membangunkan ekonomi Pattani ketika itu ialah dibinanya sebuah terusan yang dinamakan Terusan Tambangan, yang dari Sungai Kerisik ke Kuala Tambangan. Projek besar ini memberi manfaat apabila Sungai Kerisik yang menjadi masin kerana mengalir ke arah bandar dan tidak sampai ke pendalaman. Terusan itu membantu sawah yang sebelum ini hidup segan mati tak mahu menjadi subur semula.
Van Neck, salah seorang daripada penasihat Belanda pernah menulis bahawa pemerintahan Ratu Hijau lebih baik daripada pemerintahan raja yang pernah naik sebelum baginda. Dikatakan juga negara Pattani dalam keadana terbaik sepanjang pemerintahan Baginda. Baginda mangkat ketika usia 63 tahun selepas 32 tahun memerintah. Kisah tentang pemerintahan Ratu Hijau ada difilemkan oleh sebuah filem Thailand yang bertajuk Queen Of Langkasuka. Yang paling penting, Tarian Makyung yang terkenal dalam budaya masyarakat Melayu itu, pencetusnya ialah Ratu Hijau!
2.) Ratu Biru (1616 Masihi – 1624 Masihi)
Kegemilangan yang diteruskan oleh Ratu Hijau, disambung pula adindanya iaitu Ratu Biru. Projek pembinaan Terusan Tambangan yang diasaskan oleh Ratu Hijau kemudian di bawah Ratu Biru dibaikkan apabila baginda mendapati bahawa terdapat hakisan-hakisan di tebing Jambatan Kedi kerana alirannya sangatlah deras.
Sepanjang pemerintahan Ratu Biru, didapati bahawa baginda lebih banyak menguruskan dan menjadi orang tengah antara pertelagahan antara Belanda dan Inggeris. Apa yang perlu dibanggakan sepanjang pemerintahan baginda ialah, baginda mewarisi trait daripada nenek moyang baginda sebagai seorang diplomator yang terbaik.
Selebihnya, tiada yang menarik sangat dalam pemerintahan Baginda. Baginda mangkat pada tahun 1624 Masihi)
3.) Ratu Ungu (1624 Masihi – 1635 Mashi)
Baginda ialah insan yang mengubah imej Pattani yang ketika itu banyak politiknya berhaluankan kerajaan Siam. Di bawah pemerintahannya, baginda telah merapatkan kembali hubungan-hubungan antara Pattani dan kerajaan-kerajaan Melayu di Selatan. Baginda telah memutuskan pertunangan antara anak baginda dengan putera Siam Pattalong. Baginda telah mengahwinkan anak perempuannya denan Sultan Abdul Jalil Syah III (1623 – 1677 Masihi) daripada Johor.
Dalam banyak-banyak peristiwa besar sepanjang pemerintahan baginda, bagi saya kita umat Melayu harus kenang bagaimana Ratu Ungu harus digelar sebagai raja perempuan yang berhati besi. Kisah bagaimana betapa tabah dan cekalnya prinsip Ratu Ungu dalam mempertahankan kedaulatan Pattani.
Kisah bermula ketika apabila selepas 1630 Masihi begitu, dan takhta kerajaan Ayuthhaya ketika itu diambil oleh seorang pemberontak bernama Sri Suriyawong dan menabalkan dirinya sebagai raja dengan gelaran Raja Prasat Thong (1630 – 1656). Maka ketika raja baru itu meminta kembali pemberian bunga emas sebagai tanda Pattani tunduk kepada kekuasan beliau ketika itu,maka Ratu Unggu dengan beraninya menolak perlawaan itu.Seperti mana yang kita tahu, raja-raja Melayu mengantar bunga emas itu sebagai hadiah diplomasi sahaja,tetapi raja Siam selalu memandangnya sebagai tanda bahawa negeri-negeri Melayu di utara tunduk di bawah kekuasaan Siam.
Raja Unggu tidak mahu mengiktiraf pemerintahan raja Siam yang baru iaitu Raja Prasat Thong sebagai raja Ayutthaya yang sah kerana mengutuk perbuatan kejam beliau sebelum itu ketika menggulingkan dan membunuh secara kejam raja sebelumnya,Athittayawong yang hanya memerintah selama 36 hari sahaja di Ayutthaya.
Maka berang dengan ketidaksudian Ratu Unggu untuk tunduk pada kekuasaan Siam, maka Raja Pattalong membina bala askar yang paling besar pernah dilihat dalam sejarah Siam, dan semuanya semata-mata untuk menundukkan ego Pattani dan Ratu Unggu. Ketika itu juga, Siam meminta bantuan daripada Belanda dan seperti mana yang kita sering belajar, jangan percaya kepada orang asing kerana mereka seperti lalang, berpihak pada mana-mana pihak yang mereka rasa lebih kuat.
Dalam masa yang sama juga, Ratu Unggu ketika itu membuat pakatan dengan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain dan juga Portugis di Melaka. Maka dicatatkan ketika 60 000 bala askar dari Ayyuthaya mahu menggempur Pattani, maka Pattani ketika itu dibantu pula oleh kapal-kapal dan perahu perang daripada Johor, Pahang dan juga Portugis yang ketika itu diketuai oleh Jeneral Antonio Vaz Pinto.
Selain itu, yang paling mengagumkan tentang kota Pattani ketika itu adalah diceritakan bahawa kubu pertahan Pattani dibina sepuluh lapis dan di mana pada setiap satunya diletakkan sebuah Meriam dan antaranya ialah Meriam Seri Patani, Meriam Seri Negara dan juga Meriam Mahalela.
Dicatatkan bahawa angkatan paling besar Siam dalam sejarahnya iaitu bala 60 000 orang askar itu tumpas pada pakatan Pattani-Johor-Portugis. Dan ianya memberi tamparan yang sangat pada Ayyuthaya ketika itu. Maka semua panglima perang yang kalah perang itu ada dihukum mati, ada juga dipenjara dan dihukum tunduk di hadapan rakyat Ayyuthaya.
Dan paling mengecewakan buat Siam, Belanda yang menjanjikan bantuan pada Ayyuthaya untuk menyerang Pattani pula tak nampak batang hidung mereka dalam peperangan. Pada tahun 1936, 2 tahun selepas serangan 60 000 bala askar Ayyuthaya ke atas Pattani, dicatatkan lagi bahawa Raja Pattani merancang membina 100 buah kapal perang untuk menggempur Pattani. Belanda sekali lagi ditagih untuk membedal Pattani namun seperti biasa, Belanda berdolak dalik sebelum menyatakan sokongan kerana rancangan Siam itu.
Namun campur tangan Kedah yang cuba jadi orang tengah antara konflik yang berlaku itu berserta ramalan sami-sami Buddha yang mengatakan bahawa kekuatan yang dimiliki oleh pakatan kerajaan-kerajaan Melayu berserta Portugis tidak akan mampu dikalahkan mereka, berserta pujukan dari Belanda kepada Ratu Unggu, barulah persahabatan antara dua kerajaan ini kembali terjalin.
Ketika pemerintahan baginda, Pattani sangatlah disegani lawan dan kawan. Baginda Ratu Unggu digelar sebagai seorang srikandi Melayu yang menjadi benteng dan maruah orang Melayu melawan Siam.
4.) Ratu Kuning (1635-1699 Masihi)
Ratu Kuning adalah anak kepada Ratu Unggu yang secara jujur merupakan pemerintah paling agung dalam sejarah Pattani. Kalau ibunya adalah seorang berhati besi dan lantang menentang musuh, maka Ratu Kuning mempunyai peribadi yang berbeza.
Ratu Kuning adalah orang yang sangat amanah. Dia tidak mahu mengambil satu sen wang kerajaan untuk peribadinya sebaliknya baginda membina sebuah taman dan dari penjualan bunga di tamannya, maka baginda menggunakan wang itu untuk menyara hidup baginda. Dalam masa yang sama juga, baginda juga menubuhkan Syarikat Perkapalan Diraja Patani bagi meningkatkan ekonomi Pattani yang ketika itu mengambil alih status sebagai pelabuhan paling maju di Asia Tenggara.
Kekayaan yang dimiliki oleh Ratu Kuning kerana kebijaksanaan baginda berniaga dikatakan sangatlah tidak terkira. Dalam Hikayat Pattani, ada diceritakan tentang bagaimana Ratu Kuning mengarahkan semuya hartanya dikumpulkan, dan dicatatkan bahawa masa untuk mengumpulkan setiap hartanya mengambil masa selama tiga hari, menandakan betapa ketika kekayaan Ratu Kuning adalah tidak ternilai hebatnya!
Semasa di bawah pemerintahan Ratu Kuning, Pattani dikatakan menjadi sebuah pusat kebudayaan Melayu bahkan tarian Makyung yang dipersembahkan ketika zaman pemerintahan Ratu Hijau dikembangkan lagi oleh baginda. Bahkan Tarian Asyik yang ditarikan oleh gadis-gadis cantik di dalam istana turut dimainkan di istananya.
Dan dalam gadis-gadis tersebut, maka seorang memainkan peranan kepada kejatuhan pemerintahan ratu wanita Pattani dan menjadi penyebab kepada kejatuhannya Pattani. Ironinya, kegemilangan Pattani dimulakan wanita, dikembangkan lagi oleh wanita,dan diakhiri juga oleh wanita.
Nama Dang Sirat harus disemat dalam setiap pemikiran kita, antara gadis yang terlibat dalam Tarian Asyik di istana. Dicatatkan bahawa Dang Sirat ini mempunyai suara yang sangat merdu, tetapi tidaklah fizikalnya. Jauh berbeza dengan Ratu Kuning yang dikhabarkan sebagai jelitawan. Lalu untuk mencuri suami Ratu Kuning, maka ubat guna-guna dihantar padanya sehinggakan seluruh Pattani ketika melihatkan wajah Dang Sirat sebagai seorang wanita yang peri wajahnya tidaklah punya tandingan.
Bayangkanlah ketika itu, betapa kuatnya ilmu hitam itu, maka Yang Dipertuan Muda ketika itu membina sebuah Istana kepada Dang Sirat yang dijadikan gundiknya, lalu mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayangnya ke atas Ratu Kuning meski ketika itu, Ratu Kuning sedang mengandungkan anaknya.
Permintaan Dang Sirat semakin melampau-lampau apabila dia memintakan disiapkan cuping emas seberat 50 tahil, baju daripada emas, dan diminta ditabalkan sebagai Cik Puan, Namun permintaan itu dibantah oleh para pembesar Pattani membuatkan Yang Dipertua Muda Johor naik murka dan mengejar para pembesar Pattani di atas seekor gajah bersama dengan Dang Sirat. Ketika itulah sejarah mencatatkan bahawa ubat guna-guna yang dipasangkan pada sanggul Dang Sirat terjatuh ke tanah, maka wajahnya yang hitam lagi hodoh serta tubuhnya yang gemuk terserlah, Rasa ngeri dengan penampilan baru Dang Sirat itu dan menyedari bahawa dirinya terkena guna-guna, maka disitu juga tubuh Dang Sirat ditikamnya oleh Yang Dipertua Muda Johor.
Peristiwa yang berlaku itu meninggalkan kesan emosi yang sangat mendalam pada jiwa Ratu Kuning membuatkan wanita itu tidak lagi mempedulikan soal pemerintahan negaranya sehingga akhirnya dia digulingkan oleh pembesar bernama Raja Mir. Namun Raja Mir telah ditangkap dan dibunuh kerana menderhaka.
Dipendekkan cerita, ketika konflik antara Pattani dan Singgora, Ayyuthaya telah masuk campur dan membedil Pattani. Oleh kerana Ratu Kuning ketika itu sudah tua dan bukanlah pemerintah hebat seperti pada awal pemerintahannya, maka dia terpaksa berundur ke Kuantan sebelum mangkat pada tahun 1686. Selepas kemangkatan baginda, maka Pattani ketika itu mula memasuki era kejatuhannya dan raja-raja hebat seperti 4 ratu ini tidak lagi dilihat di Tamadun Melayu Pattani.
Sumber:
Nisriwani Yahaya & Syed Zulflida (2003) 101 Puteri Dunia Melayu: Sejarah Dan Legenda. Jabatan Muzium Malaysia.

TERIMA KASIH..SAYA BANGGA DENGAN BANGSA MELAYU..TERIMA KASIH SUDI KONGSI KISAH INI..SUSAH SEBENARNYA NAK CARI YG DETAIL
ReplyDelete